Thursday, January 21, 2010

..:: 05 SaFaR 1431H ::..

setahun telah berlalu
aku masih disini
tetap dgn keputusanku

setahun berlalu
siapakah aku hari ini
masih sama dgn setahun yg dahulu

365 hari telah berlalu
apa yg aku isi dgn hari-hari yg telah berlalu tu?

muhasabah diri
perhatikan fungsi diri
jgn leka dan alpa
perlu ada penghijrahan yg sepenuhnya

satu jawapan yg aku temui hari ini
"jiwa"
aku belum cukup menjiwainya
sbb tu aku gagal
gagal dlm melayan nafsu diri
gagal dlm membina keyakinan diri






Thursday, January 14, 2010

..:: SeMaLAm, Yg MeNaRiK TtG AdaM ::..

Actuallay, last saturday aku keje then nursery Adam tutup. So, aku hantar Adam kat Puncak Alam, dok ngan Mak Jang dia. (AnJang) Anjang ada citer, Adam dah pandai lukis... dia terima arahan anjang dan dia lukis..... kata anjang dia lukis orang, ada mata, telinga, rambut, tangan dan kaki... klau tgk gambar tu... nampak gak lah cam bentuk org tu....

Semalam, Abah dia sruh dia lukis car / kereta.

Ini Car Abah...



Ini Car Adam...

Mola2 dia buat 2 biji bulat, then dia sambungkan bulat tu trus kpd body keta tu. hiihihihihii.... Pandainya Anak Ummi Ni...


Friday, January 08, 2010

..:: DieT DiArY ::..

Where is my Diet Diary?

malu arrr nak tulis kat sini...
tulis kat booknote sendiri lah ek..
hihihihihihi... (leh caya ke?)

p/s : nampak gaya cam x jln juga azam diet diary aku ni. lgpun skrg aku tgh byk keje kat opis ni... x dan nak pikir pasal diet diary ni. yg penting, aku DISIPLIN!

Thursday, January 07, 2010

..:: HiLANg mOoD KeJE ::..

betullah citer kat hotfm pg ni... cam tu lah nasib aku pg ni. trus hilang mood nak wat keje. ye lah... bila dimarahi ngan senior ni. aku call dia nak confirmkan brg jer. tetiba dia kata.... "saya bukan buat tender je, project pun saya buat. x der pun, BQ x bagi.. guna jer lah rate yg ada tu...bla.. bla.. bla.." sebenarnya nak call dia td pun aku pikir 100x, nak call atau tak... hhhmmmm.. :(

cam na nak ambil hal macam ni sebagai sesuatu yg positif?

Wednesday, January 06, 2010

..:: TaHuN 2010 - AzAM bARu uNtUk BeRdiET ::..

"macam mana ni, tahun lepas berat badan aku cuma trun sikit sahaja. Tak capai 'target' yg aku ingunkan"

"tidak mengapa... tahun baru aku akan betul-betul berdiet supaya tidak gagal lagi..."

keluhan, kecewa dan sedih apabila target berat badan yg aku inginkan tidak tercapai. Malah aku pernah mencuba HL, JM5 dan skip nasi tp hasilnya? agak mengecewakan.

aku hanya berjaya kurangkan 5 kg jer dlm masa 9 bulan sbb aku start diet ngan HL dulu masa bulan 3. mola2 berjinak ngan tea-mix then lepas sbln pas tu br serious ngan shake. dlm tempoh 4 bulan ngan HL aku trun 5 kg... bulan puasa plak trun 3 kg tp lepas puasa, naik balik 2 kg. then aku try berjinak2 ngan jm5 plak.... hasil drp 1 kotak jm5, x berganjak langsung lemak tepu aku ni... dia dok main 65-64kg... huhuuuuuh...

kesimpulan yg aku dapat dr kisah diet aku yg lepas ialah kurangnya DISIPLIN dlm diri aku sendiri. tuan punya badan tentulah lebih tau kan.... time2 curi2 makan tu... hhehheeeh... tp apa yg penting, air memang kena minum min 2.5L / day.


terfikir satu cara yg KDO (kelab diet online) dah syorkan dan juga majalah rapi bln ni... iaitu DIARI DIET. bermula hari ini aku akan catatkan segala xtvt dan makanan yg aku amik. semoga ianya akan membantu aku lebih berdisiplin. untuk kekawan yg juga ingin / sedang berdiet, majalah rapi 1 jan 2010 memang punyai pelbagai info yg menarik. dan kpd kawan2 yg berdiet ngan 99 hari tanpa nasi... wish u all the best!

Thursday, December 31, 2009

..:: HaRi TeRaKhiR pd 2009 ::..


hari ni merupakan hari terakhir kita di tahun 2009. sama-samalah kita muhasabah diri utk perbaiki diri dan merancang utk perjalanan 2010 nanti. kita baru je menyambut tahun baru (tahun hijrah) pd 1 muharram yg lepas. dan sekarang sekali lagi kita menyambut tahun baru (tahun miladiah). semangat tahun baru itu tetap ada. jd apa yg berlaku pd tahun lepas, dijadikan pengajaran dan apa matlamat / cita-cita yg belum terlaksana, pastikan ianya terlaksana di tahun 2010 / 1431H ini. semoga berjaya!!

dah kul 3.45pm.. dah ramai yg balik.. aku pun nak balik awal gak... company aku declare balik awal hari ni kul 3.00ptg. ada company yg lain dah leh balik lepas lunch td lg.. anyway, thank you boss...

** aunty, jgn marah... acik amik lg gambar dlm blog aunty. hehehehehhe

Tuesday, December 29, 2009

..:: CaLoUr Of My LiFE ::..

tajuk ni sama je bunyinyer ngan tajuk blog auntie. nape? sbb aku pun nak letak gambar yg sama ngan auntie. auntie.. jgn marah ek.... sayang auntie.....

apa yg ada pada gambar diatas? kenangan ketika menunggu kelahiran Mohd Aniq ~ adik Auni ~ pd 19 Dec 2009 ya lepas. Birthday Auni juga pd 19 Dec tp 2008. Auni x leh jalan lg masa dapat adik ni... Terpaksalah nnt ummi dukung sorang dan abi pun kena dukung sorang lg...

Hari ahad tu, jalan2 ngan mak, anjang, auntie, adam dan auni kat subang parade. Anjang hadiahkan 'Thomas' utk anak2 buah dia... hehehehhehe...

ahad tu kitorg byk habiskan masa kat rumah anjang. Aniq balik dok kat rumah anjang. selasa baru diorg balik ke kedah sbb dek na nak balik berpantang kat kedah. hari selasa plak, before diorg balik kedah ptg tu, sempat lagi berjalan2 kat shah alam. tu yg Adam bawa Auni naik keta tu....
nampak sedap tak mee goreng ni? teka sapa yg masak? my lovely husbandlah.... hr tu aku balik keje lambat. sampai2 rumah jer, mee ni dah tersedia hidang di atas meja. duduk dan makan jer... wwaaaaaa... bestnya...... love u so much, sayang...

Air ticket apa ni? KL - Kuching on 23rd Dec yg lepas. One day jer, g flight pagi balik flight malam tu. Terima kasih, boss.... Aku dapat peluang free g kuching utk hantar tender. Kenalah bawa 4 file. aku masukkan dlm beg balik kampung jer.. touch down kul 11.30am, flight delay sket. tender close kul 12.00 noon. sempat ke? aku trus call office then bgtau aku br sampai airport and on the way to their office. Nasib baik diorg kata ok... then tgk phone ada misscall dr abg let. Call him and he's on the way to the airport to pick up me. waaaaahhhhh... best nyer.... sampai pintu depan airport, abg let dah ada... trus kitorg g petra jaya utk settlekan keje aku dulu. On the way g petra jaya dr airport tu, aku bagaikan mengupah seorg pemandu pelancong. setiap bangunan di kiri dan kanan jalan, semuanya diceritakan... maklumlah.. aku ni pun 1st time sampai kuching ni. excited gak lah nak tgk tempat org ni... 12.25noon br sampai petra jaya tu... dah settle keje aku... alhamdulillah.

Plannya, abg let akan hantar aku balik ke rumah dia, makan tengah hari then abg let g keje balik. then hakim akan bawa aku jalan2 kat waterfront ngan mama dia, ika dan balqis pun ikut skali. azyan x ikut sebab ada kawan dia kat rumah. tp on the way balik rumah tu, kitorg singgah Pasar Satok. Abg let kata klau datang hari ahad, kat Satok ni ada pasar... besar pasar dia, byk brg yg dijual... lg best katanya.. agaknya ala-ala pasar kat stadium shah alam tu lah kot.

Kat sini tempat ikan terubuk masin dijual.. memang banyak giler!!! Terdapat pelbagai saiz & harganya memang berpatutan... Siap packing dlm kotak lg tau... Ikan terubuk ni klau nak senang makan, kena beli yg besar saiznya. Klau beli yg kecik, isi x banyak... x best makan kata penjualnya lah... aku beli yg sedang2 jer... Lgpun aku bukannya makan ikan terubuk masin ni hehehehheh... nak belikan utk buah tgn jer.

Balik rumah abg let, makan tgh hari, rehat2 jap sambil layan citer duyung then baru keluar plak jalan2 kat waterfront cari souvenir. best arrr jalan2 kat waterfront ni... rasa cam nak dtg lagi... sbb tingin nak g kampung budaya sarawak nun. Lepas penat shopping, balik rumah then tunggu abg let balik dr office then diorg hantar aku ke airport. Dekat je umah abg let ngan airport tu.. 15 minit jer... tp tu lah... aku silap tgk ticket. flight kul 7.45mlm tp aku ingat kul 7.15mlm. ahahahha.... rupanya 7.15mlm tu masa masuk dia.. hehehehhe... tersengeh aku sorang2 kat airport tu...


Monday, December 28, 2009

..:: HaPPy BiRthdaY utK NoRLiaNA DaLiLa ::..

HaPPy BiRthDAy !!!!!
semoga dipermudahkan dlm segala urusan

Norliana Dalila or Na ni ialah roommate aku masa kat mrsm beseri dulu. banyaklah kenangan aku ngan dia ni... orgnya maintain cute cam ni dr zaman sekolah sampailah zaman keje sekarang. Dia seorg doktor tp tgh dok sambung phd kat usm, kubang kerian. dan dia juga memiliki ni.... hehehe... no keta dia sama ngan aku tau... "828"




Friday, December 25, 2009

..:: BiLa CiNta BeRtasBiH::..

Apa yg aku nak citerkan ni x der kena mengena pun ngan tajuk tu... tp apa yg aku nak citerkan ni merupakan sbb mengapa aku dah jarang update blog ni...

Pd 16/12 hari tu, aku dapat email ni dr yg tersayang...

Salam.
just info,
pelbagaikan pembacaan blog supaya fikiran kita lebih terbuka, ilmu makin luas, idea makin kreatif..

contohnya bleh try baca blog yg recently abg jumpa:

http://mysuperkids.net/
http://1superkids.com/

seimbangkan/kurangkan baca blog2 yg content dia more to diari harian semata2 atau photo album je..

aktifkan diri dlm forum2 komuniti yg membina.

pelbagaikan..

- love U

Actually aku dah jarang berpeluang nak online kat rumah. sbb tu dah jarang update blog ni. terfikir gak cam nak stop trus berblogging ni tp sayang plak rasanya... hihihiiihii... kat office plak lately ni aku memang sibuk sket. x sempat nak update blog kat office. tp memang selalunya aku update blog pun kat office.. hhehehehehe... ni lah sbb utama aku x update blog aku rasanya. bukannya sbb dr email yg aku dapat tu... ahahahhahaaha.... and just to share with mom out there the link....





Monday, December 14, 2009

..:: WeEkeNd yAnG SiBuK ::..

sibuk ke weekend aku yg lepas? memanglah sibuk. sbb ngan kehadiran family kakak aku (mak teh) dr kuala ketil. cuti sekolah.... abahnya menunaikan hajat anak2 yg nak jalan2 kat kuala lumpur ni. terutama si kakak tu ~ faikah namanya. nak g KLCC. nak tgk yg real katanya.. selalunya dia tgk kat tv jer. heheehehe...

kehadiran 3 org sepupu adam ni menyebabkan adam mengigau 2 mlm berturut2. mana tak nyer, siang tu main x ingat... selagi jam belum kul 1.00pg, x nak tido lg. ada jer yg menangis dan ada yg merajuk dan lain-lain. gamatlah umah aku ni. tp pd sebelah malam jer. sebab kitorg berjalan2 disiang hari.

jumaat lepaskan public holiday utk warga selangor. sempena hari keputraan sultan selangor. kitorg g puncak alam. rumah anjang... makan tghhari kat sana. menunya ialah gulai ayam+rebung, sup tulang, udang masak kunyit, sotong masak kicap dan ulam2.... lepas lunch, acara wajib utk adam klau dtg umah anjang ni..... mandi kolam... hehehehehe..
walaupun kolam ni kecik, tp depa tiga ni nak masuk jugak... biasalah, budak2....

petang tu kitorg ingat nak g lepak2 kat tasik shah alam tp setibanya kat area tasik tu, hujanlah plak... terus kitorg tukar plan g kompleks pkns sementara nak tggu maghrib sbb lepas maghrib nak g lepak2 kat putrajayalah... kat putrajaya biasalah tempat org lepak2 tu, area depan masjid tu. macam-macam org aku nampak kat sini. pelagai kemewahan yg ditunjukkan di sini. kemewahan dr segi mainan yg dibelikan utk anak2... didikan awal yg kita bg ni lah yg akan mempengaruhi corak kehidupan mereka bila diorg besar nnt. aku sbg ibu perlu bijak mendidik adam. didik adam ngan ilmu. kena byk membaca agar dapat mendidik adam menjadi anak yg berguna. dia amanah yg diberikan olehNya utk aku corakkan warna kehidupan.

sabtu plak aku ada xtvt wajib weekend aku. berkayuh tp aku x kayuh pun jd tukang prepare makanan. habis berkayuh dr bukit kapar - kuala selangor - bukit kapar, baru aku g joint mak teh. adam ikut mak teh g rumah andak kat bt 9 sijangkang. aku jumpa mak teh kat JJ bukit tinggi. masa kat jj ni, aku tersedar tentang sesuatu. patutlah aku tgk mana-mana family yg ada anak kecil mesti ada mainan byk... masa kat jj ni, yg beli mainan tentulah 3 bujang tu.... walhal masa mlm td lepak2 kat putrajaya tu kitorg singgah pasar tani (mlm tau.. biasanya pasar tani ni siang... 2 x / week.. selasa mlm dan jumaat mlm). ms kat pasar ni pun diorg dah dapat sorang satu mainannya... budak-budak.... pesannya jgnlah selalu bawa anak2 kita g shopping kompleks mahupun pasar. sbb bukannya apa klau anak kita leh faham, x payah beli.. tentulah senang sket. tp ni ada yg jenis klau dia nak, dia nak jugak-jugak.. sampai nangis2.. pening kepala mak bapak ni. ehehehhehehe.... balik dr jj tu aku bawa mak teh makan mlm siap2 kat lenggong. hiiiiihhii.. kes malas nak masak.

ahad plak kitorg g pasar kat stadium shah alam aka pasar bonet. macam aku kata tdlah... diorg dapat mainan lg setiap sorang.. wwahahhhh... jalan 2 lorong je terus balik. tujuan utama g pasar tu sbb nak beli kasut crocs yg rm15/20 sepasang tu. semua dapat sorg sepasang. adam pun dapat gak. terima kasih kpd yg membelikan kasut tu utk adam...

aku dan helmi ada hal sket lepas tu tp anty dan anjang bawa mak teh sekeluarga + adam g KLCC utk tunaikan permintaan si faikah tu... depa masuk aquaria. mola-mola nak masuk petrosains tp org ramai sgt katanya... dlm kul 4 ptg diorg dah on the way balik shah alam. so kitorg jumpa kat tasik shah alam area kopitaim tu... lepak2 + makan2 sambil mak teh dok mengenang kisah lama dia masa bujang2 dulu yg suka dtg tasik shah alam ni. masa aku darjah 6 dulu pun, masa dtg klang ni, mak teh+andak bw aku jln2 kat tasik shah alam ni jugak. hihiihihi...

lepas makan depa g main plak

gambar ni dah jd wallpaper pc aku kat office.. hihihii...