Monday, August 18, 2008

TrEAsuRe HuNT @ PulaI DeSaRu, JoHoR

_kesengallan ku

sakitnya badan ni, letih pun ada tp dah start kena masuk opis balik. Weekend yg lepas aku habiskan masa bujangku bersama officemate yg lain beramai² mencari harta karun hingga ke Desaru, Johor. Bergerak dr klang, dalam kul 8.00pg dan sampai kat kota tinggi kul 4.00ptg.



Perjalanan bermula ngan tenang skali sbb kitorg kuar dr klang trus amik
NKVE menuju ke seremban. 1st lokasi yg kena kodek² jawapan treasure ni ialah seremban.. soalannya agak senang gak lah.. then masuk blk highway dan trus kuar kat tangkak plak. Masa kat tangkak ni, tgh jln² dok cari jawapan, hati ni geram jer sbb byk sgt baju/kain pasang yg cantik². Duit plak kat dlm keter… aduhhh.. melepas den. Ditambah plak ngan soalan yg betul² mencabar giler. Habis sesi kat tangkak, pusing naik balik highway dan menuju ke Yong Peng. Kat sini, soalan lglah gile punya susah. Diatambah ngan kepenatan… aduhhh.. tension tul.. brg² treasure satu pun x dapat nak agak apakah ia…. Hhhmmmm….. apa nak buat, perjalanan harus diteruskan jugak. Hampir ½ jam kitorg dok tercari² brg treasure kat econsave yong peng tu tp x jumpa gak. Apa yg aku jumpa hanyalah susu mamil gold Adam yg harganya murah sgt, sama ngan harga sale kat Giant/Tesco. Ingat nnt nak ajak my hubby g Econsave katkg melayu subang tu je lah… Masuk blk highway dan kaur kat Kulai. Masa ni dah memang suntuk dah.. x leh bazir masa dah.. kulai ke kota tinggi pun almost ½ an hour.

Masa dr kulai – kota tinggi ada incident yg x dapat aku+geng lupakan. Dr jauh kitorg nampak cam ada crane dok pebaik jalan… tetiba je br terperasan ada sorang mamat ni dok gawang bendera merah sruh kitorg berhenti. Apa lagi, break mengejut gak lah kak imah.. ada satu kembara kat belakang kitorg terpaksa elak dr kete kitorg klau tak, dia mesti terlanggar kete kitorg… masa berhenti tu, kitorg sembnag ngan mamat tu.. ayat dia..
maaf lah saya akak ek, dah ni keje saya berjemur panas tiap² hari tu yg gelap tu.” Dia membebel sbb kitorg kata x nampak kewujudan dia kat situ. “saya ni anak yatim piatu, hidup sendiri jer. ni dah keje saya nak buat cam mana, belajar pun SPM tak sampai, ni je lah yg mampu saya buat” sambung dia lagi… kelakarlah rasanya ngan berkaca mata hitam dia tu… adusss….

Kitorg sampai kat kota tinggi kul 4.01ptg. Maknanya kena penalty tolak 2 point nnt. Hujan renyai-renyai plak.. Kena sambung drive ke Pulai Desaru… X sabar rasanya nak g bilik hotel sbb nak mandi dan nak rest.. penat wooo…. Letih sangat… penat fizikal dan mental…
Sesampai kat lobby Pulai Desaru tu… terkejut aku bila nampak banner “Norfcrof Lim Sdn Bhd – Company Trip” . Terus aku amik handphone dan call Huda… betullah kata dia company dia buat trip g desaru tu tp dia x joint sbb yg melayu x der yg g, semuanya Chinese ajer.. tu yg dia x ikut dtg desaru tu. x dapat nak jumpa huda.... :(

Leganya bila sampai kat bilik hotel.. hhmmm.. leh baring dulu jap. Tgk kat tingkap ramai yg g jalan² kat tepi pantai tapi aku, dok lepak kat bilik jer.. penat.. Esok pagilah ingat nak g jalan² kat tepi pantai..

Malam tu masa dinner, keje aku hanyalah pegang camera dan amik gambar.. aku pun amik je gambar sesapa yg aku tungin nak amik.. tp yg penting masa prize givinglah.. mesti amiknyer… Geng aku dpt no 13 out of 40 gengs.. Ok what… Last year geng aku dpt no 6 @ 76 point. Tonight, the champion also win by 76 points… ahahhahahahahha.. it’s mean, the Treasure hunt for this time is harder then last year. Dlm byk² game yg dianjurkan malam tu, aku suka tul ngan game MEB top model.. bcoz, this time a girl will make over the guy… hehehheheheheee…. Kelakar giler tp kesianlah kat mamat² yg kena mekap tu.. Nasib baik semuanya spoting ajer…


Selesai je majlis, dah nak balik bilik dah ni, boss aku plak pandai² ajak main ping pong kat lobby hotel tu… apa lagi, ngan semangatnya aku dan kak imah blk bilik tukar baju dan dtg semula sbb nak main ping pong walaupun masa tu jam dah kul 11.45pm. Letih siang td hilang terus…. Main punya main, 1.30am br masuk bilik dan rehat kat bilik….

GooD MornIng!!!!!! Siap sedia nak g sarapan dah ni.. perut lapau giler.. aku ngan kak imah merupakan org pertama yg g breakfast kat bawah…. This is mine..
1 jam lebih dok lepak makan² kat situ… hhmmm.. lepas makan nak g jalan² tepi pantailah as our plan. Bila sampai je tepi pantai, ada geng-geng ann bee ni dok tgh main bola tampar. Depa tu yg sememangnya spoting dan mesra alam tu, ajak kitorg main. Aku skali lg tanpa segan silu pun masuk mainlah…

Kelakar lah main ngan geng bebudak ann bee ni.. diorg ni kebanyakkannya sabahan so ayat-ayat depa tu semuanya kelakar-kelakar.. ada ayat kelakarnyer….
hey budak, kamu mahu main gak? Klau mahu main, sekrg kamu kira nnt bila tukar court kamu kira lg ek” kakakkakakakkaa….
kenapa bagi bola ke situ, pokok tu mana boleh main dia belum ada tangan la”……
ada je idea mengarut diorg tu.. pecah perut aku ngan diorg..

Dah habis 6 set, depa ramai² gi mandi laut. Aku plak g tepi laut… nampak banana boat. Cari aisyah It, rupanya dia dah dok atas banana boat tu dah… Aku pun carilah geng yg lain nak naik gak… Bayangkan, kali ni aku and the geng dijatuhkah ditgh² laut. 2 kali plak tu… dulu masa kat penang naik banana boat, x dijatuhkan kedlm laut pun… masa dijatuhkan tu, paniclah.. dah lah x pandai imbangkan badan, x pandai berenang… x tau lah cam na nak cakap… bila terapung kat laut tu, terpikir jap, cam na klau kita hidup tanpa pegangan.. terapung/ terawang-awang.. tanpa pegangan. Hari ini, Islam adalah pegangan hidup kita. Tp adakah kita betul² pegang kepada pegangan kita tu? Sekuat mana pegangan kita… tanyalah diri kita masing-masing.. masa 2nd time dijatuhkan dlm laut tu, kak imah kata, kaki tu biar kat bawah dan relax… nape kaki kena bg dok bawah? Sbb akarnya kat bawah.. aturannya kat bawah.. klau pokok pun, akarnya yg menjadi pegangan dia pun kat bawah, kan? (“,)

Kul 12.00noon, ramai² dah siap and ready to check out… kitorg berempat biji kereta berkonvoi dr desaru menuju ke ayer hitam dan seterusnya ke shah alam….

0 comments: