Friday, January 09, 2009

BiLa IzRail daTAng MemanGGiL...

_bunyinya seakan-akan sama....

Apa yg sama? Izrail vs Israel... Kedua-duanya menggambarkan ttg keMATIan. Isu terhangat selepas pilihanraya kecil kat terengganu / isu rita rudaini ataupun yg lain2, yg menggemparkan satu dunia ialah... pengeboman tentera ISRAEL di Gaza, Palestin....
Apa yg harus aku buat? Apa yg harus kita buat? Apa??????? Tgk dan bersedih jer... Itu je ke yg mampu kita buat? Boikot barangan Israel????Tanyalah diri kita sendiri...


"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yg kamu kerjakan.... maka hendaklah kita sama-sama perbaiki diri, dgn kembali kepada ajaranNya.

Alhamdulillah, tempat tinggal kita sekarang x dilanda peperangan mcm kat Palestin tu. Memanglah sedih, sayu bila bumi umat islam disana tu ditimpa musibah. Samalah juga dgn bencana alam spt tanah runtuh di bukit antarabangsa dan tsunami di acheh... Semua ni adalah bencana/balasan dr Allah sbb dikalangan kita semua ni, ramai yg dah lupa dan alpa kepadaNya. Bila ditimpa kesusahan seperti skrg, baru teringat nak minta pertolongan drNya dan br teringat nak kembali kepadaNya....
Teringat aku pd kisah kehancuran 4 kaum terdahulu... kaum Nuh A.S, kaun 'Aad. kaum Tsamud dan kaum Luth A.S.... Allah menurunkan bala terhadap mereka kerana mereka tidak mahu mengikut/melaksanakan perintah Allah. Maka adakah kita pernah mengambil pengajaran dr kisah2 kaum tersebut? Dlm Al-Quran, Allah telah berfirman...
"Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?"
sebanyak 4 kali.... Adakah kita mengambilnya utk dijadikan pelajaran?

Bak kata org, tanda-tanda kiamat tu dah nampak... kat mana-mana jer... tak kan kita nak lengah2 lg kan? Pesanan dr kumpulan Raihan, 5 tahun yg lepas.... rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara....
SIHAT sebelum SAKIT
KAYA sebelum MISKIN
MUDA sebelum TUA
LAPANG sebelum SEMPIT
HIDUP sebelum MATI

Oleh itu, klau dibumi Palestin sana keadaannya huru-hara.. kita yg tinggal dlm keadaan aman ni, haruslah mengambil peluang ini utk kembali kepadaNya... Musibah yg berlaku pd rakyat dibumi Palestin itu, hendaklah kita jadikan sbg pengajaran... Bayangkan, klau kita sekrg berada disana.... apalah nasib kita diakhirat kelak klau bekalan ilmu didada ni belum cukup. Bayangkanlah....

0 comments: