Tuesday, March 10, 2009

..::NahAS 29 kEndERaaN::..

Nahas 29 kenderaan
Oleh Rosdalilah Zahari am@hmetro.com.my

KUALA KANGSAR: “Saya cuba membrek kecemasan apabila melihat beberapa kenderaan di depan kemalangan, tetapi tidak berjaya kerana jalan terlalu licin dan kami sedang menuruni bukit ketika itu. Sebaik kereta saya menghentam kereta di depan, saya terasa hentaman di belakang dan mendapati banyak lagi kenderaan yang berlanggar,” kata seorang pemandu yang mahu dikenali sebagai Roy, 30.
Roy adalah antara mangsa yang terbabit dalam kemalangan membabitkan 29 kenderaan di Kilometer 257 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Terowong Menora di sini, malam kelmarin. Kejadian kira-kira jam 8 malam itu berlaku di laluan Ipoh menuju ke Kuala Kangsar dalam keadaan jalan licin berikutan hujan dan ditambah cuaca yang gelap berikutan waktu malam.Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Roy berkata, jalan licin adalah penyebab utama kemalangan ditambah pula kejadian berlaku ketika semua kenderaan sedang menuruni bukit. Dia kemudian membuat laporan berhubung kemalangan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar.Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Deputi Superintendan Guan Beng Kang, berkata beliau sudah menerima laporan daripada semua mangsa yang terbabit dalam kemalangan berkenaan.
“Tidak ada mangsa yang cedera atau maut namun kebanyakan kenderaan mengalami kerosakan di hadapan, belakang atau kedua-dua hadapan dan belakang kenderaan masing-masing,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.Beliau mengesahkan laluan itu amat berbahaya dan kerap berlaku kemalangan kerana ia menuruni bukit tetapi insiden kelmarin membabitkan kenderaan paling banyak.



kesian KBR, dicium dr belakang...

Adam melayan kawan-kawannyer... di IPD Kuala Kangsar


Dah terang baru nampak, cam nilah rupanya KBR 828 aku....



KALAU aku x balik kampung.....

KALAU aku blk awal pagi.....

KALAU aku x singgah pau Tanjung Malim....

KALAU aku balik ikut jalan dalam....



Bermacam-macam KALAU itu terkeluar dari mulut ni bila musibah yg berlaku. sepatutnya aku panjatkan kesyukuran kerana Allah masih memerlukan aku utk menggalas tanggungjawab sbg hamba-Nya utk mengabdikan diri pd-Nya.

KALAU lah apa-apa yg terjadi pd aku dan family aku pd malam tu, cam na? mungkin aku cedera parah atau meninggal dunia... Dah cukupke amal ibadat yg aku nak bawa utk jumpa Allah tu nanti? Benarkah aku mengenali sang pencipta? Itu yg patut aku pikirkan... bukannya berang ngan hal2 insurans keter tu...

Alhamdulillah.. semuanya selamat

Pengalaman semasa kejadian? tak payahlah aku citer sbb klau ditulis / diceritakan tentunya ianya akan menjadi kenangan yg x dapat dilupakan.. aku klau boleh, nak lupakannya dan nak ambil musibah ini utk tgk blk fungsi diri aku utk dekatkan diri ngan sang pencipta.. Nak kenal Allah tentunya bermula ngan Nama-nama Allah...

1 comments:

Anonymous said...

laaaa nang... kenapa leh jadi mcm nih???? sabar ye nang... ada hikmah nye tu... gen2 baru ke..