Tuesday, June 16, 2009

..::Muhasabah diri::..

Tiada perjuangan yang tidak mahukan kemenangan. Untuk menang perlukan mentaliti pemenang, berfikiran positif, bertindak positif.

Oleh itu untuk menangkan Ad-deen Allah dan benar-benar menang, bukan dengan dipolitikkan, sekadar di'surat khabarkan' atau dijaja dengan ucapan panjang berjela. Namun dengan melahirkan manusia yang yakin dengan perintah Allah, yakin bukan sekadar dengan kata tapi yakin sekiranya dilaksanakan perintah itu pasti beroleh kejayaan.

Nanti akan timbul pula suara-suara 'serak basah yang tak sedap' menyatakan ini kerja gila atau sudah tidak relevan dengan keadaan sekarang. Kerana kegilaan yang mendalam untuk merahmatkan alam maka kita kena yakin pada Allah serta pelaksanaannya dan Rasulullah telah merelevankan apa yang telah diwahyukan kenapa kita tidak mencuba. Memang nanti hasilnya tidak akan seperti yang dilakukan oleh baginda, sekurang-kurangnya kita laksanakan, ianya lebih bagus dari berpeluk tubuh.

Hijrahkan pemikiran kita, hijrah itu selayaknya dan sepatutnya berlaku setiap hari. Sentiasa lakukan perubahan ke arah yang lebih baik. Jika hari ini hidup dalam aturan manusia maka hijrahkan diri, hidup dalam genggaman Allah yang Maha Kuasa. Andai sudah mengakui keagongan Allah maka hijrah dari sekadar mengakui kepada melaksanakan. Andai sudah laksanakan maka hijrah untuk melaksanakan dengan lebih baik lagi. Dan jangan terus berpuas hati, tiada yang sempurna melainkan Allah.

Seterusnya setiap diri yang beriman dan berhijrah perlu berjihad. Jihad merupakan usaha nyata untuk menyuburkan nilai Islam bukan menafikan prinsip yang lain. Maka usaha jihad perlu berteraskan untuk memulihkan dan memelihara Islam, pulihkan umat Islam itu dahulu, pulihkan pandangan masyarakat terhadap Islam, maka nanti kita pelihara sampai bila-bila.

Semuanya ini perlu ditanggapi dengan usaha yang realistik, bukan sekadar menadah tangan atau berbangga dengan apa yang kita ada. Maka semuanya perlukan sumber dana yang sistematik, konsistan serta sumber daya manusia yang berqualiti tinggi( ilmu dan jasad).

Laksanakan ikut pengalaman orang terdahulu, ya, sebelum Syawal memang perlukan berpuasa baru nanti kita rayakan Aidul Fitri(kembali pada fitrah). Namun hingga hari raya, yang diharamkan berpuasa hanya satu hari sahaja maka selepas itu perlu berpuasa enam pula. Ini kaedah bagaimana kita menata atau mengawal kemenangan. Menang juga perlu ditata dan dikawal supaya manusia tidak mudah lupa diri bila melihat 'harta dan diri' manusia lain tunduk pada Islam. Mrdhotillah........


sumber:kakisyurga

1 comments:

faizalMS said...

betol 2,kak.sy skong 100%..