Tuesday, June 30, 2009

..:: EnSoMnYEr BudaK NiE ::..


10 things about Adam Harith...
1. Dah 2 tahun 2 bulan dah orangnyer ni.
2. Dah pandai cakap macam2.. ajuk ummi dia pun pandai gak ni.
puji diri sendiri pun pandai gak nih...
3. Berat badan... maybe 9++kg lg kot, belum masuk 10kg
4. Pemakanan.. ada improvement sket, lately mahu makan nasi
byk dah... > dr 3/4 suap.
5. Selagi x pukul 12 tgh mlm, dia x akan tido; cerah membulat
lg mata dia tu...
6. Suka lompat2....
7. Dah pandai buka seluar sendiri tp lum reti nak
tanggalkan baju sendiri lg.
8. Ayat kegemarannya.. "pak.. pak.. gol"
(sepak2.. gol.... tiap2 hari main bola dlm umah)
9. x boleh kena panas sket.. mesti "hot"
10. kekadang panggil aku 'ibu' kekadang panggil 'ummi' lum pandai bezakan
antara ibu (kak wati yg dok jaga dia) dan ummi (akuler)


..:: HaPpY BiRThdaY buaT SuAmI TerSaYaNg ::..


Monday, June 29, 2009

..:: Polemik Rasulullah seorang ummi ::..

DARI kecil, iaitu sejak kita mula mengenal membaca dan menulis telah sering ditekan mengenai sebuah 'ajaran' bahawa junjungan besar Nabi Muhammad SAW seorang yang buta huruf!

Malah kita sanggup mempertahankan ajaran itu apabila ada pihak cuba mengatakan yang sebaliknya, mustahil Nabi Muhammad seorang yang buta huruf!

Adakah ini kerana jika mengatakan baginda sebenarnya tahu membaca dan menulis maka itu tidak memberikan satu pengesahan bahawa baginda seorang Rasul, utusan Allah?

Benar, yang dimaksudkan dengan perkataan ummi' adalah seseorang yang tidak tahu, tidak mempunyai kepandaian dan kemahiran untuk membaca dan menulis, iaitu merujuk kepada perkataan umm bererti ibu.

Iaitu lazimnya keadaan di mana seperti janin atau bayi yang masih dalam kandungan rahim ibunya, bererti tidak tahu apa-apa, apatah lagi membaca dan menulis.

Malah ini sebagaimana telah disebutkan dalam surah al-A'raf ayat 157 bahawa: Nabi Muhammad seorang ummi; iaitu mereka yang mengikut Rasulullah (Muhammad SAW) Nabi yang ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka".

Ini menyebabkan kita sering kali mengaitkan buta huruf itu dengan kebodohan (jahlun) tetapi Nabi sebenarnya seorang yang amat pintar. Jadi bagaimana kita dapat kaitkan seorang yang ummi itu sedangkan ketika usia mudanya pernah menjalankan perdagangan malah membawa balik keuntungan yang sangat besar.

Kejayaan baginda melakukan transaksi perniagaan ini menjadi satu petunjuk bahawa baginda seorang yang mampu membaca dan menulis.

Malah dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Zaid bin Tsabit bahawa Nabi pernah bersabda: "Jika kalian menulis kalimat Bismillahirrahim, maka perjelaskanlah huruf sin di situ".

Ini menunjukkan baginda seorang yang bukan sahaja mengenal huruf tetapi baginda tidak mempunyai masalah dalam aspek tulisan dan penulisan.

Ini seperti gambar yang dipaparkan di ruangan ini antara surat-surat yang ditulis oleh baginda bagi menjayakan misi dakwah terutama kepada pemerintah-pemerintah sesebuah kerajaan.

Jadi, mustahil seorang Rasul seperti baginda seorang yang bodoh. Apatah lagi mengingatkan kepada kita salah satu sifat wajib yang ada bagi seorang Rasul itu adalah fathonah, iaitu cerdas dan pandai.

'Ajaran' Nabi Muhammad seorang yang benar-benar buta huruf dijadikan alasan atau perisai yang menahan baginda dari dituduh, sebagai individu yang menulis al-Quran.

Andai kata baginda tahu menulis membaca, maka kita dikatakan tidak mempunyai sebarang perisai lain yang boleh digunakan bagi menangkis tuduhan tersebut.

Tidak dinafikan persoalan sama ada Nabi Muhammad seorang yang buta huruf ataupun tidak, telah menjadi polemik dan perbincangan oleh pelbagai pihak malah sehingga kini pun ia masih dibicarakan.

Salah satu pendapat bagi menafikan baginda seorang yang ummi iaitu faktor budaya masyarakat Arab Jahiliah itu sendiri.

Orang Arab ketika itu dikatakan tidak mempunyai budaya membaca dan menulis yang kuat kerana mereka mempunyai kelebihan dalam mengingat kalimat-kalimat dengan begitu sempurna. Tanpa ada sebaris ayat atau perkataan yang tertinggal.

Bagi mereka, menghafal 100 bait-bait puisi dan syair gurindam sudah cukup dengan sekali mendengar! Kalau mereka mempunyai kebolehan yang sehebat itu maka tidak perlulah lagi mereka menulis.

Malah dikatakan jika semua apa yang mereka semat dan hafal dalam ingatan itu ditulis, maka akan terdapat beribu-ribu lembaran buku dihasilkan bagi menampung semua yang dihafal itu.

Begitupun faktor ini tidak mempunyai kekuatan malah yang sebenarnya masyarakat Arab walaupun jahil tetapi mereka terkehadapan dalam aspek membaca dan menulis itu sendiri.

Setiap tahun mereka akan menganjurkan sayembara atau festival pembacaan natsar (prosa) dan syair (puisi) di pasar raya Ukaz.

Lalu, karya-karya yang memang dan dianggap terbaik akan mendapat penghormatan lalu akan ditulis dan ditampal di dinding-dinding Kaabah.

Fakta ini membuktikan masyarakat Arab zaman itu termasuk suku Quraisy, iaitu keturunan baginda mahir membaca dan menulis.

Namun seperti yang dijelaskan oleh tokoh Islam terkenal, Sheikh Al Maqdisi bahawa individu yang menafsir sejarah dan al-Quran itu sendiri yang keliru terhadap keupayaan dan kapasiti Rasulullah khususnya dalam soal membaca dan menulis ini.

Menurutnya, walaupun benar ummi itu bermaksud sebagai buta huruf tetapi apabila dikaitkan dengan Rasulullah, ummi di sini bermaksud baginda bukan di kalangan golongan Yahudi dan Nasrani.

Ketika itu, kedua-dua kaum ini sering kali menggelarkan atau sebenarnya mengejek umat yang selain Yahudi dan Nasrani sebagai golongan ummi atau non-Yahudi dan non-Nasrani. Ini termasuklah Rasulullah dan orang Arab yang lainnya.

Malah dalam satu penjelasannya yang panjang, dapat kita ringkaskan apabila keturunan Arab melalui Nabi Ismail sebelum turunnya al-Quran kepada Nabi Muhammad, kaum ini tidak pernah diwahyukan dengan sebarang Kitab Allah.

Lantas kerana itu, kaum ini disebut sebagai kaum ummiyyuun atau ummiyyiin yang bererti "kaum yang belum pernah membaca atau menulis Kitab Allah".

Situasi ini yang menjadikan kaum Yahudi semasa zaman Jahiliah merendah-rendahkan kaum Arab sebagai kaum yang tidak mempunyai kitab.

Mereka begitu bermegah kerana dikurniakan kitab Taurat berbanding kalangan Arab yang tidak mempunyai apa-apa kitab itu.

Sindiran dan ejekan mereka itu mungkin dapat dilihat melalui surah ali-'Imran ayat 75: Tiada yang patut disalahkan bagi kami atas kaum ummiyyiin.

Ikuti penjelasan lanjut mengenai persoalan ummi di keluaran akan datang!

Petikan daripada buku Sirah Nabawiyyah terbitan Yayasan Dakwah Islamiah

Thursday, June 25, 2009

..:: REjaB, BuLaN Allah ::..

Pada 24 Jun 2009 (Rabu) yg lepas, kita telah memasuki bulan Rejab 1430H.
Bulan Rejab adalah bulan Allah swt.
Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda,
"Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"

Selamat Menyambut Bulan Rejab.
Perbaiki diri dan setiap hari hendaklah perhatikan apa yg kita telah perbuat untuk hari esok(hari kiamat).

..:: KoNsERt sATu WajAH M.NasiR ::..

Buat kawan2 yg meminati sifu M.Nasir ni, leh lah start booking ticket utk Konsert Satu Wajah ni plak...Sebagai seorang penghibur tersohor tanah air, Sifu M Nasir akan kembali dengan sebuah konsert besar di Stadium Negara, 25 Julai 2009. Konsert ini adalah konsert beliau yang kedua di stadium tersebut selepas konsert “Canggung Mendonan” in 1994.

“Konsert Sati Wajah M Nasir” ini merupakan konsert besar beliau yang kedua, selepas “Konsert Alam Muzik M Nasir” di Istana Budaya pada 27 Feb hingga 1 Mac, 2009.

Konsert ini dibawakan oleh Maya Axis Creative Sdn Bhd. Pertunjukan beliau dijangkakan akan mengambil masa 2½ jam, dari pukul 8:30 malam hingga 11:00. Tiket-tiketboleh didapati dengan pada harga RM 53, RM83, RM153 dan RM253. tempat duduk adalah bebas.

Dalam pd itu... terdetik dihati nak tanya.. kenapa minat pd M.Nasir? minat pd lagu ataupun pd orgnya yg handsome atau pd suaranya yg sedap? Cuba kita fahami setiap baris ayat dlm lagu2 yg dinyanyikannya... menarik sgt!!

Monday, June 22, 2009

..:: Syabab Musafir Kasih ::..

SYABAB...!!!!
dulu,
bila disebut lelaki,
wanitanya mendongak megah,
lelaki kami asadullah.saifullah,
kini,
bila disebut lelaki,
wanitanya menunduk lemah,
tokoh kami sedikit sekali,
ramainya boneka yahudi.

dulu,
bila disebut lelaki,
wanitanya damai dihati,
lelaki kami menjaga, melindungi,
kini
bila disebut lelaki,
wanitanya mahu cabut lari,
lelaki khianat ,perogol bersiri.

dulu,
bila searang wanita teraniaya,
sepasukan kuda putih membela,
al-mu'tasim kebanggaan wanita,
kini,
ribuan wanita suci dipenjara,
fatimah diperkosa minta dibela,
lelaki tunduk tak bertenaga.

dulu,
bila wanita dibawah jagaannya,
lelaki memagari sehabis daya,
tiada siapa berani menggoda,
kini,
bila wanita dibawah jagaannya,
lelaki tak kisah auratnya terbuka,
wanitanya dibar bebas,binasa.

dulu,
lelaki menggadai harta dan nyawa,
untuk mengangkat kemuliaan agama,
kini,
lelaki menggadai ketinggian agama,
demi nafsu,dunia dan seisinya.

dulu,
lelaki bermatian mencipta sejarah,
kental berjihad,tekun berdakwah,
kini,
lelaki hanya menyanjungi sejarah,
diri bermalasan,tenaga tak dikerah.

dulu,
lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
al-farouq , zunnurain mati terbunuh,
kini,
lelaki memprjuangkan diri dan kroninya,
hingga sanggup membunuh.

dulu,
lelaki bersatu menghadapi musuh,
angkatannya kuat dan teguh,
kini,
lelakinya berpuak dan berpecah,
sesama sendiri saling bertelagah....
kembalilah lelakiku,
kembali kepada kelelakianmu,
kami rindukan lelaki dulu,
acuan madrasah rasul.

srikandi,
damsyik,syria

Wednesday, June 17, 2009

..::Banyak Pokok yg Telah Ditebang::..

Kertas dibuat daripada apa? Pokok... betul ke? mhmhmhhhm...

"Dah lah tu... cukup2 lah... jgn beli lg dah majalah2/suratkhabar ni... nnt byk lg lah pokok yg akan kena tebang.. kita nak perlihara pokok2 tu... baca je kat internet tu.. "


Macamtu lah lebi kurang bunyinya... tp nape aku susah sket nak ubah kebiasaan diri yg suka beli majalah ni ek?

Tuesday, June 16, 2009

..::Muhasabah diri::..

Tiada perjuangan yang tidak mahukan kemenangan. Untuk menang perlukan mentaliti pemenang, berfikiran positif, bertindak positif.

Oleh itu untuk menangkan Ad-deen Allah dan benar-benar menang, bukan dengan dipolitikkan, sekadar di'surat khabarkan' atau dijaja dengan ucapan panjang berjela. Namun dengan melahirkan manusia yang yakin dengan perintah Allah, yakin bukan sekadar dengan kata tapi yakin sekiranya dilaksanakan perintah itu pasti beroleh kejayaan.

Nanti akan timbul pula suara-suara 'serak basah yang tak sedap' menyatakan ini kerja gila atau sudah tidak relevan dengan keadaan sekarang. Kerana kegilaan yang mendalam untuk merahmatkan alam maka kita kena yakin pada Allah serta pelaksanaannya dan Rasulullah telah merelevankan apa yang telah diwahyukan kenapa kita tidak mencuba. Memang nanti hasilnya tidak akan seperti yang dilakukan oleh baginda, sekurang-kurangnya kita laksanakan, ianya lebih bagus dari berpeluk tubuh.

Hijrahkan pemikiran kita, hijrah itu selayaknya dan sepatutnya berlaku setiap hari. Sentiasa lakukan perubahan ke arah yang lebih baik. Jika hari ini hidup dalam aturan manusia maka hijrahkan diri, hidup dalam genggaman Allah yang Maha Kuasa. Andai sudah mengakui keagongan Allah maka hijrah dari sekadar mengakui kepada melaksanakan. Andai sudah laksanakan maka hijrah untuk melaksanakan dengan lebih baik lagi. Dan jangan terus berpuas hati, tiada yang sempurna melainkan Allah.

Seterusnya setiap diri yang beriman dan berhijrah perlu berjihad. Jihad merupakan usaha nyata untuk menyuburkan nilai Islam bukan menafikan prinsip yang lain. Maka usaha jihad perlu berteraskan untuk memulihkan dan memelihara Islam, pulihkan umat Islam itu dahulu, pulihkan pandangan masyarakat terhadap Islam, maka nanti kita pelihara sampai bila-bila.

Semuanya ini perlu ditanggapi dengan usaha yang realistik, bukan sekadar menadah tangan atau berbangga dengan apa yang kita ada. Maka semuanya perlukan sumber dana yang sistematik, konsistan serta sumber daya manusia yang berqualiti tinggi( ilmu dan jasad).

Laksanakan ikut pengalaman orang terdahulu, ya, sebelum Syawal memang perlukan berpuasa baru nanti kita rayakan Aidul Fitri(kembali pada fitrah). Namun hingga hari raya, yang diharamkan berpuasa hanya satu hari sahaja maka selepas itu perlu berpuasa enam pula. Ini kaedah bagaimana kita menata atau mengawal kemenangan. Menang juga perlu ditata dan dikawal supaya manusia tidak mudah lupa diri bila melihat 'harta dan diri' manusia lain tunduk pada Islam. Mrdhotillah........


sumber:kakisyurga

Thursday, June 11, 2009

..::Bila Manusia Melampaui Batas::..

Ikat pd batu nisan sebelum noda gadis

L I M A J A H A N A M

"Lima lelaki bernafsu syaitan menjadikan perkuburan dipinggir ibu kota sbg tempat melempiaskan nafsu serakah dgn memperkosa bergilir-gilir mangsa culik mereka, awal pagi kelmarin. Lebih keji apabila mangsa, gadis berusia 20-an, diikat kaki dan tangan di batu nisan."


Begitulah bunyinya berita depan Harian Metro pg ni yg aku baca…. Tak tahu nak gambarkan perasaan aku mahupun kpd sesiapa sahaja yg baca berita ini. 1st .. apa yg aku nampak, atas nama umat islam. Sbb kejadian ini berlaku di Tanah Perkuburan Islam. Dlm akhbar x diberitahu lah plak gadis ni dan 5 jahanam itu berbangsa melayu/cina/India. Bangsa apapun mereka, itu x penting. Apa yg telah mereka lakukan itu yg perlu diperhatikan dan disiasat…


Sejak dulu lg… dalam tahun 2000 mungkin thn seblm2nya lagi, telah terjadinya kes culik+rogol+bunuh…. Kejadian ini x penah terhenti dan x mampu untuk kita atasi. KENAPA???? Itu yg perlu kita cari jalan utk selesaikannya.. Bukannya biar pihak polis yg lakukan siasatan. Sbb apa…. Klau kita x mencegah kejadian ini, ianya pasti berulang2.. Polis plak hanya akan buat siasatan bila berlakunya kejadian. Dah x guna.. umpama nasi dah jd bubur….


Dlm kejadian ini.. memanglah aku bersimpati pd mangsa. Tetapi... adakah mangsa yg menyebabkan kejadian ini. 1. mungkin pd mlm tu, mangsa berpakaian terlalu seksi. Hal ini x dinyatakan dlm akhbar. Wahai wanita dan gadis2 diluar sana.. jagalah aurat masing2. Jgn mengundang bahaya pd diri sendiri. Wahai ibubapa, jgnlah biarkan anak2 gadis pulang bersendirian diwaktu malam. Sekurang2nya.. biarlah berteman.


Lima jahanam bernafsu SYAITAN” bukan lg dikatakan bernafsu binatang… Syaitan ni lebih teruk dr binatang agaknya.. tp sedarkan kita bahawa syaitan itu juga dr kalangan manusia…


4. Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi

5. yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia,

6. dari (golongan) jin dan manusia.

Surah An-Naas (4-6)

Tuesday, June 09, 2009

..::Pasti Menang::..

hahhahahaa... td masa lunch aku main game ni... Tumblebugs.. ala-ala game zuma tu.. heehheheh... Baru puas hati aku.. akhirnya!!! aku dah berjaya selesaikannya!!!!! hehehhehehhe

..::Kembali pada Al-Quran dan Sunnah::..

dipetik dari Metro, Ahad (7 June 2009)

Saya orang biasa dan ada juga buat kesilapan, tapi sekarang dapat bezakan antara yang hak (benar) dengan yang batil (salah). Jadi di sini saya nak kongsi ilmu yang saya dapat dengan semua orang yang hadapi masalah. Sekarang memang banyak cerita panas yang kita dengar; masalah sosial, bunuh, rompak, rogol dan lain-lain. Sampai bila masalah ini nak berlarutan?

Saya sedih dengan apa yang berlaku, lebih-lebih lagi kerana ia terlalu banyak membabitkan umat Islam. Kalau kita sekarang dah macam ini punya teruk, bagaimana masa akan datang? Sebenarnya mudah saja nak selesaikan masalah ini. Kita kembali pada al-Quran dan sunnah. Itu yang Rasulullah SAW tinggalkan pada kita semua.

Ini jelas melalu satu hadisnya: “Ku tinggalkan kepada kamu dua pusaka dan tak akan sesat atau buntu selama-lamanya selagi kamu masih berpegang kepada kedua-duanya iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnah Rasul-Nya.”

Kita lihat semula kehidupan kita. Semua kita pernah sesat jalan. Bagaimana perasaan bila sesat jalan? Namun ini sesat dalam kehidupan. Kalau dah sesat dalam hidup, macam mana mati nanti?
Lagi satu, cuba kita fikirkan kenapa Allah hidupkan kita manusia di muka bumi? Kalau dilihat surah 23 Al Mu’minuun ayat yang ke 115 yang bermaksud:

“Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya kami menciptakan kamu secara main-main saja dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”

Dalam ayat ini Allah tanya adakah Allah cipta kita untuk main-main? Suka-suka buat kerosakan di muka bumi ini? Sebab apa Allah cipta kita? Jawapannya, kita lihat pula surah 51 Adz Dzaariyaat ayat 56 yang bermaksud:

“Dan tidak Ku ciptakan jin dan manusia melainkan hanya untuk menyembah Allah.”

Jadi kita dicipta supaya menyembah Allah atau beribadah. Jadi kita kena beribadah pada Allah. Kalau ditanya apa maksud ibadah? Ibadah itu maksudnya amar makruf nahi mungkar. Masalahnya, sekarang ramai orang menganggap remeh mengenai al-Quran, sedangkan itulah petunjuk kita. Jadi sama-samalah kita renungkan dan memikirkan untuk masa akan datang.

Jawapan dr Dang Setia


Terima kasih di atas pandangan saudara. Apa yang saudara katakan benar dan tepat sekali. Jika semua umat Islam berfikiran seperti saudara, alangkah indah dan murninya dunia serta kehidupan ini. Bagaimanapun, hakikatnya tidak begitu. Ia sama seperti yang saudara katakan iaitu masalahnya “ramai orang memandang remeh mengenai al-Quran” dan juga sunnah Rasulullah SAW. Ramai yang bukan saja tak amalkan, malah tak tahu baca al-Quran. Ada yang tahu baca, tapi tak tahu maknanya dan ada yang baca serta tahu maknanya, tapi tak amalkan.

Itulah realiti kehidupan sekarang, namun nasihat daripada Dang Setia ialah kita tidak boleh kecewa dan berputus asa. Sebagaimana dinyatakan di dalam al-Quran dalam surah al-Asr, semua di kalangan kita umat Islam yang ada ilmu biarpun sedikit wajib pesan memesan (dalam erti kata lain berdakwah) dengan penuh kebenaran dan kesabaran.

Itulah yang cuba Dang Setia lakukan dan begitu juga saudara. Tiada di kalangan kita yang sempurna serta hebat ilmunya, namun kita tidak perlu menjadi orang yang sempurna ilmu baru nak berdakwah. Berbekalkan sedikit ilmu yang ada, asal saja ia benar, sampaikan ilmu itu kepada keluarga, sahabat handai dan orang di sekeliling kita.

Insya-Allah, jika kita bersungguh-sungguh, usaha kita yang sedikit dan tidak seberapa ini akan memberi kesan yang sungguh besar kepada kesejahteraan Islam.

Thursday, June 04, 2009

..::Bersabarlah dan kuatkan kesabaran::..

Bersabarlah dan tiadalah kesabaranmu itu melainkan dengan pertolongan Allah dan janganlah kamu bersedih hati terhadap mereka dan janganlah kamu bersempit dada terhadap apa yang mereka tipu dayakan.