Wednesday, February 25, 2009

..::@::..IslaM AndaLusiA..::@::..

_Contohi kegemilangannya....

Itulah tajuk dlm Utusan Melayu @ 25 Feb 2009 dlm Sudut Agama....

"Pembinaan negara maju hendaklah berteraskan kpd Al-Quran dan Al-Sunnah serta nilai2 asas universal yg baik yang tidak bertentangan dgb kedua-duanya agar sesuai dgn konsep baldatun tayyibah wa rabbun ghafur (negara yg baik dan mendapat berkah dr Allah)"

Sejarah telah membuktikan bahawa Islam pasti menang. Dan ianya telah terbukti dgn kegemilangan Madinah, Bani Umaiyah, Bani Abasiah dan kegemilangan Islam di Melaka dan di Acheh. Jika semua sejarah diambil pengajaran, wajarkah umat Islam berwajah yg rata-ratanya memilukan???



Monday, February 23, 2009

Stop it !!!!!

_hey !!!!

dah lah tu.... stop it !!!!

dah !!! jgn dok nak tukat2 template / background lg.... lagi byk pilihan... lg memeningkan. then x buat keje... asyik ngadap internet ajer....

tapi... sepatutnya my blog ni view cam ni.... tp lain plak jadinyer.... :(



p/s : thanks Najihah for remind me on my duty.

@ PuTrAjaYa

_Sabtu x keje !!!!!!

Yehaaaa…. Seronok sgt weekend aku minggu ni… sbb sabtu aku x keje… tp kekadang rasa sedih sket sbb… x bleh cuti tiap2 sabtu… tp alhamdulillah… at least comp aku altenate. Sbb aku masih lg jumpa/dgr masih ada company yg kena keje every Saturday. Huhuhuhuhuhhuuhhh…. Aku patut bersyukur…

Lagi satu yg aku suka klau sabtu x keje ni… aku leh ikut my lovely husband beriadah di Putrajaya… ehhehehehehe….

Berbasikal lah….

Husband aku lum beli lagi basikal nyer.. tp sabtu lepas, dia pinjam yg kawan dia.. hehehhehe… teka.. dia dapat no berapa? 1st time berkayuh ni…. Tentulah dapat no 1 dari belakang… aku bangga ngan dia sbb semangat utk menghabiskan juga kayuhannya sejauh 25km pd pagi itu….

Love u very much!

Tp masa abah berbasikal... Adam plak... berdating ??? bersilahturahim ??? or ????

Pagi ahad esoknya plak, giliran aku lah plak… tp bukan berbasikal… berjogging jer….
Awal pagi kuar dr rumah, Adam pun masih lg enak dibuai mimpi… Aku bertemankan jiran2 dishah alam ni, berjogging mengelilingi tasik… 2 round ajer… hihihiiiii… nil ah azam aku utk saat ini dan seterusnya… weekend ku mesti diisi ngan beriadah iaitu berjogging… nak turunkan berat badan maaa…..

Lepas berjogging…. Tgk2 Adam dan abahnyer x der dlm kete. Dah bgn anak ummi ni… Adam pun beriadah gak… nil ah riadah adam… hehehheehhee….


Saturday, February 21, 2009

BowLiNg

_hehehhehehhe

dah basilah citer ni... tp aku nak citer gak... bukan x nak update hari tu, tp klau gambar x upload skali x bestlah nak citer....

berusaha utk mengangkat bola tu...

berusaha lagi dan lagi..

Gambar ni lah yg aku lambat upload ni.... ptg tu masa bowling tournament, abah si Adam ni x ikut sbb ada hal sket... then aku ni bawalah Adam g main bowling... Aku tau mesti ramai nyer yg nak tolong aku jagakan si Adam ni....

Badli lah yg selalu jaga Adam... siap minta tunang dia bawa Adam g jalan2... tp yg x bestnyer, bila blk kat bowling tu, Adam bw sebiji bola getah..... Aduh... parah aku nak menjaganya.... sbb pantang lepa sket, dia nak g baling bola tu kat lane yg aku dok main tu.. Aduh..... penat dok jaga dia.... Selain Badli, ada lagi.... entah aku pun x kenal sapa yg dok main2 ngan Adam tu... hehhehehehehhehehhee....

Beciter ttg ummi dia yg sekian lama x main bowling.... Jgn haraplah dpt best bowler.... ranking ke 13 drp 28 peserta... hehehhehehe.... tp team dpt no 5 drp 14 team... dapatlah JJ voucher RM50.... OK lah tu....

oh ya... kat bowling tu aku terjumpa ex-meb @ my bestfriend... SHARINA tp aku bergambar ngan anak dia jer... hhihiihhiihih... si Aina Sofea



Saturday, February 14, 2009

Mclub Bowling 2009 - double

Hari ni, aku akan berganding bahu ngan MiMie AlFafa

Just BCoZ oF

Friday, February 13, 2009

AnIs 2009

Bergenang air mataku

Awal pg ni, aku mulakan ngan sarapan korteow…. Sambil membaca majalah Anis, keluaran Februari 2009. Dlm ruangan BICARA ABU HASSAN, tajuknya Menggalas cabaran….. cukup tersentuh hati aku pd ayatnya….

“Ketika di Makkah, rakan2 menunjukkan kpd sy kedai Starbucks, Pizza Hut dan KFC yg terletak hanya 200meter dr pinu Masjidil Haram. Zionis sudah bertapak smpi ke tanah haram melalui jaringan perniagaan. Dia kemudian menunding kearah Hotel ilton, katanya. Entah apa-apa lg dibumi penuh barakah ini kepentingan Yahudi bertapak atas nama perniagaan”

Apa yg membuatkan aku bergenang air mata…. Sbg insan yg belum pernah menjejakkan kaki di bumi yg penuh barakah itu, x ku sangka kat sana pun ada KFC, Pizza dan Strarbuck. Sbb aku selalu dok bayangkan bahawa bumi yg mulia itu, tentulah persekitarannya juga x dicemari ngan anasir2 luar ni…. Hhhmmmm… sedihnya aku ngan pembangunan di situ.

Thursday, February 12, 2009

AkhIRnYa....

Lately ni aku suka betul tukar2 template..... Lastly, yg ni gak yg aku pilih... simple jer.... hehhehehehhehee...

Tp, rasa cam nak cari lg nanti..... kikikikikik

MeNciNtai dAn MelinDungI


Saya tidak ingin berbicara akan definisi cinta. Anda semua boleh mentafsirkan dan mentakwilkannya mengikut kata hati masing-masing. Jika anda masih tidak tahu apakah ia, rujuklah kitabullah dan tafsirannya. Dr. Abdullah Nasih 'Ulwan di dalam tulisannya, Al-Islam wal-Hubb (Islam and Love) sudah menerangkan dengan seberapa perinci tentang peri perkara ini. Menurut Syeikh Atiyyah Saqr, cinta itu suci. Cinta dalam bentuk apapun dibolehkan oleh syarak asalkan tidak dikotori dengan niat atau aksi yang kotor, dan ia mestilah tidak bercanggah dengan hukum-hukum syarak, serta diiringi dengan cinta yang diredhai-Nya.

Tapi adakah kita tahu apa yang tersirat di sebalik citra ini?

Berfirman Allah di dalam kitab agung-Nya: "Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan." (At-Tahriim: 6)
Di sebalik cinta itu terpalit suatu tanggungjawab yang amat besar.

Cinta bukan sekadar suatu perasaan, bahkan, lebih besar, ia merupakan suatu bebanan yang hanya segelintir orang menyedarinya. Mereka yang tahu akan hakikat ini, cinta mereka adalah sangat kukuh dan ampuh. Mereka tidak memikul bebanan ini kerana keterpaksaan, bahkan merasakan ia adalah amanah daripada Yang Maha Tinggi.
Berbeza dengan mereka yang mencintai kerana nafsu, orang-orang yang menyedari bahawa 'mencintai adalah melindungi', punyai keberanian yang tinggi, semangat juang yang tidak mudah patah, azam yang kuat dan tidak terkalahkan, serta sanggup melakukan apa sahaja untuk apa yang mereka dambakan. Ambil contoh paling mudah. Rasullah SAW mencintai umat baginda. Andailah tiada perasaan cinta di hati baginda, adakah anda mampu membayangkan bagaimana keadaan umat Islam hari ini?

Kerana cinta kepada Islam dan cinta baginda kepada ummat, baginda sanggup berjuang redahi lautan keperitan dan kepayahan untuk mempertahankan Islam. Sedang di waktu tibanya baginda kembali ke sisi-Nya, baginda masih lagi terfikirkan akan umatnya, dan tika merasakan sakitnya akan nyawa ditarik dari badan, baginda berkata: Timpakan saja semua seksa ini kepadaku, jangan kepada umatku. Contoh agung
yang kekal sepanjang zaman. Adakah mungkin di zaman ini terdapat jiwa-jiwa yang mempunyai cinta seampuh nilai cinta Nabi kepada umatnya?

Benarlah sabdanya yang mengatakan umat Islam sekarang hanya bagai buih di lautan. Percayalah. Mencintai adalah melindungi. Mencintai Allah dan rasul-Nya bermakna melindungi Islam juga Quran serta sunnah tinggalan baginda. Mencintai keluarga pula bermaksud melindungi mereka daripada dilontarkan
ke Neraka. Bagaimana kita? Adakah kita sudah bersedia untuk cinta?

Saturday, February 07, 2009

aLL aBouT mY HeRo