Tuesday, November 24, 2009

..:: On ThaT DaY ::..

1st of all aku nak ucapkan "SELAMAT HARI LAHIR" utk aku sendiri. actually birthdaynyer on 21st nov yg lepas tp aku x sempat nak upload post dlm blog ni. Biasalah, dah besar ni.. dah ramai kawan ni.. ramailah yg wish aku happy birthday. Thanks utk semua member2 aku dr sekolah rendah sampai member2 tempat kaje ni yg x lupa wish aku melalui hp / facebook / friendster / secara langsung.. heheheheeh... opsss.... on that day, aku terlupa tepon seseorg yg aku selalu telefon pd birthday aku.. iaitu mak aku lah..... lupa nak ucapkan terima kasih kat dia.... maaf mak...

dah 28 tahun aku menghirup udara yg bersih ini. adakah aku telah bersyukur dgn apa yg aku miliki sekarang? ada suami yg penyayang dan sabar dgn kerenah aku. ada anak yg comel dan nakal. ada rumah sbg tempat berteduh. ada kereta uk dijadikan kuda perang. ada kerja sbg sumber rezki drNya. apa lagi yg aku mahu? aku patut bersyukur. gunakan pendengaran, penglihatan dan hati dgn sebaik-baiknya.
"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur" (An Nahl 16:78)

bila tiba hari ulang tahun kelahiran aku, terfikir sejenak... apa yg telah aku lakukan selama 28thn yg lepas? dan pd hari ini, siapakah aku?
1. seorang hamba yang diciptakan utk mengabdikan diri pdNya
" Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku"
(Adz Dzaariyat 51:56)
2. seorang isteri untuk menjadi pembantu yang penyabar kpd suaminya
3. seorang ibu yang penyayang da tabah melayani kerenah anak
4. seorang anak yang sentiasa mendoakan keaejahteraan dunia dan akhirat buat ibubapanya.

semlm aku dikejutkan oleh kawan2 kat office. actually aku x budgetlah akan ada sesi potong kek macam tahun lepas sbb thn ni besday aku hari cuti. tup tap.... semlm, aku dapat kek juga.. hehehhehe.. terima kasih buat kawan2 aku kat tender dept ni + gan dan julie. tp yg bestnye.. kek aku tetap warna kuning. tahun lepas aku potong kek sambil bergambar ramai2 tp tahun ni aku sorang2 jer.... tp kek tu memang sedap...

hadiah dari dilah... utk aku menabung...

sebut pasal hadiah ni, teringat plak kat ole-ole dr anjang. hari tu anjang g kursus kat pangkor. dia tny aku nak kirim apa, ikan bilis pangkor ke? aku kata... ikan bilis tu x beli pun x per, janji belikan aku keychain ataupun fridge magnet. last2... ketiga2 benda tu aku dapat. hehehehhehe terima kasih anjang....

comel kan? tiap2 hari adam masak udang dan sotong. hehehehehehhe

bercakap ttg adam plak... hehehheheehe byk plak yg aku nak citer ni... dia sekarang dah pandai cakap. tambah2 sejak tgk citer upin ipin ni.. aaarrrrr... dia tgh belajar melalui cerita kat tv. yg geramnya tu.. ayat2 yg x best utk didgr tu lah yg dia ikut.... "woi, apa ni" / "matilah aku" dia suka tgk upin ipin tu tp walaupun berpuluh kali asyik tgk citer tu tp bila mai tang bab kuar hantu durian tu... dia tutup mata. eheeheee... penakut gak anak ummi ni.
bilik tgh tu dah jd bilik dia dah... tido situ, makan situ, main pun kat situ.




Friday, November 20, 2009

..:: MeSTi ToNToN ::..


malam ni... MESTI TONTON!!!!


Thursday, November 19, 2009

..:: Puasa 2010 ::..


Cuba kira... 1Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat,jadi 3 august 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat.Sama dengan hadis nabi pasai huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadan
dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasai satu suara yang amat dahsyat akan k ita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA Amerika dok bag ita u pada 21-12-2012 planet X akan lin tas mai kat bumi ni)Adakah k ita semua ni tergolong dalam 1/3 tu.......ALLAH sahaja maha mengetahui.. ......... .. cuba k ita tengok hadis nabi kat bawah ni dan kenyataan pasal calender islam 2012 dan klik kat home page bawah ni untuk maklumat lanjut...

Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari ping ita nnya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah te lin ga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".

Aku dapat email ni pg td.
Sama-sama kita ambil iktibar dan pengajaran drp peringatan yg diberi.


Tuesday, November 17, 2009

..:: Pelik ::..

Pelik aarrrrrr.... tolong! tolong!!!!!!
Nape akunyer blog list yg kat tepi tu x update ek?
Heran tul.... aku dah siap delete dan masukkan
balik tp x berjaya gak...
huhuhuuhuu....
cam na nak buat ek?

Lagi satu, masa solat aku tu...
yg kat side bar aku ni ler...
pun bengong gak....
x der waktunya....
aaaaaarrrrrr....

Saturday, November 14, 2009

..:: KehiDuPaN ::..

Kehidupan...

Apa yg aku nak dalam kehidupan ini? apa matlamat aku? ianya menjadi tanda tanya... tiap2 hari aku pegi keje, balik umah... tido.. esok bgn pagi g keje lagi dan balik rumah.... ianya menjadi rutin harian aku. dr segi fizikalnya / luarannya nampak cam sempurna tp dr segi dalamannya?????

Tiap-tiap yg hidup pasti akan mati. apakah persediaan aku ke arah itu.. latest movie kat wayang pun yg dibuat oleh org barat juga memberi peringatan kpd kita ttg kedatangan hari kiamat. aku lum tgk citer tu tp bg aku yg penting, apa persediaan kita utk menghadapi hari kiamat itu.. Janji Allah pasti akan berlaku. Kita percaya dan yakin pd janji2 Allah. Itulah iman kita...

Bila difikirkan balik, kenapa org barat menghasilkan movie yg macam ni. Tentu ada sebab. Aku pernah terdengar, kata penceramah tu.... org barat terlebih dahulu mengkaji Al-Quran drp kita. Sebab itulah agaknya terhasilnya movie yg seperti ini...

Persediaan utk menghadapi hari tersebut.... tentulah dgn ilmu. tp dari mana nak dapatkan ilmu itu? dr Al-quran... itulah sumber rujukan kita yg paling utama. Al-Quran itu petunjuk. Macam mananak dapat ilmu dr Al-Quran itu. Bayangkan Al-Quran itu bagaikan manual kehidupan kita. Klau kita x baca dan faham manual kita tu, cam na kita nak teruskan kehidupan kita ni kan.... terfikir aku... dari mana nak belajar al-Quran ini... ianya penting.. sama penting ngan gaji yg aku dapat tiap2 bulan tu.. bila difikirkan balik, dlm kehidupan ini klau kita tidak menguasai ilmu yg terdapat dalam Al-Quran tu, apakah gunanya kita beragama Islam. adakah islam hanya pd nama? hhhmmm....

Al-Quran itu utk dilaksanakan diatas muka bumi ni.. Siapa lg yg nak laksanakan klau bukan bermula dari diri kita sendiri.

sama-sama kita fikirkan...

Tuesday, November 10, 2009

..:: KuRsUS KeSELamaTaN KeBAkARaN ::..

Semalam masa on the way nak g tgk Irdeeni, aku dpt msg missed call dr Aya. Then aku return dia nyer call.... Dia cakap hari ni aku kena dtg keje ngan berpakaian seluar. Ada training katanya.. Suhana cakap 9.00am - 10.00am je... OKlah...

Datang2 pagi ni, aku tgk email.. rupa-rupanya training tu start kul 9.00pg - 4.30ptg... aaarrrhhh!!! "Kursus Keselamatan Kebakaran" begitulah tajuk penuh tranning yg aku ikuti hari ni. Pd permulaannya hati ni sedih, x best, malas, x puas hati.... semuanya ada... ye lah.. nape aku? tp bila pikir sbb aku pun tgh free (x sesibuk 2/3 hari yg lepas) so, aku pun redha... Anggap je ini sebagai peluang utk aku tambah ilmu bidang keBOMBAan ni plak.. cewwaahhh...

Ceramah yg diberi... best!!!, sbb Tuan Rashid tu pandai buat lawak. Dan dia banyak berkongsi pengalaman dia dlm bidang kebombaan ni.. Lebih 30 tahun dia berkhidmat sbg seorang ahli bomba. Pada sebelah petang.. aku dan peserta yg lain... pecah perut ketawakan mereka... kakakakaakakakaak !!!!

Tugasan yg diberikan, sepatutnya mereka kena keluar ikut pintu tu.. tp mereka gagal.... heheheheheheh... ni latihan ketika kecemasan.. kononnya black-out ataupun dlm keadaan ruang yg penuh ngan asap dan kita x nampak jalan keluar. Lepas tu, kitorg diajar cara nak guna fire extinguisher.

Setelah tamat training ni td, terus aku teringat zaman kat USM dulu... Pada tahun pertama, 2000 rasanya... aku masuk Pasukan Beruniform Pertahanan Awam. Kitorg g Latihan Kedet tu kat Pantai Merdeka. 2 perkara yg x dapat aku lupakan.. 1. kitorg ditinggalkan di tengah laut (tp x tengah sangatlah) dan kena balik sendiri ke tepi pantai secara berkumpulan. Klau pandai berenang, kena bantu kawan2 yg lain. Aku x tahu langsung nak berenang ni.. apa lg, tekapai2lah kaki tu mencari tanah yg jauhke dalam dr hujung kaki... 2. Aku kena berlakon sbg mangsa yg tercedera didalam hutan. kaki patah dan x mampu nak berjalan keluar dr hutan tu... maka aku diusung dgn strecher utk keluar dr hutan tu.. best tu memanglah best tp..... gayat gak lah bila diorg bw aku turun ikut curam bukit tu..

Setelah selamat sampai selepas ditinggalkan di tengah laut...

hehehhe.. mangsa yg sakit pun sempat senyum lg. hihihihihihi

Monday, November 09, 2009

..:: Nang Nur Irdeeni ::..

Hari ni aku amik half-day sbb nak g tgk anak buah aku yg terbaru... Selepas Nang Nurjannah Qaisarah, aku dapat lagi sorang anak buah iaitu Nang Nur Irdeeni.....

Ni Abg Danish dan adiknya..

Irdeeni, Danish dan Adam


Adam dan Danish main gitar... yg bestnyer sorang main dan sorang lg gedik2 menari. hehehehehheee