Tuesday, March 31, 2009

..::sePinYer aKu KeraNa::..

Period x datang byk bulan, memang itu lumrah kehidupan aku. Sbb tu aku mengambil keputusan utk mencuba herbalife.. amalkan diet yg sihat bersama herbalife.


Tp mlm tu, niatnyer nak urut sistem peranakan aku ni, tetiba embah tu kata, aku mengandung.. ops... biar betul embah ni, baru last week aku buat test, tp 1 line ajer... x der pun 2 line nyer... ni yg mushkil ni... terbantut gak pengambilan shake aku buat 2-3 hari...

Hari ni dgn rasa ingin tahu dan tak mahu hidup dlm prasangka ajer... aku melangkah masuk klinik An-Nisa, seksyen 7. jumpa ngan dr Leny, doktor yg aku paling suka dan selesa ngan consultationnyer.... kodek punya kodek... rahim aku kosong.. yg ketulannya bahagian ovari. Ovari aku bengkak kata doktor.... tp bengkaknya x besar sgt cuma 3 cm jer.. dan bengkak tu disbbkan oleh masalah hormon... dah terang kehidupan aku sekarang... apa yg ada dlm perutku td yg x boleh dilihat ngan pandangan mata kasar, telah terjawab... KOSONG....

Oleh sbb itu, aku akan bina keyakinan diri dr segi fizikal dan mental agar aku berjaya ikuti program diet bersama herbalife...

Oh ya.. lupa plak.. hari ni jiran sebelah aku ni cuti... sbb hari ni BIRTHDAY dia...




happy birthday to you..

happy birthday to you ..

happy birthday to Dillah...

happy birthday to you...








Wednesday, March 25, 2009

..::SeLAmaT tiNGGaL SE::..

The SE... is my W580i Sony Ericsson
Now, I'm using Nokia 3210 Classic


And plzz... don't ask me why..
(",)

Friday, March 20, 2009

..::iNdAhNyA WaNItA::..



Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."


Thursday, March 19, 2009

..::aLaHai aNaK Ummi @ 2::..

mlm td, kak eikin ( kak ipar aku ler) dah dtg amik mak.

mlm td aku mengemas rumah + iron baju sket setelah beberapa hari x sempat nak buat semua tu.

mlm td gak, tepat kul 12.00 tgh mlm, dokong2 adam masuk dlm bilik, yg lampunya tertutup... terus dia nangis... x nak masuk.. tunjuk arah luar ajer...

mlm td gak, kitorg bertiga tidor kat ruang tamu sbb nak tidorkan Adam

SurpRisE... :D habis susu sebotol dia terus tertido tanpa nak buang masa bermain2 dan tidur ku mlm td tidak terganggu sedikit pun ngan tangisan adam ditgh mlm.

alhamdulillah.... dtg kerje ngan semangat sekali.

Wednesday, March 18, 2009

..::aLaHai aNaK Ummi::..

Dalam pukul 11.30mlm td kitorg br sampai dr rawang. G umah mak jang helmi sbb bawa mak mertuaku melawat mak dia (tok aku ler) kat situ. Sesaja bawa mak jalan… sbb mak nak blk perak sabtu pagi ni… mana sempat nak tunggu weekend dah.

Masa kat rumah mak jang, aku dapat mms dr auntie.

Geramnyer aku… rupa-rupanya, mlm td auntie bw andak dan anak2nya (ika, aiman dan batrisya) g sunway jumpa ngan kak lin, cik din dan Danish serta mak tok Danish. Citernyer kak lin tu yg ada kursus kat sunway tu. Yg lg geram tu bila tgk botol susu Danish.. cutenyer….. katanya tu botol kaca, anak buah kak lin belikan kat jepun. Hehhehehehehee… no wonderlah cute sgt.


Berbalik pd citer aku, dah pukul 12.30mlm kitorg masuk bilik nak tidur. Sejak 2-3 bulan ni, Adam waktu tidurnya mesti kul 12.00 tghmlm – 2 pagi…. Baru dia nak tidur… Dah masuk bilik, tutup lampu… pun x mau tidur gak… menagis ajer… nak minta didokong… diletak atas tilam, x nak… Ummi dah letih, abah pun dah letih… rasa cam nak marah2 jer… rasa cam nak pukul2 je si Adam ni…. Selalunya abah dia yg melayan Adam sampai kul 1 / 2 pagi. Tp mlm td giliran aku plak…

Yg lainnyer sket mlm td… Aku baru je ajak Adam baca buku atas katil, abah dia dah tutup lampu.. apa lagi, Adam ni mulalah melalak… x nak gelap, x nak tidur…. Mungkin abah dia penat dan letih hari ni… cepat marah sket… terkeluarlah kata-kata yg menyucuk hati si isteri ni… Dgn hati yg pasrah, aku pun amik adam dan temankan adam mlm td… meraung x nak tidor… bawa keluar x nak gak… x nak tido ngan mak tok dia kat luar… alahai anak umi ni…. Dah ler mlm sebelum ni dia terjaga kul 12.30mlm + nangis + x nak tidor blk + tawaf2 atas katil + siap leh tgk cartoon pingu lg… last2 tidur kul 3.00 pg.

Dlm dok mmujuk dia tidur tu… aku bw dia masuk toilet sapu2 muka dia spy berenti dr nangis. Tp x berjaya.. aku kurung dia dlm toilet (kononnyer cam nak denda dia le) tp dia leh bukak paip air plak sbb toilet aku tu cerah… hehehehe.. bila bw dia kuar dr toilet, dia nangis balik. Masuk toilet diam ajer… Ummi ni yg x tahan menahan marah ni.. mandikan adam ditengah2 mlm… diamlah sikit lepas tu… pujuk punya pujuk… dokong punya dokong.. tepuk punya tepuk.. bau tertidur orgnya sekali ngan umi dia. Tp aku x pasti sape yg tertidur dulu…

Tetiba aku dgr Adam menangis lg… aduh… apa plak yg x kena ni… tepuk punya tepuk… dukong dia sket2… baru dia lena balik…..

Tetiba lg skali, Adam nangis lg… malasnyer aku.. umi ngantuk ni…. klau baby kecik, sumbat ajer puting susu, dah diam. Tp adam ni sumbat botol susu ditolaknya… lg menangis… tp matanye pejam… aku biar ajer adam melalak.. sampai abah dia plak yg bangun… dibukak lampu bilik, dah kul 5.30pg rupanya. Didokong adam sana sini… baru diam… aku buatkan susu… 5 minit lepas minum susu, merengek lg orgnyer…. Aduhai anak umi… apa yg x kena ni….

Kenapa agaknya Adam leh jd cam ni ek lately… klau kul 11.30mlm tu, mata dia terang membulat lg… macam mana nak masuk tidur. Pernah dulu aku try tidur awal sama2 ngan dia. Dlm kul 10.00 mlm. Tp umi ngan abah dia yg tertidur dulu. Adamnyer x tahu tidur kul berapa…. Lg bahaya klau cam ni… Lg satu, kalu aku pun tidur awal gak, umah ku nnt ibarat tongkang pecahlah.. x dapat nak buat keje umah langsung.

Monday, March 16, 2009

..::DaTaNG AwaL::..

aku ingat hari ni aku dah dtg awal, sbb jiran sebelah aku ni x sampai2 lagi... Dah kul 9 pun x sampai lagi. Rasanya jln kat kalng tu tak jem kot sbb cuti sekolah kann..... Terdedik dihati nak tgk kalender kat atas pc dia... "cuti" ek e lehh..... cuti rupanya mak cik ni... patutlah x sampai2 lagi.

Hari ni gak, aku dtg office ikut laluan yg x penah aku lalui setelah hampir setahun menetap di apartment seroja tu... jln mana tau.... BJ - TTDI jaya - Fedeal higway - Kampg Jawa - Office. heheehehehhee... banyak trafik light. memang aku x sanggup ikut jln ni... nasib baik cuti sekolah... x lah beratur panjang sgt.

Nape aku lalu ikut tu? x hantar Adam ke? hehehehehhee.... For this 2-3 days, mak mertua aku ada kat rumah. jagakan Adam sbb babysitter Adam cuti blk kg. Adam demam panas... start dr hari sabtu hari tu.. risau gak ni... kejap panas, kejab suam.....

Oh ya.. sabtu lepas aku ada plan nak buat reunion ngan geng2 usm. tp sambutan yg x memuaskan langsung.. aku faham... semuanya dah ada family tp yg bujang2 pun sibuk memanjang.... Aku dapat jumpa Eton dan Ummi jer.. oklah tu... Ummi ni aku x penah jumpa sejak selepas hari Graduasi lg. Eton masa aku bujang dulu, penah dia dtg umah anjang kat puncak alam...

Wednesday, March 11, 2009

..::MoOdDy::..

kenapa ek?
pagi ni aku hilang mood.... nape? aku pun x tahu.
yg pasti sepanjang perjalanan ke office td, aku diam
membisu. setiap soalan yg ditanya oleh dia, aku diam
tanpa memberi sebarang jawapan.
kenapa ek?
aku marah pd diri sendiri kenapa aku buat dia cam tu.
kenapa aku biarkan dia berteka-teki ttg apa yg aku pikirkan.
aku marah pd diri sendiri kenapa x jawap pertanyaan dia.
aku marah pd diri sendiri nape jd cam ni...
kenapa ek?
adakah aku belum kenal isi hati dia lg?
adakah aku belum dapat menerimanya sepenuh hati?
adakah ada benda lain yg menjadi penghalang?
adakah jiwa kitorg x sehaluan...
jawapannya ada pd diri aku sendiri


..penyakit hati..

Tuesday, March 10, 2009

..::NahAS 29 kEndERaaN::..

Nahas 29 kenderaan
Oleh Rosdalilah Zahari am@hmetro.com.my

KUALA KANGSAR: “Saya cuba membrek kecemasan apabila melihat beberapa kenderaan di depan kemalangan, tetapi tidak berjaya kerana jalan terlalu licin dan kami sedang menuruni bukit ketika itu. Sebaik kereta saya menghentam kereta di depan, saya terasa hentaman di belakang dan mendapati banyak lagi kenderaan yang berlanggar,” kata seorang pemandu yang mahu dikenali sebagai Roy, 30.
Roy adalah antara mangsa yang terbabit dalam kemalangan membabitkan 29 kenderaan di Kilometer 257 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Terowong Menora di sini, malam kelmarin. Kejadian kira-kira jam 8 malam itu berlaku di laluan Ipoh menuju ke Kuala Kangsar dalam keadaan jalan licin berikutan hujan dan ditambah cuaca yang gelap berikutan waktu malam.Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Roy berkata, jalan licin adalah penyebab utama kemalangan ditambah pula kejadian berlaku ketika semua kenderaan sedang menuruni bukit. Dia kemudian membuat laporan berhubung kemalangan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar.Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Deputi Superintendan Guan Beng Kang, berkata beliau sudah menerima laporan daripada semua mangsa yang terbabit dalam kemalangan berkenaan.
“Tidak ada mangsa yang cedera atau maut namun kebanyakan kenderaan mengalami kerosakan di hadapan, belakang atau kedua-dua hadapan dan belakang kenderaan masing-masing,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.Beliau mengesahkan laluan itu amat berbahaya dan kerap berlaku kemalangan kerana ia menuruni bukit tetapi insiden kelmarin membabitkan kenderaan paling banyak.



kesian KBR, dicium dr belakang...

Adam melayan kawan-kawannyer... di IPD Kuala Kangsar


Dah terang baru nampak, cam nilah rupanya KBR 828 aku....



KALAU aku x balik kampung.....

KALAU aku blk awal pagi.....

KALAU aku x singgah pau Tanjung Malim....

KALAU aku balik ikut jalan dalam....



Bermacam-macam KALAU itu terkeluar dari mulut ni bila musibah yg berlaku. sepatutnya aku panjatkan kesyukuran kerana Allah masih memerlukan aku utk menggalas tanggungjawab sbg hamba-Nya utk mengabdikan diri pd-Nya.

KALAU lah apa-apa yg terjadi pd aku dan family aku pd malam tu, cam na? mungkin aku cedera parah atau meninggal dunia... Dah cukupke amal ibadat yg aku nak bawa utk jumpa Allah tu nanti? Benarkah aku mengenali sang pencipta? Itu yg patut aku pikirkan... bukannya berang ngan hal2 insurans keter tu...

Alhamdulillah.. semuanya selamat

Pengalaman semasa kejadian? tak payahlah aku citer sbb klau ditulis / diceritakan tentunya ianya akan menjadi kenangan yg x dapat dilupakan.. aku klau boleh, nak lupakannya dan nak ambil musibah ini utk tgk blk fungsi diri aku utk dekatkan diri ngan sang pencipta.. Nak kenal Allah tentunya bermula ngan Nama-nama Allah...

Wednesday, March 04, 2009

..::CuBa-Cuba::..

aku x der kerje... ni lah kerje aku....
hehhehehehheeee....

masuk2 opis jer, ni yg aku buat....
dulu dah penah try photoscape ni tp
x dan nak xplore lebih2.. hihiihii

sesaje... mengisi masa lapang..
habislah aku klau boss tau aku x der kejer..
tp rasanya dia tahu kot..

kikikkikikikkikikiiii.....

Tuesday, March 03, 2009

..::LaParNyeR::..

Dah pukul 12.15pm..
Aku masih kat office. Skrg waktu lunch tp aku tetap kat meja aku.. bukan buat keje tp sedang menunggu my lovely husband dtg amik nak kuar lunch.
???????
Kenapa bleh jd cam ni? Sbb aku x der kawan nak kuar makan ler....
1. Aya cuti hari ni.
2. Gan kuar makan ngan dept dia sbb birthday Jason (boss dia)
3. Anida bawa bekal
4. Fara kat Doha
5. Fadillah....... mola2 dah bgtau kat dia kata nak ikut dia. tp last minit dia kata dia ikut Huda sbb ada hal.... :(
Terkapai-kapai aku sorang2 tak tau nak g lunch kat mana. KBR 828 aku x der... Jd aku mintalah my lovely husband aku dtg bawa KBR 828 aku tu....
Sapa sruh dia nak bawa KBR aku tu....
Susah lah.... patah kaki aku la ni... :(

..::AmaNaH AllaH::..

Hari ni, umur Adam dah hampir 2 tahun. Perkembangannya dr segi fizikal, macam budak2 yg lain. Alhamdulillah sihat tubuh badan. Cuma kurang berat ajer… main byk, makan x nak.. itulah jadinya…. Lagipun silap aku gak. Dulu masa Adam 4 bulan, masa dia buat perangai x nak susu botol tu, aku x sungguh2 cari cara lain untuk bg dia minum susu… lgpun Adam x nangis pun… x buat perangai pun… tu lah sbb mengapa aku x sungguh2 ikhtiar nak bg dia menyusu dulu… Dlm pd tu lah… berat badan Adam mendatar…..

Skrg ni bila tgk anak kawan2 yg sihat dan bersemangat tu, aku mulalah rasa menyesal ngan apa yg telah aku lalui dulu… Rasa cam nak naik mesin masa doremon dan ubahnya semula….

Disebabkan aku gagal membesarkan ‘fizikal’ Adam…. Rasa cam nak bg adik untuk Adam… tp aku tak mampu utk memetik jari dan ….. tup!!! Aku dah ngandung. Aku x mampu… ini kerja Allah. Rezki ni dtg dr-Nya.


Semlm, aku selak2 surah 19 ; Maryam ….. Dalam pembacaan aku ayat 1-15 mengisahkan ttg Nabi Zakaria yg memohon pd Allah utk mempunyai zuriat sedangkan isterinya mandul. Doa Nabi Zakaria dimakbulkan Allah, itulah tanda kekuasaan Allah. Lahirlah Yahya sebagai jenerasi penerus utk keluarga Ya’kub itu.

Klau dilihat semula pd ayat 12 – 15, adakah susah bg kita utk memahami ayat2 Allah ini? Adakah sbb kita bukannya ustazah / ustaz etc, kita x mampu utk menjabarkan maksud ayat2 Allah ini… tp bila dipikirkan blk, nape kiter rasa susah sedangkan Allah dah bgtau dlm Al-Quran bhw Al-Quran ini mudah….

54:17
Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?

Berbalik kpd ayat 12 – 15 td… kenapa aku katakan ianya tidak susah utk difahami….

Pengangkatan Yahya sebagai Nabi dan sifat-sifat keutamaannya
19:12. Hai Yahya, ambillah Al Kitab (Taurat) itu dengan sungguh-sungguh. Dan kami berikan kepadanya hikmah selagi ia masih kanak-kanak,
19:13. dan rasa belas kasihan yang mendalam dari sisi Kami dan kesucian (dan dosa). Dan ia adalah seorang yang bertakwa,
19:14. dan seorang yang berbakti kepada kedua orang tuanya, dan bukanlah ia orang yang sombong lagi durhaka.
19:15. Kesejahteraan atas dirinya pada hari ia dilahirkan dan pada hari ia meninggal dan pada hari ia dibangkitkan hidup kembali

Setiap insan yg dilahirkan dibumi ini, diwajibkan utk berpegang kuat dan sungguh-sungguh dgn Kitabullah… Klau masa Nabi Yahya ni, kitab Tauratlah… tp klau kita pd hari ini, tentulah Al-Quran. Dr zaman kanak2 lg kita kena terapkan didikan agama. Berkasih saying, menjaga kesuciandr berbuat dosa, bertakwa (berkerja), tidak sombong dan x durhaka pd org tua adalah nilai2 murni yg perlu dididik dgn mengenal dan berpegang kuat pd kitabullah … Kehidupannya akan sejahtera dr hari dia dilahirkan, dimatikan dan dibgnkan semula nnt.

Nah…. Kan mudah jer…. Islam itu sejahtera. Tp kenapa Malaysia hari ini x sejahtera? Sama-sama kita fikirkan dan ambil sikap utk berubah kpd yg lebih baik. Mulakan ngan diri sendiri dan terus kpd ahli keluarga dan sahabat2 yg lain.

Monday, March 02, 2009

..::ErTi KeHIduPaN::..

G.A.Z.A

Semalam, kat tv9 pengacara akademi Al-Quran (alamak… lupalah plak namanya) dlm rancangan nasi lemak kopi ‘o’ tu….. dia cakap, walaupun sekrg kat TV atau surat khabar dah x hangat diceritakan tentang serangan tentera Israel terhadap Semenanjung Gaza, tp realitinya kat sana masih lg ada serangan drp pihak musuh Islam tu….. walaupun bukan sebesar/seganas serangan yg terdahulu tp ianya cukup utk melemahkan / menyusahkan / menambah penderitaan rakyat Palasten di Semenanjung Gaza…


Pagi ni plak, kat office…. Aku dapat email dr sahabat….. ttg Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, menceritakan experience dia masa kat sana.

Razali kata Mesir ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid. Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran...

"Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" - Apa punya manusia ni, kata Razali Awang. Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine ...
Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir...tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah...charge naik bas 500 meter is RM70!!! Memang sekutu kuat Amerika and Israel .


Byk lagi yg diceritanya dlm email tu, tp aku tergamam membaca kebenaran ni jer.. Sbb dulu masa tgh perang, dan dgn timbunan email yg aku terima ttg peperangan ini, memang aku dah dgr dan terbaca bahawa Mesir x buka pintu sempadan utk menolong rakyat Palasten yg diakui Umat Islam sedunia sbg saudara seIslam…. Klau betul sedara seIslam, kenapa tak dihulurkan bantuan….. Jiran yg paling dekat tu….

Macam entry aku yg sebelum ni ttg cerita dr Cikgu Abu – Majalah Anis Feb 09

“Ketika di Makkah, rakan2 menunjukkan kpd sy kedai Starbucks, Pizza Hut dan KFC yg terletak hanya 200meter dr pintu Masjidil Haram. Zionis sudah bertapak smpi ke tanah haram melalui jaringan perniagaan. Dia kemudian menunding kearah Hotel Hilton, katanya. Entah apa-apa lg dibumi penuh barakah ini kepentingan Yahudi bertapak atas nama perniagaan”

Begitulah bermulanya serangan dr pihak musuh Islam untuk menjatuhkan Islam. Kita sebagai umat Islam, harus melihat kembali fungsi diri.