Saturday, October 31, 2009

..:: aNaK UmMie ::..

Wednesday, October 28, 2009

..:: HatiKu TeRkeJut ::..

KETENTUAN-KETENTUAN ALLAH TERHADAP ISTERI NABI

Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: "Jika kamu sekalian mengingini kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah supaya kuberikan kepadamu mut'ah dan aku ceraikan kamu dengan cara yang baik

Dan jika kamu sekalian menghendaki (keredhaan) Allah dan Rasulnya-Nya serta (kesenangan) di negeri akhirat, maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi siapa yang berbuat baik diantaramu pahala yang besar.

Hai isteri-isteri Nabi, siapa-siapa di antaramu yang mengerjakan perbuatan keji yang nyata, niscaya akan di lipat gandakan siksaan kepada mereka dua kali lipat. Dan adalah yang demikian itu mudah bagi Allah.

Dan barang siapa diantara kamu sekalian (isteri-isteri nabi) tetap taat kepada Allah dan Rasul-Nya dan mengerjakan amal yang saleh, niscata Kami memberikan kepadanya pahala dua kali lipat dan Kami sediakan baginya rezki yang mulia.

Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik,

dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.

Dan ingatlah apa yang dibacakan di rumahmu dari ayat-ayat Allah dan hikmah (sunnah nabimu). Sesungguhnya Allah adalah Maha Lembut lagi Maha Mengetahui.

surah al-ahzab : 28 - 34

Hatiku betul2 tersentuh
tanpa disedari aku menitiskan air mata
baru ku tahu kedudukan diri ini
yg serba kekurangan

duhai para isteri
ambillah peluang ini untuk kita menilai
fungsi diri
kita yg bergelar isteri tetap kena mengambil
seruan ini utk diri sendiri
untuk memperbaiki diri

Sunday, October 25, 2009

..:: TinGgaL KenAngAN ::..

Malam raya ke-2. Farhan dan Adam...

Malam raya ke-3 plak, mak buat kenduri kesyukuran.sempena kakak tirah yg nak sambung study kat mesir. Pak jang buat sate....

Ni semuanya menantu mak.. hehehehehe..... kena dera.....

"assalamualaikum....."

Ni masa beraya kat rumah kak ain kat jitra... Raya ke-4

Adam dan Danish... Baju sama.... hihihihi..

Buat suami tersayang.. terima kasih diatas segala-galanya...

Monday, October 19, 2009

..:: My BiG FaMiLy ::..

tp... aku x der dalam gambar ni...
huhuhuhuhu... :(
andak dan mak lang pun x der gak dlm ni.


dan hari ni birthday Ucu Eina

"HaPPY BiRThdAY"
semoga dipermudahkan dalam
segala urusan




Thursday, October 15, 2009

..:: 29th SePteMber yAnG LaLu ::..

bila dia pergi buat sementara waktu
untuk mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang doktor
semoga impiannya terlaksana

buat kakak tirah...
jaga diri dan jaga iman...
ingat pesan ibu dan abah..
ingatlah akan pengorbanan mereka..
pastikan perjuanganmu ini bukanlah sia-sia..

"ilmu yang dicari
jika tidak dilaksanakan
tidak akan dapat hasilnya"

hasilnya yg kitorg ternanti-nanti itu ialah
"Dr. Amira Athirah"

Sunday, October 11, 2009

..:: SaLaM RamAdHaN 1430H ::..

Raya tahun ni, kat perak. Raya kat mana pun sama jer.. cuma klau raya kat rumah mak mertua ni, hatinyer geram jer dok pikir depa yg ramai2 dah berkumpul kat rumah mak kat kedah nun.. aku ngan andak je yg x der masa tu.. tp nak buat cam no...

perjalanan pulang ke kampung kali ini, amat menarik. Kitorng balik ikut highway, tp paham2lah ek.. musim raya ni... highway penuh ngan kereta.. lepas gopeng kitorg masuk jln dalam lalu ikut nak g sri iskandar.. pusing manong - kuala kangsar dan leh lah aku singgah rumah sahabat baik aku ni.. hhihihihihi.... Dr. Norliana Dalila. Dah lama x jumpa Na, sbb tu aku mengambil peluang utk berjumpa ngan dia... Masa kami sampai, kat rumah Na ni.. acik, abg farid, mak Na dan kwn acik sibuk dok buat lemang.


Tgklah anak ummi ni.. main game x henggat.... tp nasib baik tak pandai mintak game lg... balik raya kali ni plak.. adam dapat hadiah lg dr mak tok dan tok wan tersayang... Hadiah basikal.. heheheh basikal yg dulu tu, adam dah bw balik umah shah alam. so, mak tok belikan yg baru plak... hihihi.... bestnyer jadi adam...

Friday, October 09, 2009

..:: DiaM MEmbiSu ::..

Lama juga aku menyepi kali ni... rasa nak mengupdatekan akunyer blog ni ada tp masa yg x cukup... tiada kesempatan... best je baca blog kawan2 yg lain yg dah start upload gambar2 raya dan lain2.... hhhmmm... byk nak citer.. tp... entahlah... tetiba mood x der plak.. teringat pesan si dia, jgn asyik berinternet je kat office tu.... klau nak update blog pun, buat kat umah je... kata si dia lah... hehehehhe... sbb tu lah blog aku dah bersawang dah ni.... so, aku nak curi 15minit jer ek... hihihi


Apa-apa pun, just nak kongsi satu berita gembira buat aku... Semlm g klinik, timbang berat Adam.... wow!!!! Anak ummi dah seberat 10.10kg. bagi aku inilah berita gembira buat aku sbb Adam memang cekeding orangnya... Ummi kena fokus utk bg Adam makan.... Ummi kena fokus pd perkembangan Adam... Klau ikutkan graf dlm kad Adam tu, 10.10 ni masih lg dlm kawasan yg bahaya.. sepatutnya Adam, 2 tahun 5 bulan, beratnya kena 11.00 kg ke atas..... so, Good Luck, ummi.... !!!