Thursday, July 30, 2009

..:: AkU adALaH aKU ::..

Pagi td, datang office dihantar. Petang ni pun, balik akan dijemput oleh suami tersayang... cam best je kan. tp yg x bestnyer.. dia dtg ambil lambat.. huuuuhuu

Pg td, kata abah Adam merajuk... x nak g umah ibu wati dia. langsung x nak turun dr kereta. Bila sampai umah pun langsung x nak lepaskan abah dia... hhmm .. ni lah penangan dok umah... dah 2 hari Adam x pegi umah ibu wati dia sbb mak tok perak datang... Mak tok datang secara mengejut... datang sbb rindukan cucu yg sorang ni.... kesian plak aku... mulutnya asyik dok kata nak bawa Adam balik kampung jer... sanggup ke ummi ngan abah berpisah ngan Adam.. hihihii dan tetiba rasa cam nak bg Adam adik cepat2.. supaya bukan Adam je yg disebut2.. Adam dan adik Adam... hehheehe bukannya klau Adam ada adik, Adam ummi akan hantar blk dok kat semanggol tu.. bukanlah sayang...

hhhmmm.. tetiba terasa nak upload gambar si kecik yg comel ni.. baru nak masuk 7 bulan...


Ni cucu mak yg 2nd last buat masa ni... Anak kepada anak mak yg last skali.. Ucu Eina...
Lagi 2++ kilo.. Auni dah sama berat ngan abg Adam.. huuhuuuuu.....


Ni plak.. sepupu-sepupu Adam yg umurnya dibawah 4 tahun.... Danish dan Auni bakal dapat adik dalam tahun ni.. huhuuu... Adam, bila plak nak dapat adik? heheheehehhe...

Ummi selalu terpikir, terbayang2.. utk bagikan adik utk Adam. Entah bila ianya akan menjadi kenyataan. Ummi sebenarnya kena bersyukur dgn apa yg ummi ada sekarang.. Adam dan abah.

..:: SiaPaKaH MerEka ? ::..

"Aku bukanlah superman
Aku juga bisa nangis
Jika kekasih hatiku
Pergi meninggalkan aku"

Lebih kurang cam tu lah lirik lagunya..
Aku pun x tau sejak bila aku suka pd lagu ni..
maybe sbb suara kanak2 kot....
Tiap2 hari mesti aku pasang lagu ni kat pc.
hehehehehehee....

.
.
.
.
.

mereka ialah ....


Wednesday, July 22, 2009

..:: Nang NurJannah Qaisarah ::..



heehheheeh... panjangnyer namanya...

Tp itulah nama penuh yg diberi oleh pak ndak kepada anak ke-4 nya...

Pelik.. tp benar... kata andak....

Nang - andak yg minta
Nurjannah - anty yg minta
Qaisarah - aku yg minta

Bukan aku minta pun tp sbb masa awal2 blk dr ospital hari tu.. x der nama lg.. aku panggillah aina qaisarah... hehehehh

..:: YoU coMplEte mE ::..

..:: KEsiHaTaN iTu maHkoTa muJaHid ::..

Pagi td aku masuk office lambat.. sbb bw Adam g klinik.
Mola2 kitorg g klinik kat umah jer.. tp dah tunggu hampir 20 minit,
doktor x der panggil2 any patient pun.. dah le kitorg no yg ke 13..
lambat lg woo.. trus aku cancel..
then g Klinik an-nisa kat seksyen 7 tu... huuhuhu nasib baik org x ramai.
mola2 amik temperature Adam.. 37.... demam kata doktor tp kena monitor gak... klau sampai sabtu ni pun demam lg, kena amik darah. then turn aku plak. akibat dr tidur yg x cukup dan strees... aku sakit kepala... cam biasa doktor bg synflex.
Aku ambil kesempatan ni utk followup ttg masalah sakit puan aku..
hehhehehe..
bln 3 yg lepas, doktor kata ovari aku bengkak. check td dah surut..
dah x bengkak cam dulu
ttg period aku yg x regular plak,
doktor bg ubat utk paksa period aku kuar...
doktor kata, aku maybe ada "polycystic ovarian syndrome''(PCOS)
jgn risau.. x der apalah... cumanya org
yg ada syndrome ni selalunya sukar utk mendapat zuriat.
skrg aku tgh search lg kat google ttg PCOS tu.
ttg nak bg regularkan balik kitaran aku tu, doktor
kata, aku kena turunkan berat badan.
berat ideal utk aku... 55kg
skrg 66kg... kena buang lg 11 kg tu.. huhuuuh bila dipikirkan balik..
dulu masa awal2 preggykan adam berat
aku memanglah dlm 56-58 cam tu jer...
masa adam 9 bulan dlm kandungan pun berat aku baru 68kg
tp.. setelah 2 tahun adam membesar diluar rahim aku, berat aku
meningkat... mencecah 71kg...






oleh sebab itu...


DIETlah dan amalkan pemakanan yg sihat.

Friday, July 17, 2009

..:: JanGaN BerPecaH belaH ::..

Itulah tajuk diruangan Agama, Utusan Malaysia hari ini....

Dakwah melalui media massa juga mengajak kita utk tidak berpecah belah. Duhai sahabat, mari lah kita sama-sama perbaiki diri sendiri dan memperhatikan apa yg telah kita perbuat utk hari esok (akhirat).

"Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa yaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada (agama)-Nya orang yang kembali (kepada-Nya)." Asy Syuura 13:42

Thursday, July 16, 2009

..:: Dibunuh kerana Bertudung ::..

Kisah menyanyat hati ini berlaku minggu lepas. Kisahnya begini, seorang muslimat Mesir di Jerman, Marwa Al-Sherbini, yang pada Ogos 2008 telah memfailkan saman kepada jirannya yang menggelarnya sebagai 'Terrorist', kerana beliau berhijab.Diulang, beliau digelar 'Pengganas', kerana beliau B.E.R.T.U.D.U.N.G. !!


Maka setelah mendengar hujah kedua-dua pihak pada Rabu minggu lepas, mahkamah mendapati lelaki, yakni jiran kepada Marwa tadi bersalah, dan dikehendaki membayar denda 2800 Euro.

Lelaki ini telah menerkam ke arah Marwa, dan menikam mangsa 18 kali!! Ya, anda tak salah baca, memang 18 kali, dan yang paling teruk, Marwa ditikam sehingga mati, sambil beliau memeluk anaknya. Dan Marwa ketika itu mengandung 3bulan...tragis bukan?

Belum cukup tragis, ada lagi. Suami Marwar yang melihat isterinya ditikam terus menerkam ke arah lelaki tadi, dan....

...akhirnya suaminya juga ditikam 3 kali. Nah. Tidak cukup dengan itu, pengawal keselamatan yang 'melihat' kejadian tadi telah bertindak menembak suami Marwar. Nah...ini baru betul2 tragis.

_ Sedih rasa hati ini dgn kunjungan email ni.. Tq buat sahabat yg mengejutkan aku dgn berita begini. membuatkan aku tersedar dr mimpi duniawi dan harus memikirkan ttg urusan yg hak. Semoga Allah melimpahkan tolong dan kurniaNya kpd saya sehingga saya diberikan kekuatan utk menghadapi cubaan dan dugaan serta memperbaiki diri utk menjadi umat yg terbaik.

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik" - ali imran : 110

Wednesday, July 15, 2009

..:: LeArN aNd AcTioN ::..

Bila anak kecil tumpahkan air!!!! Apa yg perlu kita buat???


  1. menjerit dan marah dia….
  2. tepuk tangan.. dan kata “it’s ok, tolong mama ambilkan kain lap”
  3. pukul tgn dia dan buat muka marah pd dia…
  4. ……

Apa yg sepatutnya kita sbg ibu bapa harus lakukan utk tangani situasi ini?

Anak2 tak tahu apa. Pemikiran mereka lebih kepada

seronok bermain drp takut bahaya….. hhhmmmm.......


Kadang kala, aku tak mampu utk menaham perasaan

marah dan geram.Lalu marah / tampar tgn dia...

Terutama tika dan masa abah tiada dirumah.


Kata abah, cuba ummi faham perasaan si anak kecil tu,

yg x tahu apa2...Macam mana nak faham perasaan mereka,

sedangkan lepas menampar tgnnya hati ni memarahi

diri sendiri!!!! Nape tampar tgn Adam!!!


Malam td jer 3/4 adam tumpahkan air/ais cream/scoot...

Bila ummi tampar tgn Adam, si kecil leh gelak ketawa sambil

tgk muka ummi yg masam macam cuka..

Duhai Adam sayang...

Ummi tahu dan sedang cuba utk mengawal perasaan marah,

tp bila ditambah ngan kekalutan kerja kat rumah, membuatkan

ummi terlupa seketika...


Adam, maafkan ummi.... :(

Ummi akan cuba utk menjadi ummi yg terbaik.



Tuesday, July 14, 2009

..:: HaRie-hArIEkU ::..

pelik je tajuk tu... mcm x sesuai je... tp x pelah... byk benda yg nak dikongsikan ni... dalam kekalutan kerja kat office ni, aku nak menyelit gak kat blog aku ni... ehehheehehe....

1. pg ni baru aku tahu bhw kat office dah bleh access FB balik...
hehehe last week x leh sbb kena block. Oleh sbb itu, aku hadiahkan....

2. Tentulah ttg si Adam Harith...
dah pandai bergaya depan camera.... huhuuhu

Adam dr dulu sampai semlm memang suka dok dalam kotak kasut / bakul kecik cam ni...

gerimis ni... ummi lupa nak bawa topi adam... terpaksalah pakaikan tuala kat dia...
cute tak? hehehehehe

ni masa g IKEA ngan aunty. Adam ni dia heret buaya tu satu IKEA tp
last2 ummi dia x beli pun buaya tu... huhuuu... nasib balik umah dia x cari
buaya tu...

ni plak.. Adam g main playground kat cyberjaya.. ngan Haziq

yg ni plak... masa jalan2 kat tesco.. abah cam nak belikan car seat
utk adam... abah kata nnt abah dpt payment baru, abah belikan adam.. hehehehhe
nape baru sekarang baru tingat nak beli? sbb ada skali tu,
masa bah drive, ummi sbg copilot abah, dan adam dok main2 kat belakang...
adam terjatuh bila abah break.... opss...
(pentingnya penggunaan tali pinggang belakang/car seat)
ummi tunggu abah tunaikan janji abah ek....
heheehehehe..



itujer lah yg nak dikongsikan bersama... oh ya.. lg satu...

Ni sepupu baru Adam... namanya x tau lg apa...
Adik si batrisya... heeehhhe. Batrisya dah dapat adik,
Auni pun dah nak dapat adik, Danish pun sama...
Adam bila lg???? huhuuuuuuu..
*rezki tu dtg dr Allah, bersabarlah...*

Monday, July 13, 2009

..:: RiNtiHaN HatiE ::..

MOOD
buat keje aku hari ni, hilang seketika.... Tika diriku ini diasapa oleh sidia...

Aku tahu, dan satu dunia setuju... dia mempunyai bentuk badan yg langsing, yg menawan, suka berpakaian seksi dan berpinggang kerengga.. Lain pulak aku yg macam tong dram.
Tp nape dia nak sibuk tanya soalan yg telah mengguris hati aku..
"nang, dah kurus ke?' wrong timing beb!!!!!
salam x bagi, juz lalu tepi meja aku jer.. leh sapa aku cam tu? geramlah aku...
ni dah 2nd time aku kena ngan mulut dia yg leser tu... arrggghhh!!!!!

aku ingatkan, diam lebih baik.. kurang bercakap kuranglah kontrovesi...

x sayang mulut langsung. Hari tu selamba je dia kata muka aku bulat cam pinggan. nak cakap tu pandang2 kiri kanan sama dek non oi... aku x penah dok perli/sibuk pasal hal2 peribadi dia.
siapa dia ngan aku.. opismate yg x ada kaitan kerja langsung ngan aku..

.......hhmmm....

Tuesday, July 07, 2009

..:: Hikmah Nabi dikatakan ummi ::..

Sumber : Utusan Malaysia

Rencana yang lalu mendapat teguran oleh mereka yang tetap mempertahankan bahawa Nabi Muhammad SAW seorang yang tidak tahu membaca dan menulis. Malah tidak sewajarnya dipolemikkan lagi. Sebaliknya wajib diimani sepenuhnya bahawa dengan dukungan banyak lagi ayat-ayat al-Quran malah catatan sejarah yang lain menunjukkan bahawa baginda tidak tahu membaca dan menulis.

Terutamanya apabila gambar-gambar tulisan tangan baginda seperti yang disiarkan pada keluaran itu dikatakan sebenarnya tulisan tangan milik para 'setiausaha' baginda iaitu sahabat-sahabat besar seperti Saidina Ali Abi Talib, Saad bin Abi Waqas dan Zaid bin Tsabit.

Baginda dikatakan hanya menurunkan cap mohor melalui cincin baginda sebelum surat-surat itu dikirim kepada pihak-pihak berkenaan.

Malah jika kita lebih terkehadapan sebagai bukti bahawa Nabi Muhammad tidak mempunyai kemahiran membaca dan menulis itu apabila membabitkan satu perjanjian bertulis.

Perjanjian itu ialah gencatan senjata atau lebih dikenali sebagai Hudaibiah pada tahun 6 Hijrah antara Rasulullah dengan kaum musyrikin Mekah yang diwakili oleh Suhail ibn Amir, dikatakan merupakan tulis tangan oleh Ali bin Abi Talib, bukannya Rasulullah!

Rasulullah dikatakan hanya meletakkan cap mohor baginda bagi mengesahkan isi kandungan perjanjian itu.

Jadi tiada bukti yang menunjukkan bahawa baginda mempunyai kemahiran untuk membaca dan menulis!

Dalam hal penulisan perjanjian Hudaibiah ini walaupun benar ia ditulis oleh Ali namun ada pihak tetap pertahankan bahawa perkara ini tidak boleh menjadi bukti bahawa Nabi tidak tahu untuk menulis perjanjian.

Ini apabila perjanjian yang dimulakan dengan ayat: "Inilah perjanjian antara Muhammad Rasulullah dengan Suhail ibn Amir". Lalu diprotes atau dibantah oleh Suhail atas ayat tersebut dan mahukan agar 'Muhammad Rasulullah' itu diganti dengan 'Muhammad ibn Abdullah'.

Namun, Ali tidak mahu memadam perkataan Rasulullah itu, sehinggalah Nabi Muhammad sendiri yang memadamkan perkataan itu lalu baginda menulis sendiri menggantikan perkataan itu kepada nama bapanya, Abdullah sebagaimana yang diminta oleh Suhail itu.

Jadi ini menunjukkan baginda ada menulis dan untuk perjanjian sepenting itu jika baginda tidak membaca semula apa yang ditulis oleh Ali adakah baginda mahu meletakkan cap mohor baginda?

Tetapi bagaimana ayat 48 dari surah al-Ankabut yang ditujukan kepada Nabi Muhammad berikut ini dapat anda fahami: Dan kamu tidak pernah membaca sebelumnya sesuatu Kitab pun dan kamu tidak (pernah) menulis suatu Kitab dengan tangan kananmu: andai kata (kamu pernah membaca dan menulis), benar-benar ragulah orang yang mengingkari.

Sekali pandang ayat ini, sangat jelas menunjukkan bahawa Nabi Muhammad memang tidak pernah membaca dan menulis.

Tetapi dikatakan juga sebenarnya ayat itu menjadi asas bukti sebaliknya, Nabi Muhammad hanyalah merupakan antara golongan ummi atau ummiyyuun seperti yang disebut sebelum ini. Iaitu kalangan Arab yang tidak mempunyai sebarang kitab tidak sebagaimana kaum Yahudi dan Nasrani yang mempunyai kitab Taurat dan Injil.

Hanya kerana mahu Nabi Muhammad terpelihara daripada tuduhan membaca dan menulis semula Taurat dan Injil untuk dijadikan versi al-Quran maka kerana itu baginda dikatakan seorang yang ummi.

Lalu apabila kita merujuk pula kepada surah al-Jumuah ayat 2: Dia yang membangkitkan pada kaum Arab (Ummiyyiin) seorang Rasul dari kalangan mereka, membacakan atas mereka ayat-ayat-Nya (al-Quran).

Jadi jelas menjadi bukti bahawa Nabi seorang yang ummi dari membaca dan menulis sebarang kitab Taurat dan Injil. Sehingga diturunkan kepada baginda, al-Quran itu yang merupakan 100 peratus kalam Allah. Sama sekali bukan hasil ciplak atau salinan Taurat dan Injil seperti tuduhan ahli kitab itu.

Bahkan ada yang menyebut adalah tidak sesuai Nabi Muhammad itu ummi sebagai buta huruf tetapi lebih tepat lagi ialah 'Buta Kitab' sebenarnya.

Ini kerana sebelum atau selepas turunnya al-Quran baginda bebas dari mengalami sebarang gejala buta huruf yang sebagaimana yang kita fahami sebelum ini.

Ditambah lagi bahawa kedua-dua kitab tersebut iaitu Kitab Taurat dan Injil ditulis dalam bahasa Hebrew atau Ibrani yang bukan menjadi bahasa pertuturan baginda.

Jadi bagaimana dikatakan baginda tahu membaca kitab-kitab berkenaan kecuali jika ditulis dalam bahasa ibunda baginda.

Namun hikmah dari polemik seperti ini sejajar dengan perjalanan masa di mana semakin berkembangnya ilmu pengetahuan dan al-Quran masih terbuka untuk dikaji terutama dari aspek keindahan bahasanya di samping isi kandungan kitab itu sendiri.

Ini sebagaimana pada dekad-dekad ini banyak sekali ilmu dan fakta ilmiah dan saintifik terutama mengenai fenomena kejadian dan kehidupan dalam al-Quran yang baru dapat ditemui dan difahami sekarang. Iaitu setelah semakin berkembangnya pemikiran dan penyelidikan yang prolifik itu sendiri.

Maka kalau kita kembali semula kepada peristiwa baginda berhadapan dengan malaikat Jibrail di Gua Hira' dan diperintahnya baginda untuk membaca, jadi yang boleh kita fahamkan bahawa baginda tidak tahu apa yang hendak dibacakan, bukannya baginda seorang yang langsung tidak tahu membaca! Wallahu 'alam.

Begitu pun Nabi Muhammad tetap seorang yang genius kerana baginda pemecah bagi segala dan apa juga masalah dan bagaimana boleh dikatakan seorang yang buta huruf itu seorang yang genius. Maka bersandarlah kita kepada lebih banyak kajian dan bacaan!

Namun persoalan mengenai wahyu lebih mendapat perhatian dan bidang kajian mengenainya begitu meluas dan sehingga kini pun masih begitu dibahaskan. Ini kerana dalam terlalu mengkaji dan mendalami terkadang ada kalangan saudara sesama Islam kita yang mengaku menerima wahyu yang membawa pelbagai khabar berita dan perintah baru dari Allah.


Monday, July 06, 2009

..:: PenYakiT hAtiE ::..

"Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta."
albaqarah:10

kenapa mereka suka berlakon? berpura-pura?
persahabatan yg telah dicemari ngan hati yg berpenyakit..
Duhai sahabat...
maafkan daku, berilah aku peluang utk
menikmati nilai persahabatan yg tulus dan ikhlas.