Friday, August 28, 2009

..:: CoReTaN RamaDHaN _ #3 ::..

hhhmmm.... semlm masa blk kerja.. ummi mengalami......


sakit kepala

buka posa ummi x lalu nak makan... nasib baik abah belikan bubur ayam McD.... makan 4 suap dah x lalu nak makan yg lain... ummi telan panadol 2 biji, terus tido sampai pg td... Adam pun sama... ummi bg ubat demam, dia pun terlena ngan ummi skali....

Shian abah.. mlm td abah kena jaga ummi dan Adam. Badan Adam panas lagi... pg ni je dah kurang sket panasnya...

Terima kasih abah... tolong jagakan ummi dan Adam malam td.

Tuesday, August 25, 2009

..:: CoReTAn RaMaDHaN_#2 ::..

Sahur td, ummi terlambat bangun. dlm kul 5.25 cam tu... hehehehhehhe.... tp nasib baik nasi dan lauk semuanya dah ready. Semlm ummi dah tapau dr umah anjang sebab semlm ummi berbuka kat rumah anjang ngan aunty, ucu eina, auni, pak jang dan hezri. Anjang buat menu wajib kitorang iaitu kanji @ bubur nasi makan ngan sup..... Selalunya mak yg akan buat kanji ni... huhhuu dan cik leh akan order ikan terubuk bakar... fuhhhh.. sodap tul....

Dah lah ummi terbangun lambat, dalam kekalutan nak panaskan nasi dan sup tu... anak bujang ummi yg masuk dapur dulu berbanding ngan abah dia... aik!!!! tergejut ummi.... dengan mata yg kuyup2 tu... dia pun minta nasi... so sweet... cam paham jer.. nak kata dia lapar, semlm b4 dia tidur, dia dah makan kanji lagi satu round. hhhmmmm.... Lepas tu, nak makan nasi dlm bilik sambil tengok citer kegemaran dia ni...... Aku pun tiap2 malam dok melayan citer ni ngan adam.... hihihi

Sunday, August 23, 2009

..:: CoReTAn RaMaDHaN _ #1 ::..

Alhamdulillah... pagi ni aku sekali lg diberi peluang dan kesempatan utk bersahur utk meneruskan ibadah puasa pd hari yg kedua. Alhamdulillah... aku dah dapat 1 hari... 1/29 >< ~ 3%.... Aku kena cukupkan 29 hari... dan masih lg ada 28 hari lg utk aku menunaikan syariat rukun islam yg ke3 ni. Dibulan ramadhan ini juga aku mengambil kesempatan ini utk meneruskan misi aku iaitu utk berDIET... dalam masa sebulan ni, disamping menahan diri dr lapar dan dahaga, aku juga menahan diri dr mengambil makanan yg berminyak dan bersantan. huuhuhuuhu.... sebelum start puasa hari tu.. aku dah timbang... berat aku 6xkg..... aku nak cuba utk capai target aku... 60kg.... huhuhuhu mampukah aku?


Terlalu banyak peraturan yg perlu diikut.. MAMPUKAH AKU?

Semlm lupa nak tepon mak... mesti best kan berbuka ramai2 kat kampung. Satu menu wajib yg selalu mak masak dibln ramadhan ni ialah kanji.... kanji ni cam bubur nasi/moi... sedap tau.. huhhuuhuuhh.... (habislah DIET aku cam ni) heheheehheh
tp apa yg penting disiplin. Makan jer.... kata si dia tetapi jgnlah makan byk sgt sampai sengkak perut.. hehehehehhee... x sabar nak balik kampung merdeka day nanti. walaupun aku hanya ada 1 hari saja di kedah, itu dah memadai.. drp x boleh balik kampung langsung... terima kasih sayang...



..:: SeLamAT daTaNG RamaDhAN 1430H ::..

Selamat datang Ramadhan Al-Mubarak. Tempoh masa yang penuh keberkatan dan waktu yang diturunkan Al-Quran yang suci.


Alhamdulillah dipanjangkan umur untuk menikmati Ramadhan sekali lagi. Semoga dipanjangkan umur, dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki untuk beribadah dalam Ramadhan kali ini.

Sama-sama kita perbaiki diri dan perbaiki hubungan sesama kita dan harapannya agar apa yg baik yg kita amalkan dibulan yg mulia ini, dapat diteruskan dlm bulan2 yg lain sehingga kita berjumpa kembali di Ramadhan 1431H.

"SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA"


Tuesday, August 18, 2009

..:: My WeEKenD? ::..

Ramai yg ternanti-nantikan akan hujung minggu. sbb ada yg ambil peluang ni utk blk kg, dan ada yg nak g jalan2 dan ada yg nak g shopping baju raya. tp apa pun.... sekarang ni kat Malaysia dah x aman kerana wabak H1N1....

Tentang H1N1 ni, aku no comment... kena berjaga2 jer.. sentiasa prihatin terhadap kebersihan diri dan kesihatan diri. kata org selagi x kena batang hidung, selagi tu lah dok buat x tau jer.... cam tu gak ngan aku.. dlm tv, surat khabar dan lain2, dah byk diingatkan dan dikatakan mengenai pencegahan H1N1 ni tp diri sendiri belum lagi mengambil langkah berjaga2 seperti memakai mask klau keluar kat tempat yg ramai org.. uhuhuuhhuuuu...

Sabtu lepas, aku g tgk budak2 opis main paintball... baru aku tahu cam na nak main paintball ni... Game ni dah lama diperkenalkan kat malaysia ni tp aku x penah langsung teringin nak main paintball ni. Adam jumpa geng.... Amirul anak kak banu dan Zahin anak abg Pian....

Ahad plak, kitorg g rumah Noris, dia buat birthday party utk si Naufal....

Baru kuar umah, masuk highway nkve tu, Adam dah start tido... sampai umah noris pun dia tido lg.... tp yg bestnya, bgn2 tido je, terus main 'bas' huhuuuu....
nnt ummi belikan bas cam tu kat Adam ek....
Aku jumpa oyin jer.. yg lain x datang pun....
oh ya, lg sorang si Ati, classmate norman dulu.
x sempat pun nak bergambar ngan birthday boy.. huhuuuuu
Oyin bg hadiah kasut crock utk naufal. kata oyin
nyonya yg jual kasut tu kata... crock dah bankrup.. betul ke ek?
hehehehehehhe....


..:: TeNtanG DiA ::..


Dia itu tentulah anak bujang aku ni...
hidup ini tidak lagi sunyi dgn kehadiran dia.
hidup ini juga jd kacau bilau kerana dia.
hidup ini juga jadi ceria ngan telatah dia.
dia juga mampu mengubati kesedihanku.
Terima kasih, sayang....



Thursday, August 13, 2009

..:: TeRLamBatlaH paGi niE ::..

_ semalam dah pesan dah... esok ummi nak kuar awal, sbb nak kena hantar Adam then nak hantar abah lagi... tp...... terlewat gak ummi pg ni. Ini semua Adam nyer pasallah...... Ops... jgn salahkan anak, dia x tahu apa pun, yg merancang tu mak ayah dia lah....

Semlm ibu Wati cuti sbb nak hantar bapa sedara dia nak g buat umrah. Mola2 abah kata dia leh jaga Adam. so, it's ok... tp last minute abah kata dia kena g mardi sbb ada supplier nak pasang barang. aaarrrrgghhh... sudah, ummi plak x leh nak EL sbb smlm ada external audit. Last2 ummi hantar Adam g umah kak Ana, kat seksyen 7 tu jugak... Petang masa ambil Adam tu, kak Anan kata dia x tido langsung asyik main jer... makan pun susah.. x nak juga... susu pun main2 jer....

Dalam kete on the way balik rumah tu, bateri Adam habis terus.. terlena terus sambil makan jagung. Dia lena dr petang tu dlm kul 7, then terjaga kejap kul 10.30, minum susu then dia sambung tido balik sampai pagi td. Pagi td plak... masa nak kuar rumah, nangis2 "nak kal" - nak basikal... nak main lg... dia nak naik basikal tu jugak2.. last2 ummi ngan abah biarkan si Adam ni naik basikal dia dr umah kitorg kat bkt jelutong tu sampai ke seksyen 7. Leh bayangkan tak? sbb tu lah ummi lambat sampai office... sbb adam kayuh basikal dia.. jauh tu... leh caya ke ni?

Tentu lah boleh percaya... sbb Adam kayuh basikal dia dlm KBR ummi... (",)


Wednesday, August 12, 2009

..:: RiNdUnYa ::..

_macam mana nak mula, dan apa yg nak dimulakan ni? tp rasa byk je benda yg nak dikongsikan bersama. Tang mana nak dimulakan ek.... hhhmmmm... aarrgghhhh...

citer basi 2 minggu lepas, aku g kenduri kat Trolak. Kenduri si Zaidah, adik kepada abg Tenno (kwn baik helmi) dan merangkap ex-opismate helmi... On the way g Trolak, kitorg singgah kat Tanjung Malim, rumah kawan lama aku, kawan sekolah rendah dulu... Patan / Sharifah Noor Adni nama dia. Anaknya si Auni tu dah besar...




Masa g kenduri ni lah, kitorg 3 beranak berpakaian sedondon... warna ungu, warna kegemaran aku. Dah lama aku tingin nak pakai sedondon cam ni.. heheheheheeee...


Citer ttg kenduri ni... last weekend pun aku g kenduri lg.. tp kat shah alam jer. Wedding Farahdilla, ex-opismate dulu. Ni lah 1st time aku g majlis kenduri ngan pakai T-shirt+Jeans... Bila pikir2kan balik, malu jer rasanya tp nak wat cam na.. disebabkan hal2 tertentu, aku terpaksa... ehhehehhe... klau x, aku x leh nak g wedding dia. Nape aku nak g sgt wedding dia? sbb majlisnya dekat ngan tempat tinggal aku dan ms wedding aku kat perak, dia datang ngan kakak dan mak dia lagi... Kat wedding ni aku jumpa ngan "abang" aku yg juga ex-opismate aku...


Habis bab-bab mereka yg baru mendirikan rumahtangga... Dalam kelekaan aku berFB terutamanya kat office tu.. (hehehehhheeh...) aku kagum ngan sorang kawan lama yg pun dah lama aku x jumpa.... kagum sebab apa.. sbb dia berjaya dan sedang menyusukan 100% puterinya, Syakira Faiz yg berusia 10 bulan dan memakaikan si Ira ni ngan cloth diapers (CD). Memang jimat kos betullah.... tp aku x brapa sure, antara CD ngan pamper yg mana lg jimat sbb CD ni pun mahal gak harganya.... ngan insert dia lg.... x penah plak aku kaji lg. Ingat nnt utk adik Adam aku pun nak usahakan utk 100% breastfeed dan pemakaian CD ni.

Actually aku on diet... tp x brapa berDIET.. heheehhee.. nape jd cam tu? sbb aku x BERDISIPLIN!!!!... Aku kena ambil berat ttg kesihatan ni kerana kesihatan itu senjata mujahid. Tahap kesihatan aku pun kurang memuaskan.. selalu je sakit kepala. Kata doktor, aku selalu sakit kepala ni maybe sebab STRESS.... nape stress???? maybe sbb masalah ekonomi atau pasal kerja-kerja rumah atau pasal kerje-kerje kat office. Pendek kata, semuanya berkaitan ngan kehidupan aku... sebab terlalu sakit kepala, synflex yg aku telan pun dah x brapa mujarab... aku ambil keputusan utk gi PAS minta kak Liza picit2kan kepala ni... hhhuhhuhu... then kak Liza recomendkan aku ngan satu produk kesihatan ni.

jeng.. jeng.. jeng...




Dulu aku penah try bidadari dr DCL tp disebabkan DISIPLIN kurang, ianya terhenti dipertengahan jalan. Baru dua hari aku try curora ni. Rasanya plak lain sket dr bidadari. Bidadari rasa manis cam kurma dan corura ni cam jamu/herba2 sket. Tp tekak ni leh telan lah... Hopefully ianya akan memberi manfaat kpd aku supaya dapat jalani kehidupan ini ngan lebih bermakna dan mampu melaksanakan tanggungjawab aku sebagai anak, wanita, isteri dan ibu.

Diantara khasiat corura ni :
1. meningkatkan kecergasan
2. mengempiskan perut
3. ketetapan menstrurasi (kitaran haid)
4. meningkatkan tahap kesuburan
5. menguatkan otot2 peranakan
6. melawaskan pembuangan air kecil dan besar
7. mengatasi masalah buasir dan gaot

Cuba teka, apa yg Adam ngan abah Adam tgh buat?
....
....
....
....
depa dua tgh tgk turtle.... kat tasik shah alam, dekat ngan kedai kopi belakang bluewave tu...
dan akibatnya, beberapa hari selepas itu, ummi ajak auntie bw Adam g tgk turtle lg... huuuhuhu dan kitorg lepak minum+makan kat kedai kopi tu lah...


..::@::.. E . N . D ..::@::..



Thursday, August 06, 2009

..:: WhY? ::..

Saturday, August 01, 2009

..:: AyAt SeRiBU dINaR ::..

"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."


Ayat Seribu Dinar adalah ayat suci Al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq, dari ayat dua dan tiga. Diceritakan bahawa seorang saudagar telah membayar sebanyak seribu dinar untuk mendapat ayat ini yang dikatakan fadhilatnya ialah dapat menyelamatkan pembacanya dari malapetaka. Di dalam perjalanan pulang, kapal saudagar ini telah dipukul ombak dan beliau terus membaca ayat tersebut. Dengan izin Allah swt.hanya beliau seorang saja yang terselamat dari bencana itu.


Di antara khasiat dan fadhilat Ayat Seribu Dinar ini ialah:

1. Dibaca bila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara
2. Menghilangkan keresahan bila dibaca di waktu resah
3. Dibaca ketika hendak menaiki kenderaan
4. Dan ketika dirasakan perlu

Moga kita sama-sama memahaminya dan mengamalkannya,

Insya-Allah,

Wassalam..