Wednesday, August 12, 2009

..:: RiNdUnYa ::..

_macam mana nak mula, dan apa yg nak dimulakan ni? tp rasa byk je benda yg nak dikongsikan bersama. Tang mana nak dimulakan ek.... hhhmmmm... aarrgghhhh...

citer basi 2 minggu lepas, aku g kenduri kat Trolak. Kenduri si Zaidah, adik kepada abg Tenno (kwn baik helmi) dan merangkap ex-opismate helmi... On the way g Trolak, kitorg singgah kat Tanjung Malim, rumah kawan lama aku, kawan sekolah rendah dulu... Patan / Sharifah Noor Adni nama dia. Anaknya si Auni tu dah besar...




Masa g kenduri ni lah, kitorg 3 beranak berpakaian sedondon... warna ungu, warna kegemaran aku. Dah lama aku tingin nak pakai sedondon cam ni.. heheheheheeee...


Citer ttg kenduri ni... last weekend pun aku g kenduri lg.. tp kat shah alam jer. Wedding Farahdilla, ex-opismate dulu. Ni lah 1st time aku g majlis kenduri ngan pakai T-shirt+Jeans... Bila pikir2kan balik, malu jer rasanya tp nak wat cam na.. disebabkan hal2 tertentu, aku terpaksa... ehhehehhe... klau x, aku x leh nak g wedding dia. Nape aku nak g sgt wedding dia? sbb majlisnya dekat ngan tempat tinggal aku dan ms wedding aku kat perak, dia datang ngan kakak dan mak dia lagi... Kat wedding ni aku jumpa ngan "abang" aku yg juga ex-opismate aku...


Habis bab-bab mereka yg baru mendirikan rumahtangga... Dalam kelekaan aku berFB terutamanya kat office tu.. (hehehehhheeh...) aku kagum ngan sorang kawan lama yg pun dah lama aku x jumpa.... kagum sebab apa.. sbb dia berjaya dan sedang menyusukan 100% puterinya, Syakira Faiz yg berusia 10 bulan dan memakaikan si Ira ni ngan cloth diapers (CD). Memang jimat kos betullah.... tp aku x brapa sure, antara CD ngan pamper yg mana lg jimat sbb CD ni pun mahal gak harganya.... ngan insert dia lg.... x penah plak aku kaji lg. Ingat nnt utk adik Adam aku pun nak usahakan utk 100% breastfeed dan pemakaian CD ni.

Actually aku on diet... tp x brapa berDIET.. heheehhee.. nape jd cam tu? sbb aku x BERDISIPLIN!!!!... Aku kena ambil berat ttg kesihatan ni kerana kesihatan itu senjata mujahid. Tahap kesihatan aku pun kurang memuaskan.. selalu je sakit kepala. Kata doktor, aku selalu sakit kepala ni maybe sebab STRESS.... nape stress???? maybe sbb masalah ekonomi atau pasal kerja-kerja rumah atau pasal kerje-kerje kat office. Pendek kata, semuanya berkaitan ngan kehidupan aku... sebab terlalu sakit kepala, synflex yg aku telan pun dah x brapa mujarab... aku ambil keputusan utk gi PAS minta kak Liza picit2kan kepala ni... hhhuhhuhu... then kak Liza recomendkan aku ngan satu produk kesihatan ni.

jeng.. jeng.. jeng...




Dulu aku penah try bidadari dr DCL tp disebabkan DISIPLIN kurang, ianya terhenti dipertengahan jalan. Baru dua hari aku try curora ni. Rasanya plak lain sket dr bidadari. Bidadari rasa manis cam kurma dan corura ni cam jamu/herba2 sket. Tp tekak ni leh telan lah... Hopefully ianya akan memberi manfaat kpd aku supaya dapat jalani kehidupan ini ngan lebih bermakna dan mampu melaksanakan tanggungjawab aku sebagai anak, wanita, isteri dan ibu.

Diantara khasiat corura ni :
1. meningkatkan kecergasan
2. mengempiskan perut
3. ketetapan menstrurasi (kitaran haid)
4. meningkatkan tahap kesuburan
5. menguatkan otot2 peranakan
6. melawaskan pembuangan air kecil dan besar
7. mengatasi masalah buasir dan gaot

Cuba teka, apa yg Adam ngan abah Adam tgh buat?
....
....
....
....
depa dua tgh tgk turtle.... kat tasik shah alam, dekat ngan kedai kopi belakang bluewave tu...
dan akibatnya, beberapa hari selepas itu, ummi ajak auntie bw Adam g tgk turtle lg... huuuhuhu dan kitorg lepak minum+makan kat kedai kopi tu lah...


..::@::.. E . N . D ..::@::..



0 comments: