Thursday, September 17, 2009

..:: SaLaM AidiLfiTRi ::..


salam buat sahabat...

SALAM AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN


bukan niatku utk menyakiti hati korang semua.
aku juga manusia biasa
yg sering lupa dan alpa
ttg fungsi diri hadirnya aku disini..
maafkan aku.

lupakanlah cerita yg lama
kita bina ikatan yg baru
yang tulus ikhlas sbg seorg sahabat.

~salam aidilfitri~


Thursday, September 10, 2009

..:: CoReTaN RamaDHaN _ #7 ::..


Kerna dia kita selalu bergaduh,
kerna dia menyebabkan kita bermasam muka,
kerna dia kita x sehaluan,
dan kerna dia aku datang kerja hari ni
dengan jiwa yang kacau.

Terfikir aku tentang kepentingan dia.
Pentingkah dia?
Siapa kata dia x penting?
Tanpa dia aku selalu susah hati.
Jadi dia memang penting dalam kehidupan aku.

Tapi tak kan ini semua salah aku?

Wednesday, September 09, 2009

..:: NuR KaSiH ::..



Entah kenapa... setelah citer ni dah nak habis, barulah minat aku pd citer ni membuak2... hehheheehehhe.... jatuh cinta pd citer ni.. disebabkan itu, aku dah berjaya belajar utk masukkan file you tube dlm blog dan lg satu, aku dah belajar utk masukkan lagu dlm blog aku ni.... best tak? Ada 2 lagu jer... Nur Kasih dan Ayat2 Cinta. perrggghhhh..... jiwang giler... katalah apa yg korang nak kata... asalkan aku tahu apa yg aku buat ni.. memanglah aku cam ni, aku selalu suka pd benda yg org lain pun suka. korang cam na plak? jgnlah ego dan sombong.. ngaku jer lah.... hihihihi

..:: 09 . 09 . 09 ::..



Monday, September 07, 2009

..:: SaMa Tp tiDaK seRuPa ::..

Ini citer lama, 4 tahun yg lepas. Kitorg pun baru je bertunang....

Ahad lepas, kitorang g Cheras... kitorg singgah kat playground kat Tasik Permaisuri.. Cuba tgk gambar ni plak.....

Abah pakai baju yg sama.... kebetulanlah plak... tp kali ni abah dukung anak sendiri plak. Cuma mungkin angle ummi ambil gambar je yg x sama... hehehehehe...


..:: NuZuL QuRaN ::..

Hari ini merupakan cuti umum utk menyambut peristiwa Nuzul Al-Quran. Tetapi walaupun aku tinggal di Selangor, dan bekerja di Selangor, aku tetap kena bekerja macam mereka2 yg bekerja di KL... Sedihnya... tp apa nak buat, dah nasib badan.

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Quran yg pertama kpd Nabi Muhammad s.a.w. Ianya berlaku pd malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke-41 keputeraan Nabi Muhammad ketika baginda beribadat di Gua Hira. Itulah fakta yg kita diberitahu tentangnya tp adakan betul dan benar al-Quran itu diturunkan pd malam 17 Ramadhan yg disambut oleh masyarakat melayu?

Sedikit info utk sama-sama kita kongsi dan fikirkan. klik sini

Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW. Ianya memberi makna yg terlalu besar kpd umat Islam terutamanya yg serius memikirkan rahsia al-Quran. Wahyu pertama yg diturunkan kpd Nabi SAW ialah Surah Al-Alaq : 1-5

1. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,
2. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah
3. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah
4. Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam
5. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya

Apa yg perlu dibaca oleh baginda pd ketika itu? Dalam gua yg mungkin ketika itu gelap... dan Al-Quran pun masih belum wujud lg pd masa tu. Adakah baginda disuruh utk membaca kitab yg ada pd masa dan ketika itu? Adakah betul Nabi SAW itu x tahu membaca pd ketika itu? Sedangkan baginda merupakan kanak2 yg pintar, remaja yg hebat pd masa itu... sama-sama kita fikirkan.

Peristiwa nuzul ini juga berlaku pada bulan Ramadhan. kenapa ianya tidak diturunkan pada bulan Muharram? atau bulan2 yg lain? Ramadhan itu bila diterjemahkan harfiahnya ianya membawa erti "panas terik". Pada bula yg panas terik, Al-Quran diturunkan. Adakah cuaca di Mekah pd ketika itu panas terik? Apa yg panas? Adakah kehidupan masyarakat di Mekah yg digelar Jahiliah pd ketika itu juga boleh dikatakan "panas"? Kita perhatikan masyarakat kita sekarang? Adakah sama dgn keadaan masyarakat Jahiliah ketika dahulunya? Bunuh anak, minum arak (malah kita mempunyai kilang arak), berzina dan lain-lain....

Ramadhan juga murupakan bulan yg ke-9 dan bulan yg paling suci didlm kalendar Islam. Di dalam al-quran, suruh yg ke-9 ialah At Taubah. Surah yg byk mengajak kita utk bertaubat... dan bulan Ramadhan juga bulan yg mengajar kita utk bertaubat dan memperbaiki diri. Terdapat persamaannya disitu. Betapa cantiknya dan tersiratnya susunan surah-surah di dlm Al-Quran. Inilah yg dikatakan mukjizat Nabi SAW..... Hanya mereka yg serius memikirkan rahsia al-Quran sahaja yg akan mendapat jawapannya.

Ali Imran, 3:190
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal,

Ali Imran, 3:191
(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.





..:: CoReTaN RamaDHaN _ #6 ::..

tak der apa yg nak aku citekan tp cuma nak upload gambar2 masa balik kampung hari tu....

dulu ummi x belikan walker utk Adam... sbb tu blk kg, Adam berebut walker ngan Danish.

ni masa belajar buat lepat liat ngan mak

gaya Adam masa kat rumah mak tok Perak..

Saturday, September 05, 2009

..:: CorEtAn RaMADhaN _#5 ::..

weekend ni aku x g mana2 pun cuma dok plan nak g berbuka mana jer....

Sabtu g berbuka kat rumah kawan helmi kat sri kembangan.. (ni kes malas nak masak ke?) hehehehe bukanlah.. kitorg ramai2 masak sama-sama tau... menunya nasi ayam.

Ahad, kitorg dah plan nak g berbuka kat kg pendamar plak. Umah angah, kakak aku yg no. 2.... manunya belum tau lagi.... hehehehehhehe....

Diam x diam... dah 14 hari kita berpuasa.. hampir separuh bulan dah. sekejap je kan masa berlalu.. macam tu jugaklah dgn kehidupan kita sekarang.. x disangka aku sendiri pun dah nak dekat 30-an dah umurnya...

Adakah dlm 14 hari yg lepas, aku sudah memanfaatkan kedatangan ramadhan dgn sebaik mungkin? puasa tu menahan diri dari nafsu makan, nafsu shopping, nafsu kemarahan dan lain2. Adakah aku mampu mengawalnya? Rasanya x 100% lg.. sbb mungkin tang nafsu shooping tu aku masih gagal utk mengawalnya....

Thursday, September 03, 2009

..:: DeRiTa, LenYaPLah...... ::..


Tak apa tak rugi tak bodohlah
Yang lepas sudah-sudahlah
Buat apa nak diungkit-ungkit lagilah
Yang berlalu biarkan sahajalah

Kini yang di depan terus menanti
Menungu sahaja aku mendekati
Jangan sedih duhai diri
Yang Maha Esa pasti tidak menzalimi
Oh Tuhan!Dengarlah rintihan hati ini
Sudah puas hidup sebegini
Perkenankanlah segala harapan di sanubari
Mudahkanlah aku kecapi segala impian di hati
Harapan semoga kejayaan besar dikecapi
Agar penderitaan lenyap dari dalam diri

Tuesday, September 01, 2009

..:: CoReTaN RamaDHaN _ #4 ::..

hari ni datang keje ngan sedikit senyuman, sebab
masih teringat akan nikmat yg diberi utk
berbuka puasa bersama2 mak dan family yg lain
dikampung...

Jumaat mlm bertolak balik kedah... sampai kedah kul 7.30pg.
kul 8.00pg ikut mak dan mak teh g nat sabtu kat kodiang..
(pasar pagi) beli daging+ikan terubuk+ayam+bawang2+
buah2an+etc petang tolong mak buat lepat liat dan buah melaka.

lg 40 minit nak masuk waktu berbuka,
sempat algi aunty ajak aku g pasar ramadhan
kat padang sera, nak cari lai chi kang katanya... nasib baik ada..

masa bebuka ni, aku dah lupa pasal diet aku dah.. hiihiii
rasalah sikit... kononnya lah.. tp makan mengalahkan org
mengandung.. hihihihihi.... menunya byk... kanji, sup daging,
nasi putih, gulai rebung,\ sayur manis rebung, gulai nenas,
ikan terubuk bakar dan mcm2lah....
tu lah penangan berbuka kat kg..

Ahad petang, dlm kul 1.00pm bertolak balik ke perak,
umah mak mertualah.. sempat lagi singgah ambil baju raya kat
umah mak lang kat changlun, then singgah pekan rabu beli
ikan pekasam dan ikan talang. semuanya ni kiriman org....

sampai perak dah petang, dlm kul 5 cam tu. semuanya dah ready.
nasi ayam, laksa, pengat pisang dan bubur lambuk.
Adam balik kali ni, dapat mainan lg... pancing ikan.. tok wan dia
belikan... then Adam plak dah pandai panggil paksu dia...
"hazim" dia panggil.. kita ajar paksu hazim....
"hazim" je yg dia amik.. heehhee

Pagi isnin plak, dlm kul 9.30am, kitorg dah gerak balik
shah alam. bukan apa.... takut petang kang jem... maklumlah
penutup cuti sekolah dan cuti merdeka....

sampai shah alam dlm kul 1, tp kitorg menyinggah kat umah
anjang. berbuka kat rumah anjang... kali ni menunya mee kari...
hehehehehhe aku buat lepat liat lagi... ehehehehe....
bolehlah rasanya.....
cumanya balutannya kurang kemas.

sampai rumah dlm kul 8.30pm.... penat rasanya.
Adam plak dah lena... jd aku mengambil kesempatan ni
utk basuh baju+lipat baju+ iron baju dan lain2.
end up aku tido kul 2.30pg. kul 5.15pg dah bgn sahur.
7.30pg dah dtg opis... huuuuuhuu..
patutlah mengantuk je ni.....

sebelum terlupa... nak juga ucapkan
SELAMAT HARI MERDEKA !!!!

Apakah erti MERDEKA ? bebas... bebas dari jajahan... itu dari segi fizikalnya. Klau dari segi mental dan rohaninya, adakah kita rakyat malaysia dah merdeka? Mereka berikan kemerdekaan kpa kita tp sebelum mereka beredar dr tanah melayu, pelbagai persiapan yg telah mereka sediakan... contohnya dr segi pendidikan.... hasilnya, kita lihatlah generasi sekarang....