Sunday, January 18, 2009

AdAm DeMAm PanaS

_panasnya...

sabtu semlm, bdn adam panas.... bg ubat dah siang tu, 2x tp mlm td badan dia still panas... huuhuuuhuuuu...... Shian anak ummi...

Friday, January 16, 2009

ibu....

_piLunYa HaTi seORanG iBU…

pagi ni hantar Adam cam biasa.. senang sket sbb dia tidur jer sepanjang perjalanan nak dtg office td. aku sampai office pun awal gak ler... 8.25am selalunya aku sampai office dlm kul 8.45-9.00am. office hour start kul 8.00am. kikikikikikiiiikkkk... nasib office aku x der punch card.

Hhhhmmmm…. Lepas hantar adam, aku berborak ngan kak wati – babysitter Adam ler pasal 2nd daughter dia yg buat perangai x nak g sekolah… dah darjah 2 dah…

Ummu_adam : semlm g berubat si wani ke?
Ibu Wati : x jadi.. mak cik tu x der kat rumah plak…. (mata dah bergenang ngan air mata)
Ummu_adam : sek agama pg dia g?
Ibu Wati : x nak pegi dah… sek agama ngan sek keb. Sek keb dah seminggu x g.
Ummu_Adam : laaa…. Tu ada kat dlm lah tu?
Ibu Wati : ada.. pg td dia dah bgn, dah siap pakai baju sek. Tp hanya sbb skaf kepala je, terus merajuk x nak g sekolah….
Ummu_Adam : Dia x cakap plak nape dia x nak g sekolah?
Ibu Wati : dia diam ajer… tp kalau dok kat rumah pun, cam biasa jer…. Main cam biasa jer… klau g sekolah tp x pandai x per.. jgn sampai x nak g sekolah terus…..

Alahai si wani ni…. Kenapa ntah tetiba sikap dia bleh berubah cam ni… susah hati si ibu memikirkan jalan penyelesaian… semlm ayah dia cuti. Dok rumah.. temankan dia… pujuk dia… pun sama, x nak g sekolah gak…..

PENDIDIKAN tu penting untuk anak-anak…. Pastikan anak kita mendapat didikan yg betul.





Thursday, January 15, 2009

ThE wOMeN To LoVE

_too sweet…

hhmmm… aku makan coklat td. Coklat dtg dr bumi Riyadh, Saudi Arabia…. Boss aku br balik dr Riyadh for one tender – Riyadh University of Women. And now I’m working on this tender..

lately ni aku dah jarang citer ttg my lovely husband kan? Hhmmm… last Tuesday is his last day working with Possimo Technology Sdn Bhd. He resign just because want to make me happy.
No lah.. I’m just kidding. He’s tired. Everyday redah jam masuk KL with his HONDA with two tyre. hehehheheheheee.....

so, what his doing now??? Full time house husband!!! No lah.. kidding again. Sekrg dia nak bukak business… free lance katanya.. tp in the same time, dia keje ngan kawan dia yg mana tgh ada business supply lab equipment. Katanya nak belajar cam mana nak buat business… cam na nak deal ngan supplier/end user/client/gov sector and etc. He willing to learnt from A-Z.

mak dia ada sruh dia apply utk jd lecturer kat kolej komuniti / politeknik tp dia tolak… Last2 mak dia sruh aku plak yg minta.. aduh…. Terpaksalah isi borang.. isi borang je lah.. dapat atau tak.. itu lainlah citernyer plak….


For my lovely husband, you are my soul mate. Do the thing that you want to do. No objection from me. But… don’t forget me, don’t forget to hug me and don’t forget that I’m the only woman that u love today and forever….

Wednesday, January 14, 2009

weEkEnd yg LePas

_sabtu tu.... keje

Lepas keje aku g beli Tupperware sket then g Tmn Desa, KL rumah abang Padil+Kak Ida... Diorg buat makan-makan sempena besday this smart boy... Dah pandai jalan dah....


namanyer... Ubaidah

x der apa yg menarik weekend aku yg lepas... Ahad plak, g makan-makan lagi.. rumah kakak aku plak.. umah andak kat bt 9, jln banting nun jauh disana... rumah baru tp x duduk lg, masih dlm proses renovation. tp cantik..... id dia cantiiiikkkkk.... pandai abg ipar aku tu...

persembahan yg hebat dr kumpulan G.E.N.G


vokalis & penari dr G.E.N.G. sapa nak autograp, leh jumpa diorg weekend ni di stadium melawati, shah alam.... @ ahad: 10.00am

aik... apasal baju adam basah kat depan tu? menari sampai terkencing dlm suar ke Adam....????

Friday, January 09, 2009

BiLa IzRail daTAng MemanGGiL...

_bunyinya seakan-akan sama....

Apa yg sama? Izrail vs Israel... Kedua-duanya menggambarkan ttg keMATIan. Isu terhangat selepas pilihanraya kecil kat terengganu / isu rita rudaini ataupun yg lain2, yg menggemparkan satu dunia ialah... pengeboman tentera ISRAEL di Gaza, Palestin....
Apa yg harus aku buat? Apa yg harus kita buat? Apa??????? Tgk dan bersedih jer... Itu je ke yg mampu kita buat? Boikot barangan Israel????Tanyalah diri kita sendiri...


"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yg kamu kerjakan.... maka hendaklah kita sama-sama perbaiki diri, dgn kembali kepada ajaranNya.

Alhamdulillah, tempat tinggal kita sekarang x dilanda peperangan mcm kat Palestin tu. Memanglah sedih, sayu bila bumi umat islam disana tu ditimpa musibah. Samalah juga dgn bencana alam spt tanah runtuh di bukit antarabangsa dan tsunami di acheh... Semua ni adalah bencana/balasan dr Allah sbb dikalangan kita semua ni, ramai yg dah lupa dan alpa kepadaNya. Bila ditimpa kesusahan seperti skrg, baru teringat nak minta pertolongan drNya dan br teringat nak kembali kepadaNya....
Teringat aku pd kisah kehancuran 4 kaum terdahulu... kaum Nuh A.S, kaun 'Aad. kaum Tsamud dan kaum Luth A.S.... Allah menurunkan bala terhadap mereka kerana mereka tidak mahu mengikut/melaksanakan perintah Allah. Maka adakah kita pernah mengambil pengajaran dr kisah2 kaum tersebut? Dlm Al-Quran, Allah telah berfirman...
"Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?"
sebanyak 4 kali.... Adakah kita mengambilnya utk dijadikan pelajaran?

Bak kata org, tanda-tanda kiamat tu dah nampak... kat mana-mana jer... tak kan kita nak lengah2 lg kan? Pesanan dr kumpulan Raihan, 5 tahun yg lepas.... rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara....
SIHAT sebelum SAKIT
KAYA sebelum MISKIN
MUDA sebelum TUA
LAPANG sebelum SEMPIT
HIDUP sebelum MATI

Oleh itu, klau dibumi Palestin sana keadaannya huru-hara.. kita yg tinggal dlm keadaan aman ni, haruslah mengambil peluang ini utk kembali kepadaNya... Musibah yg berlaku pd rakyat dibumi Palestin itu, hendaklah kita jadikan sbg pengajaran... Bayangkan, klau kita sekrg berada disana.... apalah nasib kita diakhirat kelak klau bekalan ilmu didada ni belum cukup. Bayangkanlah....

Thursday, January 08, 2009

Duhai UmmikU SaYaNg...

_ummi marah Adam ek.....

Agaknya itulah yg nak disebut oleh Adam semalam masa aku pakaikan pampers kat dia... uhuuuhuuuhhuu.. shian Adam, dimarahi umminya semlm, ditangani oleh umminya semlm. Apalah ummi Adam ni.. :(

Itulah lumrah seorg ibu. Mesti ada sifat pemarah pd anak-anak. tp tak tahulah kalau ada dikalangan kita ni yg x penah pukul anak (pukul yg x berbekaslah bukannya pukul yg mendera tu.. ). Memang aku tabik springlah... sabar betul wanita itu...

kisahnya bermula bila nak ajak hero aku ni masuk tidor.. punyalah susah nak tidorkan dia, lampu bilik dah padam tp x leh tutup pintu sbb dia takut gelap. dah baring ngan dia sambil tgk2 gambar kat dlm hp dgn harapan dia akan mengantuk, rupanya tidak... ummi dia yg dah mula mengantuk.... Adam keluar bilik g luar kacau abah dia yg dah memang tertidor diruang tamu. aku sambung tidor kat dlm bilik...

Tetiba terjaga tgk Adam dok main kat sebelah aku dlm bilik... dia minta susu.... mata yg mengantuk ni, malas betul nak bgn g buat susu... aku buat x heran je kat dia... dipukulnya muka aku supaya bgn g buat susu dia.. sambil pegang botol susu tu, Adam kata....... 'x dak' maknanya susu dia dah habis... ku gagahi bgn gak sbb dah kena pukul ngan Adam td....

Kat dapur plak, Adam dok tunggu je aku buat susu. Tetiba bunyi air tumpah rupanya Adam kencing... Terus aku jd marah... Aku tampar tgn dia yg dok pegang anu dia tu... Aku marah dia "Nape kencing kat luar? kan ummi bg pakai pampers tu. Kencing kat luar nape????" Aku marah sngt kat Adam.... masa ni dlm hati mcm2 aku pikirkan.. salahkan abah dia yg dok tgh tido tu pun ada gak... dan lain2lah....

Tp dlm hati aku gak, tertanya2, nape perlu aku marahi Adam sedangkan dia tak tahu apa-apa lg. Aku sbg ibu/mak lah yg kena ajar dia.... Ya Allah, aku x dapat nak pegang/jaga amanahmu dgn baik...

Monday, January 05, 2009

TiGa SeKawAn

_member sekelas Adam..



HaziQ + AdAm + AliYa

tetiba teringat nak uploadkan gambar Adam dan kawan2 dia ni... Ni masa kitorg g Wedding Sis Hajar dan Bro Naim kat seksyen 18, shah Alam.




Naufal Haziq Imran + Adam Harith


Friday, January 02, 2009

ADaMnYer FaVoRiTe.....

_uPIn & IpiN



haaa... ni lah kegemaran Adam skrg. Bgn pagi jek, dah ajak ngadap computer semata-mata nak tgk "pin" katanya... hehehehehheeee....



klau dia dok tgk upin&ipin ni, diamlah sket orgnya. klau tak, asyik nak memanjat ajer kejernya... hhhmmmmm...... ummi & abah pun tumpang sekaki.. last2 semua keje x jadi.


2009 - Tahun Baru, Azam Baru dan Semangat Baru

_Selamat Tinggal 2008

Tepat jam 1.32am @ 2 Januari 2008 aku mula menaip.... hehehehheee.... nape tgh2 pagi buta ni aku dok layan internet????? sbb tgh buat keje opis... rajin tu.... huhuuhuuuuu.... actually td aku dah tertidor dlm kul 10pm cam tu sbb tidorkan Adam. Then bila terjaga td, teringatlah plak kat keje opis yg aku bw balik umah kononnya nak buat, so kena buatlah... sikitje kejenyer... ayan internet je yg lebih ni... td aku upload gambar dlm friendster..... skrg update my blog plak.

Apa semangat baru aku ni? Aku nak start sambung kerajinan aku utk update blog ni.. hehhehehe... maklumlah kat opis aku dah leh xcess internet.

Adam cukup suka main air. mana2 budak keciklah, memang suka main air... lately ni aku selalu g rumah anjang kat puncak alam.... sbb adam suka main air cam ni kat depan umah anjang, akhirnya adam dapat ni...... hehehehehehheheee...

dan bolehlah main air ramai-ramai....

Syyyyyyyyppppppp.... jgn bgtau org ek... 18sx nih... Adam sexy tanpa seurat benang pun...

Sempena Tahun Baru 2009 @ 1430H... sama-samalah kita renungkan dan pikirkan balik apa yg telah kita dah perbuat utk setahun yg lalu dan apa yg akan kita perbuat utk setahun yg akn dtg ni... Kita kena pikir dr diri sendiri, then family kita dan seterusnya masyarakat kita.

Sekarang ni, boring je dan dah naik meluat kalau baca / tgk kat tv tu ttg PKR lwn UMNO lwn PAS dan lain2... yg malunya, org melayu dok lawan sesama melayu. Tak nampak pun Islamnya. sbb, org Islam mesti bersatu.. tak kan ada perpecahan seperti sekarang... Tak tahulah nasib anak2 kecik kita skrg ni... tp jgnlah kita pentingkan diri sendiri plak. Sama-samalah kita berusaha utk tegakkan agama Allah di muka bumi ni.

Oleh itu, azam 2009 aku ialah.... untuk menjadi umat yg terbaik!!!!!!