Thursday, December 31, 2009

..:: HaRi TeRaKhiR pd 2009 ::..


hari ni merupakan hari terakhir kita di tahun 2009. sama-samalah kita muhasabah diri utk perbaiki diri dan merancang utk perjalanan 2010 nanti. kita baru je menyambut tahun baru (tahun hijrah) pd 1 muharram yg lepas. dan sekarang sekali lagi kita menyambut tahun baru (tahun miladiah). semangat tahun baru itu tetap ada. jd apa yg berlaku pd tahun lepas, dijadikan pengajaran dan apa matlamat / cita-cita yg belum terlaksana, pastikan ianya terlaksana di tahun 2010 / 1431H ini. semoga berjaya!!

dah kul 3.45pm.. dah ramai yg balik.. aku pun nak balik awal gak... company aku declare balik awal hari ni kul 3.00ptg. ada company yg lain dah leh balik lepas lunch td lg.. anyway, thank you boss...

** aunty, jgn marah... acik amik lg gambar dlm blog aunty. hehehehehhe

Tuesday, December 29, 2009

..:: CaLoUr Of My LiFE ::..

tajuk ni sama je bunyinyer ngan tajuk blog auntie. nape? sbb aku pun nak letak gambar yg sama ngan auntie. auntie.. jgn marah ek.... sayang auntie.....

apa yg ada pada gambar diatas? kenangan ketika menunggu kelahiran Mohd Aniq ~ adik Auni ~ pd 19 Dec 2009 ya lepas. Birthday Auni juga pd 19 Dec tp 2008. Auni x leh jalan lg masa dapat adik ni... Terpaksalah nnt ummi dukung sorang dan abi pun kena dukung sorang lg...

Hari ahad tu, jalan2 ngan mak, anjang, auntie, adam dan auni kat subang parade. Anjang hadiahkan 'Thomas' utk anak2 buah dia... hehehehhehe...

ahad tu kitorg byk habiskan masa kat rumah anjang. Aniq balik dok kat rumah anjang. selasa baru diorg balik ke kedah sbb dek na nak balik berpantang kat kedah. hari selasa plak, before diorg balik kedah ptg tu, sempat lagi berjalan2 kat shah alam. tu yg Adam bawa Auni naik keta tu....
nampak sedap tak mee goreng ni? teka sapa yg masak? my lovely husbandlah.... hr tu aku balik keje lambat. sampai2 rumah jer, mee ni dah tersedia hidang di atas meja. duduk dan makan jer... wwaaaaaa... bestnya...... love u so much, sayang...

Air ticket apa ni? KL - Kuching on 23rd Dec yg lepas. One day jer, g flight pagi balik flight malam tu. Terima kasih, boss.... Aku dapat peluang free g kuching utk hantar tender. Kenalah bawa 4 file. aku masukkan dlm beg balik kampung jer.. touch down kul 11.30am, flight delay sket. tender close kul 12.00 noon. sempat ke? aku trus call office then bgtau aku br sampai airport and on the way to their office. Nasib baik diorg kata ok... then tgk phone ada misscall dr abg let. Call him and he's on the way to the airport to pick up me. waaaaahhhhh... best nyer.... sampai pintu depan airport, abg let dah ada... trus kitorg g petra jaya utk settlekan keje aku dulu. On the way g petra jaya dr airport tu, aku bagaikan mengupah seorg pemandu pelancong. setiap bangunan di kiri dan kanan jalan, semuanya diceritakan... maklumlah.. aku ni pun 1st time sampai kuching ni. excited gak lah nak tgk tempat org ni... 12.25noon br sampai petra jaya tu... dah settle keje aku... alhamdulillah.

Plannya, abg let akan hantar aku balik ke rumah dia, makan tengah hari then abg let g keje balik. then hakim akan bawa aku jalan2 kat waterfront ngan mama dia, ika dan balqis pun ikut skali. azyan x ikut sebab ada kawan dia kat rumah. tp on the way balik rumah tu, kitorg singgah Pasar Satok. Abg let kata klau datang hari ahad, kat Satok ni ada pasar... besar pasar dia, byk brg yg dijual... lg best katanya.. agaknya ala-ala pasar kat stadium shah alam tu lah kot.

Kat sini tempat ikan terubuk masin dijual.. memang banyak giler!!! Terdapat pelbagai saiz & harganya memang berpatutan... Siap packing dlm kotak lg tau... Ikan terubuk ni klau nak senang makan, kena beli yg besar saiznya. Klau beli yg kecik, isi x banyak... x best makan kata penjualnya lah... aku beli yg sedang2 jer... Lgpun aku bukannya makan ikan terubuk masin ni hehehehheh... nak belikan utk buah tgn jer.

Balik rumah abg let, makan tgh hari, rehat2 jap sambil layan citer duyung then baru keluar plak jalan2 kat waterfront cari souvenir. best arrr jalan2 kat waterfront ni... rasa cam nak dtg lagi... sbb tingin nak g kampung budaya sarawak nun. Lepas penat shopping, balik rumah then tunggu abg let balik dr office then diorg hantar aku ke airport. Dekat je umah abg let ngan airport tu.. 15 minit jer... tp tu lah... aku silap tgk ticket. flight kul 7.45mlm tp aku ingat kul 7.15mlm. ahahahha.... rupanya 7.15mlm tu masa masuk dia.. hehehehhe... tersengeh aku sorang2 kat airport tu...


Monday, December 28, 2009

..:: HaPPy BiRthdaY utK NoRLiaNA DaLiLa ::..

HaPPy BiRthDAy !!!!!
semoga dipermudahkan dlm segala urusan

Norliana Dalila or Na ni ialah roommate aku masa kat mrsm beseri dulu. banyaklah kenangan aku ngan dia ni... orgnya maintain cute cam ni dr zaman sekolah sampailah zaman keje sekarang. Dia seorg doktor tp tgh dok sambung phd kat usm, kubang kerian. dan dia juga memiliki ni.... hehehe... no keta dia sama ngan aku tau... "828"




Friday, December 25, 2009

..:: BiLa CiNta BeRtasBiH::..

Apa yg aku nak citerkan ni x der kena mengena pun ngan tajuk tu... tp apa yg aku nak citerkan ni merupakan sbb mengapa aku dah jarang update blog ni...

Pd 16/12 hari tu, aku dapat email ni dr yg tersayang...

Salam.
just info,
pelbagaikan pembacaan blog supaya fikiran kita lebih terbuka, ilmu makin luas, idea makin kreatif..

contohnya bleh try baca blog yg recently abg jumpa:

http://mysuperkids.net/
http://1superkids.com/

seimbangkan/kurangkan baca blog2 yg content dia more to diari harian semata2 atau photo album je..

aktifkan diri dlm forum2 komuniti yg membina.

pelbagaikan..

- love U

Actually aku dah jarang berpeluang nak online kat rumah. sbb tu dah jarang update blog ni. terfikir gak cam nak stop trus berblogging ni tp sayang plak rasanya... hihihiiihii... kat office plak lately ni aku memang sibuk sket. x sempat nak update blog kat office. tp memang selalunya aku update blog pun kat office.. hhehehehehe... ni lah sbb utama aku x update blog aku rasanya. bukannya sbb dr email yg aku dapat tu... ahahahhahaaha.... and just to share with mom out there the link....





Monday, December 14, 2009

..:: WeEkeNd yAnG SiBuK ::..

sibuk ke weekend aku yg lepas? memanglah sibuk. sbb ngan kehadiran family kakak aku (mak teh) dr kuala ketil. cuti sekolah.... abahnya menunaikan hajat anak2 yg nak jalan2 kat kuala lumpur ni. terutama si kakak tu ~ faikah namanya. nak g KLCC. nak tgk yg real katanya.. selalunya dia tgk kat tv jer. heheehehe...

kehadiran 3 org sepupu adam ni menyebabkan adam mengigau 2 mlm berturut2. mana tak nyer, siang tu main x ingat... selagi jam belum kul 1.00pg, x nak tido lg. ada jer yg menangis dan ada yg merajuk dan lain-lain. gamatlah umah aku ni. tp pd sebelah malam jer. sebab kitorg berjalan2 disiang hari.

jumaat lepaskan public holiday utk warga selangor. sempena hari keputraan sultan selangor. kitorg g puncak alam. rumah anjang... makan tghhari kat sana. menunya ialah gulai ayam+rebung, sup tulang, udang masak kunyit, sotong masak kicap dan ulam2.... lepas lunch, acara wajib utk adam klau dtg umah anjang ni..... mandi kolam... hehehehehe..
walaupun kolam ni kecik, tp depa tiga ni nak masuk jugak... biasalah, budak2....

petang tu kitorg ingat nak g lepak2 kat tasik shah alam tp setibanya kat area tasik tu, hujanlah plak... terus kitorg tukar plan g kompleks pkns sementara nak tggu maghrib sbb lepas maghrib nak g lepak2 kat putrajayalah... kat putrajaya biasalah tempat org lepak2 tu, area depan masjid tu. macam-macam org aku nampak kat sini. pelagai kemewahan yg ditunjukkan di sini. kemewahan dr segi mainan yg dibelikan utk anak2... didikan awal yg kita bg ni lah yg akan mempengaruhi corak kehidupan mereka bila diorg besar nnt. aku sbg ibu perlu bijak mendidik adam. didik adam ngan ilmu. kena byk membaca agar dapat mendidik adam menjadi anak yg berguna. dia amanah yg diberikan olehNya utk aku corakkan warna kehidupan.

sabtu plak aku ada xtvt wajib weekend aku. berkayuh tp aku x kayuh pun jd tukang prepare makanan. habis berkayuh dr bukit kapar - kuala selangor - bukit kapar, baru aku g joint mak teh. adam ikut mak teh g rumah andak kat bt 9 sijangkang. aku jumpa mak teh kat JJ bukit tinggi. masa kat jj ni, aku tersedar tentang sesuatu. patutlah aku tgk mana-mana family yg ada anak kecil mesti ada mainan byk... masa kat jj ni, yg beli mainan tentulah 3 bujang tu.... walhal masa mlm td lepak2 kat putrajaya tu kitorg singgah pasar tani (mlm tau.. biasanya pasar tani ni siang... 2 x / week.. selasa mlm dan jumaat mlm). ms kat pasar ni pun diorg dah dapat sorang satu mainannya... budak-budak.... pesannya jgnlah selalu bawa anak2 kita g shopping kompleks mahupun pasar. sbb bukannya apa klau anak kita leh faham, x payah beli.. tentulah senang sket. tp ni ada yg jenis klau dia nak, dia nak jugak-jugak.. sampai nangis2.. pening kepala mak bapak ni. ehehehhehehe.... balik dr jj tu aku bawa mak teh makan mlm siap2 kat lenggong. hiiiiihhii.. kes malas nak masak.

ahad plak kitorg g pasar kat stadium shah alam aka pasar bonet. macam aku kata tdlah... diorg dapat mainan lg setiap sorang.. wwahahhhh... jalan 2 lorong je terus balik. tujuan utama g pasar tu sbb nak beli kasut crocs yg rm15/20 sepasang tu. semua dapat sorg sepasang. adam pun dapat gak. terima kasih kpd yg membelikan kasut tu utk adam...

aku dan helmi ada hal sket lepas tu tp anty dan anjang bawa mak teh sekeluarga + adam g KLCC utk tunaikan permintaan si faikah tu... depa masuk aquaria. mola-mola nak masuk petrosains tp org ramai sgt katanya... dlm kul 4 ptg diorg dah on the way balik shah alam. so kitorg jumpa kat tasik shah alam area kopitaim tu... lepak2 + makan2 sambil mak teh dok mengenang kisah lama dia masa bujang2 dulu yg suka dtg tasik shah alam ni. masa aku darjah 6 dulu pun, masa dtg klang ni, mak teh+andak bw aku jln2 kat tasik shah alam ni jugak. hihiihihi...

lepas makan depa g main plak

gambar ni dah jd wallpaper pc aku kat office.. hihihii...


Monday, December 07, 2009

..:: keNaPa? ::..

kenapa? kan aku dah cakap, DISIPLIN itu penting!. nape dah tahu tapi x nak buat jugak. alahai ummi adam ni... utk mendapat sesuatu kejayaan, perlukan pengorbanan. janganlah hanya pandai merancang tp x buat apa yg telah dirancangkan itu. apa yg aku plan ni, harus diusahakan supaya mendapat hasilnya. aku dah plan nak puasa isnin - jumaat tp aku x puasa juga hari ni... abah selalu marah aku dgn sikap aku yg macam ni. kata je lebih tp x buat pun. samalah ngan nak diet dulu... kata beli girdle tu dpt bantu aku nak diet tp la ni dah x pakai dah girdle tu. sama gak ngan twister dan skipping... dah beli tp x xcersize pun. buat perhiasan kat rumah jer... pening dah abah nasihatkan ummi.... ehehheheheh...

kenapa?ianya dah bertukar? dr biru kpd hijau? dan perubahan yg ketara. dia nak lawan ngan facebook ke? tp aku sekarang dah kekok nak guna friendster ni. dulu aku kekok nak guna facebook tp la ni dah terbalik. tp ianya dah x bg apa2 kesan utk aku sbb kat office dah x leh msk fb. fster boleh tp member2 kat fster pun dah x brapa suka nak update diorgnyer friendster. jd aku bz dok melayan blog ajerlah la ni. hehehe...

kanapa? weekend yg panjang (2 hari ) aku rasa cam sekejap sangat... sbb setiap detik dan saat aku penuhi dgn perkara yg berfaedah (g jln2 ngan kakak2 aku) dan sibuk ngan tugas sbg seorg isteri membuatkan aku rasa cam terlalu singkat weekend hari tu. sbb cam x der masa nak rehat2+ goyang kaki tgk tv.
sabtu lepas, anty datang amik aku, kitorg g puncak alam, main ngan Auni. dan amik nur marziah sbb esoknya (ahad) dia nak blk kedah. dr puncak alam, nak g bt 9, sijangkang rumah andak plak. nak ambil IC si nur marziah ni.... on the way nak g bt 9 tu, kitorg singgah PKNS shah alam jap. makan laksa.. hihihihihihi... then br g umah andak. lepas maghrib br bertolak balik umah tp menyinggah lg. aku singgah giant shah alam... nak beli barang sket utk esoknya plak. kat giant shah alam ni terjumpa plak ngan kak tini.... lepas shopping2 kat giant, trus blk rumah. sampai rumah dlm kul 11.00mlm
ahad plak... xtvt berkayuh dr cyberjaya ke sepang. penat sgt. ngan cuaca yg panas, menyebabkan aku sakit kepala yg teramat sgt. blk dr cyberjaya singgah rumah member kat seri kembangan tu. trus aku pengsan.. sakit kepala punya pasal... dah x sedar apa. rugi masa aku cam tu jer... penuh masa aku terisi weekend yg lepas. nak layan fb / blog / apa2 pun x sempat. melayan adam jer...

Friday, December 04, 2009

..:: k.o.s.o.n.g ::..

hari ni ummi rasa cam kosong. kenapa pun x tahu. mungkin sbb kerja kot. dah 5 tahun keje sbg seorg jurukur bahan tp level of confident tu x der. dan bila bab2 costing ni yg jarang sekali ummi buat ni, ummi rasa cam x confident jer. tertanya gak...layakkah aku sbg seorg qs ni x tau nak wat costing? g masuk kuliah balik lah jawapannya... aarrghghghhghggg..... ummi kena tahu dan kena yakin ngan apa yg perlu ummi buat. x tahu kena tanya....
lagi satu ummi rasa bersalah terhadap seseorg ni. ummi x tepati janji. sepatutnya ummi berpuasa bersama2 ngan dia tp ummi dah buka puasa ummi dan dia belum tau kata ummi dah buka puasa. untuk si dia, ummi minta maaf klau dia dah terbaca blog ummi ni. :(

Thursday, December 03, 2009

..:: BeRmULAnyA disiNiE ::..

Hari ni ummi puasa. tp bukannya puasa ganti. kenapa ummi berpuasa? 1. kesihatan 2. diet 3. save budget. logik ke alasan ummi ni? ianya bergantung kpd persepsi individu itu sendiri. azam ummi nak puasa penuh dr isnin - jumaat, tiap2 minggu. boleh ke? tentulah boleh... nnt abah temankan ummi. thanks abah. memanglah niat dihati ni nak control makan tp klau ummi tak puasa, mulut ni asyik nak mengunyah ajer. kekadang tu terfikir gak, ummi makan ni utk nafsu semata-mata atau makan kerana lapar. semoga berjaya! DISIPLIN kan diri ummi pasti ummi akan BERJAYA!

minggu ni ummi dah start hantar adam g rumah ibu wati. ummi dah x hantar adam kat nursery bawah rumah tu dah. kenapa? sebab dah hampir sebulan lebih adam kat bawah tu tapi tiap2 pagi mesti dia nangis. x nak g nursery tu. kata abah biar dia berkawan. tp ummi yg x sampai hati hantar adam tiap2 pagi dlm keadaan memaksa dia. sekarang ummi dah rasa aman... adam dah x nangis pagi2 dah... lagipun leh save RM50 tau... nursery tu mahal sket. hehehehehehehe...