Sunday, December 28, 2008

Selamat Tahun Baru 1430H

Salam
Buat sahabat semua

Selamat Tahun Baru 1430H


Semoga tahun baru akan terpancar sinar kebahagian
Semoga tahun baru akan hadir dlm keberkatan
Semoga tahun baru akan dilimpahkan dgn kegembiraan
Semoga tahun baru akan dimenangkan dlm kekalahan
Semoga tahun baru akan dipermudahkan dlm segala urusan
Semoga tahun baru akan diredhai olehNya
ameen

Monday, December 22, 2008

MenghiTunG HaRie

_melepaslah lagi..

Hari ni ada submission tender kat JUBM kota damansara. Aku ingat aku leh ngular g ikea dah td... rupanya, boss aku yg nak g hantar. hehehhehehee.. dia g ngan sahabat baik dia lah. So, aku pun ngular diruangan ciber ajelah nampak gayanya nih.....

Siap satu tender, ada lagi tender lain yg kena buat, yg nak kena revised or check back. Lately ni memang aku terlalu sibuk ngan kerja2 di office nih....hhhhhmmmmm....

Dah lama kan x citer ttg Adam... Anak ummi ni dah pandai panggil aku... "umiiiiiii" terkeluar dr mulut manis dia tu.... "abaaaaahhh" pun sama. Alahai Adam....

Hari tu, aku x sempat nak citer, ianya terjadi semasa aku dan adam dlm perjalanan pulang ke rumah. Adam dah x duduk dlm car seat dah. Dia duduk atas seat biasa ajer... Dah nak sampai rumah dah selepas toll bkt jelutong. Dia mai kat aku yg tgh drive ni.... Aku pegang tgn dia supaya dia x kacau stereng kete. Tau dia buat apa? Dia tendang2 kunci kete ngan kaki dia. Suddenly aku hairan nape aku tekan minyak kete tp kete cam x jln. Rupanya enjin kete mati. Gabra giler aku masa tu tp nasib baik aku kat lorong tepi ajer... Then mood tgh marahkan Adam yg tak tahu apa-apa tu, aku kuar kete, lock keter then unloack balik then masuk keter and start... Alhamdulillah... dah leh start and leh balik rumah.... Haaa.. Adam buat hal lg dia x nak dik kat seat sebelah, dia nak gak duduk atas riba kau.... Aku menjerit sekuat2nya nama dia.. marah sehabis hati yg tgh marah ni... Menagis lah si Adam tu....

Keesokkan harinya plak, Adam baik... dia menyusu kat seat belakang sambil baring... Aman je aku drive balik dr seksyen 7 lalu ikut seksyen 8 dan 9..... Tetiba, area SUK tu, ada sebuah myvi kuar dr SUK dan aku yg tgh bawa dlm 70-80km speeding ni, breaklah... walaupun x break mengejut tp daya tujahan tu menyebabkan aku teringat kat Adam yg tgh baring kat seat belakang... Aku toleh ke belakang, Adam dah terjatuh ke bawah kat tempat kaki.... Gabra.... Aku pinggil Adam 2 -3 kali tp dia x sahut apapun.. diam jer... Aku terus berhenti di tepi jalan dan turun amik dia... Syukur, orgnya x apa2... tp bila kau nak bw dia masuk keter semula, dia terus menangis..... agaknya baru tersedar / baru terasa sakitnya tu... Masi ni nada aku panggil Adam pun lain..... dr ms aku jerit dan marah dia semalam....

Pengajaran utk ummie.... apapun perangai Adam atau peel Adam tu, sayangilah dia.. bersabarlah dan kuatkan kesabaranmu....

Friday, December 12, 2008

AiDiladHa

Salam..

Dah lama x update blog nih... terlalu banyak urusan.....

Tp sbb yg utamanya ialah, kat opis aku dah x leh nak access internet dah... huuhuuuuuuhhhuu.. sbb tu lah....

hhmmm... nak citer apa ek? terlalu byk yg nak dicerita sampai x tau nak mula kat mana...
x per lah.. lain kalilah.....

Saturday, October 11, 2008

AiDilfiTRi..

_AidilfiTri

hari ini dah hari yg ke 11 kita menyambut Syawal… dlm masyarakat kita, Syawal diertikan sbg kemenangan… tp apa yg kita dah menang? Renung-renungkanlah wahai para sahabat semua…. Adakah kita dah menang sbb dah selesai menunaikan puasa selama sebulan di bulan Ramadhan??? Adakah itu kemengan yg dimaksudkan? Hhmmm.. tanyalah iman masing-masing… klau itulah kemenangan yg dimaksudkan, kita hendaklah kekalkan segala ibadat (membaca AQ, sedekah dll) yg kita amalkan dibulan ramadhan dulu tu…. Amalkan ia di bulan syawal dan bulan-bulan yg seterusnya… amalkan ia secara istiqamah…..

Tak kan nak tunggu Ramadhan je kita beribadat dan beramal soleh tp bila lepas Ramadhan, kita buat cam biasa jer.. lupa dan alpa…. Terfikir tak kita bahawa, ianya sama je seperti fitrah Iblis/Syaitan yg diikat dibulan Ramadhan dan dilepaskan semula pd bulan² yg lain…. Tak kan kita nak hiasi peribadi kita dgn peribadi yg sama dan seakan peribadi syaitan/iblis td……

Jadi, sama²lah kita mendekatkan diri ngan AQ… selalulah membaca dan memahaminya.. dan seterusnya mempraktikkan/melaksanakan perintah² yg terkandung dlm AQ. Kerna apa? Kerna firman Allah….

Monday, October 06, 2008

Hari Raya..

_Penat

penatlah nak tulis skrg.... just nak upload gambar jer..... raya tahun ni, x berapa best... sbb adam x sihat.. asyik menempek kat ummi dia jer... cirit birit dr isnin sampai jumaat.....


selepas solat aidilfitri.... kitorg g kubur arwah ayah..... ini raya yg ke - 3 tanpa ayah...

banyak tido je si mamat kecik ni... perut x selesa.... sampai tonggeng menonggenglah....

Habislah sesi beraya di Kedah... Raya ke 2, malam tu kitorg balik Perak....


Jumaat tu, adam dah makin pulih dah... dah mahu main ngan pak su Hazim dia dah.....


Tahun lepas, Adam jd bee.. tahun ni plak dia jd garfield... hehehehhe.. mak long eikin dia yg belikan....


Wednesday, October 01, 2008

SElAmAT HAriE RaYeR aIdiLFiTRi


Thursday, September 25, 2008

AdAm HariTh @ 1 yeaR 5 moNths ....


_alhamdulillah...

setelah hampir setahun, ummi ngan abah selalu risaukan ttg perkembangan berat badan Adam. alhamdulillah, semlm bila g timbang adam kat KKSA, berat adam dah 8.15kg.

klau tgk orgnya, memang kecik pun... selalu org dok tegur, 'berapa bulan ni kak?' - aduh... sedihnya hati ummi ni. tp sekrg ummi tgh semangat utk bantu adam supaya berat badan adam bertambah dan adam membesar dgn sihat + ceria.....

sepupu adam, si Batrisyia tu pun beratnya dlm 8.30kg jer.. pertumbuhan dia dah semakin slow sbb dah semakin aktif. tp berat Adi, anak aya (opismate aku) dah masuk 9.00kg lebih. berat adi ni barulah dikatakan berat badan yg normal klau kite refer pd carta pertumbuhan bayi.

dari segi kebolehan plak, adam sepatutnya dah pandai menyatukan dua perkataan. contohnya nak air... tp nak panggil ummi pun belum boleh lg... yg pandai hanyalah 'bah'... anak abah.... dan lg satu, sepatutnya dia dah pandai menanggalkan baju... ni pun adam x pandai lg. tp klau ummi nak tanggalkan baju dia, tahu je dia angkat tangan utk buka bajunya.... sendiri buka baju, belum lagi...

bg ummi, perkembangan adam ngan kanak-kanak lain, x boleh dibeza-bezakan. sbb ada yg lambat dan ada yg cepat. yg penting, adam membesar ngan sihat dan normal seperti kanak-kanak yg lain....



Monday, September 22, 2008

TeRUja...






_semangat²




x tahu kenapa, pagi ni aku semangat sgt nak update my blog. nape ek? sbb weekend aku yg lepas, aku lalui ngan seronok sgt... bukannya sbb aku g jln² tp sebab masa aku ni, byk aku habiskan kat rumah dan bersama insan tersayang - Adam Harith & Mohd Helmi....




firstly, citer ttg Adam... weekend ni selalu tgk dia asyik memanjat ajer... kerusi / meja / rak tv semuanya dipanjatnya.. aduhhhh.... geram pun ada tp he's growing ummi.... kata abah.




hari santu lepas, kitorg g JJ Bukit Tinggi. plannya nak belikan t-shirt utk abah dia + hazim. tp paham² jer lah abah adam tu, katanya t-shirt dia dah byk... x yah beli. klau t-shirt hazim plak, alasannya... kena bawa tuannya utk belikan baju.... hhhmmmm... cam na tu. so, end up x belilah t-shirt tu... jln² kosong ajer kat JJ tu. tp Adam yg best.....




malam tu kitorg berbuka kat rumah ajer.. tp ada tetamu yg dtg. semuanya kawan² sekolah helmi dulu. sek kat kelantan dulu tu... adalah dlm 8-9 org. semuanya bujang kecuali sorg je yg dah kawen. aku x masak apa2 cuma masing² dtg bawak bekalan sendiri... byk gak makanan nyer.. sampai leh tapau bawak balik ler... hehhehehehee....


ahadnye.... kitorg dok kat rumah jer. x g mana². pepagi je kuar g kedai beli surat khabar + adam main kat playground kat bwh rumah tu....



aku cam biasa, kemas rumah lah.. abah dia lah yg dok melayan si Adam ni... hehehhehe... sekrg ni memang kuat memanjat ajer... pandai plak tarik kerusi kecik dia tu, bawa g tepi meja dan panjat.. aduh... anak ummi ni, kreatif dan inovatif.... klau dilarang, lagi dibuat... budak2 nak membesar ummi... kata abah.



oh ya... sebut pasal ahad... aku teringat, awal pg kat tv3 ada sesi motivasi bersama ustaz zambry (mari mengaji tv9).... dlm rancangan tu, yg bertajuk "l-Quran membentuk peribadi" - menarik minat aku utk dok mengadap mika ustaz tu...


citenye cam ni, ustaz zambry bercerita ttg kisah seorg sahabat yg nak g buat haji ngan menunggang untanya.. ditgh² pdg pasir, dia terjumpa seorg wanita tua. Dia ingatkan wanita tu tersesat jd dia pun tnylah wanita tersebut.... yg istimewanya, semua soalan yg sahabat tu tny pd wanita tersebut, semuanya dijawab dgn ayat AQ. sahabat ni tumpangkan mak cik ni sam pai ke suatu kaw. rehat. dlm perjlnan tu pun, setiap soalan yg ditny oleh sahabat akan dijawab ngan ayat AQ oleh mak cik tu. dan sampai ada sekali tu, sahabat ni x puas hati ngan jawapan mak cik tu dan bertanya.... ' kita dah sampai kat kaw rehat, mak cik bleh cari anak² mak cik kat sini. apa nama anak² mak cik tu? pun dijawab ngan AQ sbb anak²nya bernama Harun, Yahya dan Umar.


haaaaa..... pengajaran dr cerita ustaz tu, menampakkan bhw setiap masalah kita kat dunia ni, mesti ada jawapannya dlm AQ. tp nape kita tak nak cari? lg satu, boleh menampakkan kat kita bahawa AQ tu mesti ada dlm diri setiap umat islam...


Al-Ankabut : 49

Sebenarnya, Al Quran itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalam dada orang-orang yang diberi ilmu[1156]. Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yang zalim.

Thursday, September 18, 2008

AdAm pUn BgN maKan SAhuR

_anak ummi dah bgn...

Kata abah.... toleh belakang, memang ya pun.. si Adam dah bgn. mahu tak, semlm dia tidur awal... kepenatan. Petang semlm dia ikut kak Wati g komplek PKNS... x tido petang katanya.... Siap makan nasi td tu.. huhuuu... anak ummi ni ler.....

tp dlm kul 6.15 tu, bg dia minum susu, dia sambung balik tido... g keje pun, bawa dia sambil tido, dah sampai rumah kak wati pun, dia sambung tidor lagi... memang anak abah ler....

On the way dtg office td, jln kat Guthrie highway tu jam giler... ni mesti sbb ada xcident ni.. memang pun, xcidentnyer kat highway NKVE menghala ke Subang... mola-mola ingatkan sbb lorong smart tag dia buka satu tp bila dgr hot fm, dia kata ada xcident kat highway... ooooo....




Wednesday, September 17, 2008

BuaTmuU.. SuAmiku TerSAyaNG


Suamiku

Maaf di atas keluh dan resah
Aku tewas di medan jiwa ku
Kerna aku baru belajar
Belajar menjadi seorang mujahidah

Namun gagalku sementara cuma
Itulah iman dengan seribu gelombangnya
Kugagahi segala dengan doa dan cita
Kata-kataku mungkin hambar
Ia sekadar cerita hidupku
Isteri sepi menagih simpati
Agar dunia tahu dan restu

Pesan dari teman yang dikenali
”Wanita itu rusuknya bengkok
Luruskan..berhati-hati
Bertegas..jangan keras
Berlembut..jangan sampai reput”
Itulah hakikat seorang isteri

Suamiku
Suka duka, tangis ria
Resepi hidup kita selamanya

Suamiku
Kupohon sabar darimu
Agar aku redup di bawah payungmu
Agar aku terang di bawah sinarmu
Agar aku mekar di dalam cintamu

Pergilah suamiku
Medan itu lebar dan luas
Engkau mujahid untuk semua
Kan kuiringkan doa dan cinta
Agar syurga Allah diberi balas

Tenang dirimu dalam doaku
Tenang diriku dalam cintamu..


~ ummu adam ~

Tuesday, September 16, 2008

AnAK oH aNaK...

_kerana anak....

aku ni bukannya ummi yg terbaik sgt utk Adam.... semlm, aku ngantuk giler... nak tidorkan Adam tp aku yg tertidur (ini kes biasa bg aku).... Dlm ngantuk-ngantuk tu Adam plak buat degil x nak lena, my hubby plak x der dlm bilik.. aku call dia 2 + 3 kali, suruh dia buatkan susu utk adam tp dia x buat pun... ngan mood yg entah apa-apa entah tu + geram ni aku baling botol susu adam ke pintu tanda memerontak, barulah my hubby dtg bilik tanya kenapa? Rupanya td tu, dia pun terlena kat ruang tamu....

Aku kuar bilik nak buat susu, Adam nangis nak ikut.. aku kurung je dia kat dlm ngan ayah dia... Dah lepas dapat susu, baru lena anak ummi tu... tp yg pastinya, ummi yg terlena dulu dr Adam.

Akibatnya.... pg td aku x bangun sahur.... :( Ye lah... masa dok marah-marah mlm td tu, dah terdetik kat dlm hati bhw, malasnya nak bgn masak utk sahur esok!!! Dushhhhh..... kena sebijik!! memng x bgn pun.... Dah azan subuh baru terjaga....

Actually, aku perasan dan hati aku mengatakan bhw skrg ni aku cepat moody. klau dulu aku penah berjanji ngan my hubby x nak marah² dah, now aku x leh control dah... ngan rumah yg bersepah.... diri+rumah semuanya x terurus.. kenapa ek? sibuk sgt ke aku ni? sibuk ngan apa?
kenapa kau x leh guna malam utk buat semua benda tu... kekadang aku naik malas + bengan ngan xtvt malam-malam aku.... hanya Dia yg tahu hati ini.....

Saturday, September 13, 2008

BerBuKA @ PuTraJayA ~ PoSSiMo

_acara tahunan

Bagi office my hubby plak, majlis berbuka puasa adalah acara wajib tahunan. Yg bestnyer... dapat duit raya... x kisahlah berapa yg dapat tp klau dpt RM100 pun dah kire ok kan... alhamdulillah...

Kali ni diorg buat kat rumah salah sorang dr boss kat office tu... Menunya nasi daging + kambing golek dan lain². Adam??? hhmmm.. x larat nak kepung.... merayau jer... ada sekali tu, dia g panjat basikal buruk yg kat tepi rumah tu.. aduhhh.... lepas berbuka ada solat terawih... lepas terawih, kenak-kanak riang plak mengambilalih tempat... td masa org besar² solat terawih, diorg dok main² polis entry kat luar, bila dah sudah solat, depa masuk rumah dok main game plak... termasuklah anak ummi ni.. dia pun joint 2 kaki..






Friday, September 12, 2008

BerBuKA @ LeMERIDIAN, KL

_jeng jeng jeng....
ingatkan dah x leh nak berbuka kat hotel tahun ni.. maklumlah skrg rumah babysitter adam dah jauh dr rumah. aku je yg kena amik adam. Helmi keje ngan motor, mana bleh nak bw adam blk rumah.... seksyen 7 - bukit jelutong tu... jauhlah tu.....
tup tap mlm tu, dpt sms dr along, katanya nak dtg tidor kat rumah. so esoknya adam x pegi rumah kak wati (bs) sbb along+kak ain+adik maziah+abg shariff ada kat rumah dan diorg lah yg jaga adam....
Memang best giler.... Thanks to Mclub yg invite me to joint majlis berbuka puasa ni... Hotel ni ada 2 restaurant. One is normal restaurant and another one is UAE restaurant...



Hmmm.... kitorg bertolak ramai-ramai dr klang ngan komuter.. dah lama x naik komuter. Rasanya Adam pun belum penah naik komuter. Dr Padang Jawa dlm kul 5.00pm dan sampai KL sentral dlm kul 6.00ptg... masa yg ada ni, kitorg jalan² area hotel... hihihiihi... dr lemeridian masuk ke hilton.... meronda ajer keje aku... bukannya senang nak dapat peluang datang ke hotel² kat Kl ni...

Makanan.... sedap semuanya sedap. Tp kuih muihnye x banyak choice. Macam² jenis makanan pun ada.... mola-mola aku makan ni..



then g solat maghrib... hotel je cantik tp surau dia kecik jer.... Lepas solat sambung makanlah... hehehheheh
Nampak cam kor teaw tp bukan... dia goreng mcm kor teaw tp bukan... ianya bulat da pendek-pendek.. cam laksa.... lepas makan ni aku makan wafer then laksa then buah-buahan then ais-cream dll..... tapau??? tentulah tapau.. sshshsshhhhhh... jgn bgtau org lain tau.... ihihihihii

On the way back to shah alam... nilah aksi-aksi mereka yg kekenyangan dan yg jarang² naik komuter... hhihiihi....


Berakhirlah makan-makan ni LeMERIDIAN.....

Wednesday, September 10, 2008

Alahai anak ummi..

Tgk.... apa yg dah anak ummi ni buat???? dia memang rajin menolong ummi dia kat dapur....
Alahai anak ummi..

Sunday, September 07, 2008

RamA-rAma

_ada jugak...

hehheheheee... aku pun tingin gak....



Mola-mola dulu, ingat x nak beli sbb takut nnt jd mainan adam je kang.. tp lastly aku beligak. dan aku nak tgk berapa lama ianya bertahan di tempat dia tu...




Monday, September 01, 2008

SeLaMat BerPuasA

SeLAmat BeRpUasA

Friday, August 29, 2008

mY wOrK sTaTioN

_sikitnya..

bulan ni aku sibuk sket agaknya ataupun, x der bahan citer utk dikongsi.. aku dah jarang update my blog.. hmhmhmhmhh... nape ek?

Lately mmg bz gak ngan tender dubai ni... tender value is about 3 Billion AED >< 3 Billion RM gak ler... x beza sgt pun... Scope of works is earthwork+roadworks and small building. Rebar 7.0k/ton tu.. klau kat sini 3.9k/ton.

This is my table... semak ek? tp ramai yg kata.. macam kedai jual keychain... hehehhehhe. that is my hobby..



LuNcH @ AsiaRi SACC MalL

_bukan sbb dah gajie..

tp sbb Zul nak belanja sbb dia dah tender resignation dia. 10 Sept nnt dia last day kat MEB ni. hhmmmm... akulah pengganti asst estimater manager tu.. hihiihiihiiiihi gelak besar aku+fara+aya... hahahaahhahahaa.....

Bila zul bgtau nak belanja kat asiari, wow!!!! bestnyer... aku x penah makan lg kat sini. sbb cam mahal jer... so, dah org nak belanja, x leh tolak ni... mesti pegi... katanya asiari ni ialah restaurant masakan vietnam. Dulu anjang penah makan kat sini, katanya sedap... now is my turn...



Our first menu is.... kertas tisu????? boleh makan ke ni? keras semacam jer..... tp dr ianya penuh sepinggan, ni je yg tinggal... sedap!!! memang sedap. kata org melayu cam popialah.... segala bahan² tu digulung dlm kertas tisu td yg dibasahkan air suam spy ia jd lembut cam kulit popia tu.

Tp yg x bestnya makan kat sini, order dia sampai lambat. Acctually, Zul dah dtg earlier than us semata-mata nak order. Mola-mola nasi sampai dan lauk ayam then kena tunggu jap br sampai plak masak lemak udang.. dah habis lauk udang tu... tunggu lg, kata zul ada lg lauk yg lain.... tunggu dulu dan minum dulu... fresh young cocunut
Tp apa pun, makanan kat AsiArIe ni memang BEST lah... cam nak dtg lg jer... nnt nak ajak my lovely hubby dtg sini lah.... masa Adam x der... ala-ala berdating gitu... tunggu my birthday nntlah... hehehehehhe...
Nie lah si zul tu.. hehhehehehee.. ssshhhhhh... gambar candid... hehehehehe.. betapa jahatnya aku bila camera di tgn....

Undangannya terhad sahaja. maklumlah.. kuar duit poket sendiri... Yg dijemput aku+aya+abg pian+dilah+fara+suhana+ms tey+kalpana+abg azly(boss)+mr tan+bad+nazli(bestfriend zul)+ina+iskandar+solihin

Semuanya pink in colour... set² tender dept dah plan utk sedondon... yg girls jer lah.. tak kan nak suruh abg pian+zul+boss pakai kemeja pink plak....

Anyway.. thank you zul...




Wednesday, August 27, 2008

HaRi yg dituNggU-tunGGu

SeLamaT HaRi GAji

Saturday, August 23, 2008

FamiLy oh FamiLy

_malulah

Kadang² aku rasa cam malu je nak bercerita ttg family aku. Tp bila menaip ni, ianya sikit sebanyak akan menenangkan aku... Macam-macam hal ngan macam-macam perangai yg ada dikalangan ahli keluargaku ini... Ramai adik beradiknyer... ramai plak yg berhati wanita ni... maka ramailah yg cepat terasa dan sensitif ngan pesekitaran.

Hari ni plak, pepagi td plak aku terpaksa drive sendiri dtg office. Selalunya klau hr sabtu ni, my lovely hubby yg hantarkan aku dtg keje tp pg td entah vius apa ntah yg telah menyerang dia sampai dia x bleh angkat mata dan x mampu nak berpisah dr tilam yg empuk tu. Adushhh... geramnya aku... dah lah Adam plak buat hal, x nak dok dlm car seat dia sbb kena virus yg sama ngan abah dia.. mengamuk dia kat dlm kete td. Terpaksalah kreatif memikirkan bgmn nak menenangkan anak bujang yg sorg ni.

Monday, August 18, 2008

TrEAsuRe HuNT @ PulaI DeSaRu, JoHoR

_kesengallan ku

sakitnya badan ni, letih pun ada tp dah start kena masuk opis balik. Weekend yg lepas aku habiskan masa bujangku bersama officemate yg lain beramai² mencari harta karun hingga ke Desaru, Johor. Bergerak dr klang, dalam kul 8.00pg dan sampai kat kota tinggi kul 4.00ptg.



Perjalanan bermula ngan tenang skali sbb kitorg kuar dr klang trus amik
NKVE menuju ke seremban. 1st lokasi yg kena kodek² jawapan treasure ni ialah seremban.. soalannya agak senang gak lah.. then masuk blk highway dan trus kuar kat tangkak plak. Masa kat tangkak ni, tgh jln² dok cari jawapan, hati ni geram jer sbb byk sgt baju/kain pasang yg cantik². Duit plak kat dlm keter… aduhhh.. melepas den. Ditambah plak ngan soalan yg betul² mencabar giler. Habis sesi kat tangkak, pusing naik balik highway dan menuju ke Yong Peng. Kat sini, soalan lglah gile punya susah. Diatambah ngan kepenatan… aduhhh.. tension tul.. brg² treasure satu pun x dapat nak agak apakah ia…. Hhhmmmm….. apa nak buat, perjalanan harus diteruskan jugak. Hampir ½ jam kitorg dok tercari² brg treasure kat econsave yong peng tu tp x jumpa gak. Apa yg aku jumpa hanyalah susu mamil gold Adam yg harganya murah sgt, sama ngan harga sale kat Giant/Tesco. Ingat nnt nak ajak my hubby g Econsave katkg melayu subang tu je lah… Masuk blk highway dan kaur kat Kulai. Masa ni dah memang suntuk dah.. x leh bazir masa dah.. kulai ke kota tinggi pun almost ½ an hour.

Masa dr kulai – kota tinggi ada incident yg x dapat aku+geng lupakan. Dr jauh kitorg nampak cam ada crane dok pebaik jalan… tetiba je br terperasan ada sorang mamat ni dok gawang bendera merah sruh kitorg berhenti. Apa lagi, break mengejut gak lah kak imah.. ada satu kembara kat belakang kitorg terpaksa elak dr kete kitorg klau tak, dia mesti terlanggar kete kitorg… masa berhenti tu, kitorg sembnag ngan mamat tu.. ayat dia..
maaf lah saya akak ek, dah ni keje saya berjemur panas tiap² hari tu yg gelap tu.” Dia membebel sbb kitorg kata x nampak kewujudan dia kat situ. “saya ni anak yatim piatu, hidup sendiri jer. ni dah keje saya nak buat cam mana, belajar pun SPM tak sampai, ni je lah yg mampu saya buat” sambung dia lagi… kelakarlah rasanya ngan berkaca mata hitam dia tu… adusss….

Kitorg sampai kat kota tinggi kul 4.01ptg. Maknanya kena penalty tolak 2 point nnt. Hujan renyai-renyai plak.. Kena sambung drive ke Pulai Desaru… X sabar rasanya nak g bilik hotel sbb nak mandi dan nak rest.. penat wooo…. Letih sangat… penat fizikal dan mental…
Sesampai kat lobby Pulai Desaru tu… terkejut aku bila nampak banner “Norfcrof Lim Sdn Bhd – Company Trip” . Terus aku amik handphone dan call Huda… betullah kata dia company dia buat trip g desaru tu tp dia x joint sbb yg melayu x der yg g, semuanya Chinese ajer.. tu yg dia x ikut dtg desaru tu. x dapat nak jumpa huda.... :(

Leganya bila sampai kat bilik hotel.. hhmmm.. leh baring dulu jap. Tgk kat tingkap ramai yg g jalan² kat tepi pantai tapi aku, dok lepak kat bilik jer.. penat.. Esok pagilah ingat nak g jalan² kat tepi pantai..

Malam tu masa dinner, keje aku hanyalah pegang camera dan amik gambar.. aku pun amik je gambar sesapa yg aku tungin nak amik.. tp yg penting masa prize givinglah.. mesti amiknyer… Geng aku dpt no 13 out of 40 gengs.. Ok what… Last year geng aku dpt no 6 @ 76 point. Tonight, the champion also win by 76 points… ahahhahahahahha.. it’s mean, the Treasure hunt for this time is harder then last year. Dlm byk² game yg dianjurkan malam tu, aku suka tul ngan game MEB top model.. bcoz, this time a girl will make over the guy… hehehheheheheee…. Kelakar giler tp kesianlah kat mamat² yg kena mekap tu.. Nasib baik semuanya spoting ajer…


Selesai je majlis, dah nak balik bilik dah ni, boss aku plak pandai² ajak main ping pong kat lobby hotel tu… apa lagi, ngan semangatnya aku dan kak imah blk bilik tukar baju dan dtg semula sbb nak main ping pong walaupun masa tu jam dah kul 11.45pm. Letih siang td hilang terus…. Main punya main, 1.30am br masuk bilik dan rehat kat bilik….

GooD MornIng!!!!!! Siap sedia nak g sarapan dah ni.. perut lapau giler.. aku ngan kak imah merupakan org pertama yg g breakfast kat bawah…. This is mine..
1 jam lebih dok lepak makan² kat situ… hhmmm.. lepas makan nak g jalan² tepi pantailah as our plan. Bila sampai je tepi pantai, ada geng-geng ann bee ni dok tgh main bola tampar. Depa tu yg sememangnya spoting dan mesra alam tu, ajak kitorg main. Aku skali lg tanpa segan silu pun masuk mainlah…

Kelakar lah main ngan geng bebudak ann bee ni.. diorg ni kebanyakkannya sabahan so ayat-ayat depa tu semuanya kelakar-kelakar.. ada ayat kelakarnyer….
hey budak, kamu mahu main gak? Klau mahu main, sekrg kamu kira nnt bila tukar court kamu kira lg ek” kakakkakakakkaa….
kenapa bagi bola ke situ, pokok tu mana boleh main dia belum ada tangan la”……
ada je idea mengarut diorg tu.. pecah perut aku ngan diorg..

Dah habis 6 set, depa ramai² gi mandi laut. Aku plak g tepi laut… nampak banana boat. Cari aisyah It, rupanya dia dah dok atas banana boat tu dah… Aku pun carilah geng yg lain nak naik gak… Bayangkan, kali ni aku and the geng dijatuhkah ditgh² laut. 2 kali plak tu… dulu masa kat penang naik banana boat, x dijatuhkan kedlm laut pun… masa dijatuhkan tu, paniclah.. dah lah x pandai imbangkan badan, x pandai berenang… x tau lah cam na nak cakap… bila terapung kat laut tu, terpikir jap, cam na klau kita hidup tanpa pegangan.. terapung/ terawang-awang.. tanpa pegangan. Hari ini, Islam adalah pegangan hidup kita. Tp adakah kita betul² pegang kepada pegangan kita tu? Sekuat mana pegangan kita… tanyalah diri kita masing-masing.. masa 2nd time dijatuhkan dlm laut tu, kak imah kata, kaki tu biar kat bawah dan relax… nape kaki kena bg dok bawah? Sbb akarnya kat bawah.. aturannya kat bawah.. klau pokok pun, akarnya yg menjadi pegangan dia pun kat bawah, kan? (“,)

Kul 12.00noon, ramai² dah siap and ready to check out… kitorg berempat biji kereta berkonvoi dr desaru menuju ke ayer hitam dan seterusnya ke shah alam….