Monday, September 07, 2009

..:: NuZuL QuRaN ::..

Hari ini merupakan cuti umum utk menyambut peristiwa Nuzul Al-Quran. Tetapi walaupun aku tinggal di Selangor, dan bekerja di Selangor, aku tetap kena bekerja macam mereka2 yg bekerja di KL... Sedihnya... tp apa nak buat, dah nasib badan.

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Quran yg pertama kpd Nabi Muhammad s.a.w. Ianya berlaku pd malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke-41 keputeraan Nabi Muhammad ketika baginda beribadat di Gua Hira. Itulah fakta yg kita diberitahu tentangnya tp adakan betul dan benar al-Quran itu diturunkan pd malam 17 Ramadhan yg disambut oleh masyarakat melayu?

Sedikit info utk sama-sama kita kongsi dan fikirkan. klik sini

Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW. Ianya memberi makna yg terlalu besar kpd umat Islam terutamanya yg serius memikirkan rahsia al-Quran. Wahyu pertama yg diturunkan kpd Nabi SAW ialah Surah Al-Alaq : 1-5

1. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,
2. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah
3. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah
4. Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam
5. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya

Apa yg perlu dibaca oleh baginda pd ketika itu? Dalam gua yg mungkin ketika itu gelap... dan Al-Quran pun masih belum wujud lg pd masa tu. Adakah baginda disuruh utk membaca kitab yg ada pd masa dan ketika itu? Adakah betul Nabi SAW itu x tahu membaca pd ketika itu? Sedangkan baginda merupakan kanak2 yg pintar, remaja yg hebat pd masa itu... sama-sama kita fikirkan.

Peristiwa nuzul ini juga berlaku pada bulan Ramadhan. kenapa ianya tidak diturunkan pada bulan Muharram? atau bulan2 yg lain? Ramadhan itu bila diterjemahkan harfiahnya ianya membawa erti "panas terik". Pada bula yg panas terik, Al-Quran diturunkan. Adakah cuaca di Mekah pd ketika itu panas terik? Apa yg panas? Adakah kehidupan masyarakat di Mekah yg digelar Jahiliah pd ketika itu juga boleh dikatakan "panas"? Kita perhatikan masyarakat kita sekarang? Adakah sama dgn keadaan masyarakat Jahiliah ketika dahulunya? Bunuh anak, minum arak (malah kita mempunyai kilang arak), berzina dan lain-lain....

Ramadhan juga murupakan bulan yg ke-9 dan bulan yg paling suci didlm kalendar Islam. Di dalam al-quran, suruh yg ke-9 ialah At Taubah. Surah yg byk mengajak kita utk bertaubat... dan bulan Ramadhan juga bulan yg mengajar kita utk bertaubat dan memperbaiki diri. Terdapat persamaannya disitu. Betapa cantiknya dan tersiratnya susunan surah-surah di dlm Al-Quran. Inilah yg dikatakan mukjizat Nabi SAW..... Hanya mereka yg serius memikirkan rahsia al-Quran sahaja yg akan mendapat jawapannya.

Ali Imran, 3:190
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal,

Ali Imran, 3:191
(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.





0 comments: