Saturday, April 11, 2009

..::PeRubAHaN::..

Dalam kehidupan kita ni, klau sesuatu perkara itu lain dr kebiasaan kita, mesti ada yg pandang sinis dan kata ianya tak betul... Hari ini aku dtg keje dgn satu penampilan yg berbeza. Kat office aku ni, aku x penah lagi nampak ada sesiapa yg berpenampilan dgn t-shirt labuh muslimah...

Bagi aku, dgn adanya org yg mencipta t-shirt labuh muslimah ni, sepatutnya ianya mendapat sambutan yg hangat dikalangan kita, sbg seorg muslimah / wanita. Ini adalah lebih baik dr mereka yg suka memakai tshirt ketat yg mengikut bentuk badan tp bertudung.


Hari ni ada tiga org menegur aku.. kata diorg aku nampak pelik. baju aku ni nampak cam baju tidur pun ada... alahai... diorg ni x penah tgk ke tshirt mcm ni... inilah t-shirt labuh muslimah.. ada byk jenis... leh tgk kat http://tshirtlabuhmuslimah.com

Samalah juga bila kita membawa sesuatu yg mungkin org jarang2 pandang diketika ini. Contohnya apabila kita membawa Al-Quran.... apabila kita mengajak rakan sahabat mengikuti kelas terjemahan Al-Quran. Yg pertama, ada yg berpesan.. nak g belajar tu baik2 takut tersesat... x sedarkah kita bhw apabila kita bertanggapan begitu, kita sebenarnya telah menjauhkan diri drp Al-Quran.. Cuba kita pikir... Al-Quran diturunkan dlm bahasa arab. selepas khatam satu Quran pun, adakah kita betul2 faham apa yg nak disampaikan... sesungguhnya Al-Quran itu adalah mukjizat Rasulullah SAW. sesuatu yg tersurat dan tersirat.. klau x pandai bahasa arab, kita bacalah yg terjemahannya tu... klau tak, tak kan nak tunggu kita belajar kelas bahasa arab dulu baru nak belajar Al-Quran...

Perhatikan pd diri.. pd hari ini, berapakah umur kita.. dah hampir 30-an... sempat ke nak g belajar bahasa arab dulu dgn anak 2 / 3 org dah.... apa kata kita belajar terjemahannya terus yg telah diterjemahkan kpd bahasa melayu. bahasa yg kita faham... Sesungguhnya ajal maut ditangan Tuhan. Kita tak tahu bila kita akan mati tp kita boleh buat persediaan kpd arah itu... sekarang dan disaat ini kita mulakannya....

Samalah t-shirt labuh td dgn Al-quran.... Ianya sudah disediakan oleh pihak tertentu. Tp bila dipakai, ianya dipandang sinis atau dikatakan kelakar/x cantik. Tp aku x kata klau kita x pakai t-shirt labuh muslimah ni dikatakan sesat.... Cukuplah dgn tidak berpakaian yg terlalu ketat dan mengikut bentuk badan....



0 comments: