Thursday, May 29, 2008

my Adam

_alahai adam

pagi td aku ke klinik kesihatan seksyen 7, shah alam.. Adam dah 13 bulan, sepatutnya x de appointment pun tp disebabkan masalah berat badan, aku kena bawa Adam g klinik tu utk timbang berat… masa 12 bln = 6.9kg dan td 13 bln = 6.8kg. argghhhh !!!! anak ummi sayang….

Kali ni nurse tu baik la… dia tanya punya tanya, rupanya mungkin silap corak pemakanan.. sbb samapai skrg aku still bg Adam makan bubur nasi. Reason dia, usus adam semakin kuat, klau aku still lg bg makanan yg lembut² cam tu, badan x dan nak serap zat dia… proses perlawasan berlaku dgn terlalu cepat.. sebab tu lah badan Adam x naik². Betul gak kata nurse ni.. So dia setkan utk aku g jumpa pakar gizi makanan pd 2 Jun ni… dulu dah penah kena jumpa, next week kena jumpa lagi…

Kesian adam… ummi x pandai nak uruskan adam.. penah sekali suapkan nasi yg aku makan utk adam… terbatuk² budaknya… sbb tu aku takut nak bg dia nasi yg keras skit..

Mulai hari ni, ummi akan pastikan bahawa ummi akan bg Adam makan apa sahaja yg ummi makan… dan patutlah lately ni, apa yg ummi makan semuanya Adam nak… Adam dah big bay dah lah skrg…..

1 comments:

Helmi Omar said...

appoinment adam 2 july daa..