Friday, May 29, 2009


Lihatlah pada diri, jgn cepat melatah.
Apa yg telah berlaku sejak kebelakangan ini, memang ujian drNya.
Bersabarlah dan kuatkan kesabaran
dan terimalah ia sebagai ketentuan ilahi.

Al-Baqarah:286 - Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."



..::DemAm yg BeRjanGkiT::..

Masa lunch semlm, aku hantar my hubby blk umah.. sbb dia plak yg DEMAM + sakit2 kepala!!!! setelah adam dah baik dr demam... abah dia plak yg kena... huhuuhuuu. Ni yg lemah ni klau dia demam... Klau Adam demam, leh g klinil jumpa doktor.. bg ubat air.. tp klau abah yg demam.. panadol soliber jer lah jawapannya... klau g klinik pun, doktor bg ubat... dia x leh nak telan ubat biji ni....

Sebut pasal demam ni.. smlm gak ada officemate aku disahkan kena demam denggi.. Aduh.. risaunya aku.

Friday, May 22, 2009

..::Adam demam!!!!!::..

semlm aku EL sbb adam demam panas....
semlm aku g klinik kul 12.30pg sbb bdn adam panas giler sampai mengigil-gigil orgnya,
bdnnya jd biru...
pengalaman yg x dpt dilupakan dlm membesarkan Adam


Tuesday, May 19, 2009

..:: K E R J A ::..

kerja... kat mana2 pun kita kerja, mesti ada yg best dan ada yg x best. mesti ada keje byk dan x de keje.. ada kadang kala sibuk sgt dan ada kala bosan x tau nak buat apa...

aku baru lepas berhempas pulas buat taking off (keje aku ler)... sehari dua ni, relax sket sbb boss x bg tender baru lg... rindu sgt nak tulis dlm blog ni.. tp bila start tulis, x tahu plak nak citer ttg apa...

nak dijadikan idea.. mestilah aku nak citer ttg bujang aku nih....

Weekend yg sblm ni, kitorg x g mana2 pun... ptg sabtu tu aku bawa Adam main kat playground kat umah jer... Weekend yg baru lepas ni plak, aku bawa Adam g tgk fish kat wet world, shah alam...

Tuesday, May 05, 2009

..::LaTEly::..

Lately ni hp aku tu selalu buat problem.. aaarrrrgggghhhhh!!!!! Tensionnyer…. Tgh ngage ni, leh terputus plak linenyer…. Antara dua jer.. samada hp / simcard. Sbb dia selalu keluar “contact not ready” or “no simcard insert” or “no service”

Kekadang nak call pun x leh. Sama gak ngan nak hntar msg. So, last week aku g service center kat bdr baru klang… jumpa faisal hamdi.Aku upgradekan simcard. Maknanya aku tukar guna simcard baru ler.. Lepas tu, sama je kondisi hp aku… dok kuar gak ayat2 cinta tu. Parah!!! Sah!!! Hp aku yg problem.

Yang kelakarnyer masa aku baru insert simcard tu, bahasa melayu yg terkeluar... Makanya kat main menu tu.... Setting - jd Aturan; Organizer - jd Pengatur

Baru aku perasan... kat hp pun ada yang mengatur dan ada yg diatur. Mcm kita, hidup dimuka bumi ni, tentunya telah diatur oleh Allah SWT melalui Al-Quran... Jadi, muhasabahlah diri kita utk menilau sejauh mana amalan kita/ perlaksanaan kita sepanjang kehidupan di bumi Allah ini yang telah mengikut aturanNya yg terkandung didlm Al-Quran.

Jgn tny pada ustaz, tp tanya pd diri sendiri. Kita boleh nilaikan tahap keimanan kita. x buat, maknanya x beriman... x yakin pd Allah. Al-Quran itu dekat dgn kita sbb

"Sebenarnya, Al Quran itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalam dada orang-orang yang diberi ilmu. Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yang zalim." - al-ankabuut:49



..::PerJalaNaN yg meMEnaTkaN::..

aku baru balik dr kampung.. sepatutnya cuti aku dr 1st may - 4th may. tp disebabkan kerja, aku terpaksa tunda dan blk kampung on 2nd may... hhhuuuuhuhu.. sedih tu memanglah sedih, sbb kali ni aku nak blk kedah. Tp apa kan daya, kerja duniawi ni pun kena diselesaikan dgn sebaik mungkin.

Perjalanan blk kampung.... kenariku meluncur laju.. jln dah tentu x jem langsung.. hehhehehe.. tp aku terpaksa singgah tol simpang empat.. aku jer... korang yg lain klau nak blk ke utara x yah singgah tol ni... umah MIL lah... kakkakakakakka....

kali ni blk kampung, x puas langsung.. percaya atau tak, aku x berkesempatan nak mandi kat umah mak aku... hahhahahhaha.. ini semua gara2 xtvt aku yg terlalu sibuk ngan urusan lunch + dinner diumah kak ain pd hari sabtu. dan lunch kat umah kak pozi pd hr ahadnyer.. dan ahad mlm dah gerak balik ke perak.... singgah tol simpang empat lagi... huhuhuuuuhuu...

bila lah leh balik kampung lagi nih... x puas langsung.. huuuuuuuhhuuu.. sayang, plzz... tahun ni raya kat umah mak i lagi ek...

Thursday, April 30, 2009

..::GeMbirAnyeR anaK uMmIE::..

nak makan sendiri, tp makan x byk mana pun...



kawan baik adam ni... Haziq Imran Naufal namanya

dia pun nak berkayuh and safety first!!

ngan abg Aiman... peace!!!!

sedapnye makan ice-cream... dah pandai makan ice-cream anak ummi ni...

peace!!!

nak trun tangga pun x nak dipegang.. nak turun sendiri..
Adam dah big lah ummi!!!

Monday, April 27, 2009

..::LumRaH KehiDupaN::..


adakah semua org menghadapi masalah yg sama?
bagaimana utk mendidik anak2 supaya dia
menjadi org yg berguna dimasa depan.
zaman sekarang terlalu byk cabarannya dlm mendidik anak2. kedua ibu bapa
harus memikul bebanan ini. kerna anak merupakan amanah Allah kpd kita.


Monday, April 20, 2009

..::SeLamAT hArie LaHiR.... siComeL uMmiE::..

Pengalaman melahirkan Adam, 2 thun yg lepas... cukup bermakna buatku. Segala2nya dipermudahkan.. sbb klau sampai 23hr bln 4 2007 dulu aku belum ada rasa sakit nak bersalin, maka ake kena induse sbb aku alami tekanan darah tinggi masa Adam 9 bulan dulu....

Tepat jam 8.23pg, 20 April 2007, aku selamat melahirkan seorang bayi lelaki yg diberi nama.... Adam Harith.
Tepat jam 8.23pg, 20 April 2008, aku baru bangun dr atas katil kat Berjaya Resort, Langkawi sempena menyambut hari lahir Adam.
Tepat jam 8.23pg, 20 April 2009, aku baru on the way nak g keje.. huhuuuuuuuhhhuu.... Tahun ni, x der selebrate birthday Adam kat mana2 pun.. Cuma semlm, ada kawan2 aku dtg rumah, aku masak bihun, diorg bawakan kek utk Adam.. Tepat jam 12.00 tgh mlm, sama2 potong kek... hehhehehehehe.. Adam dpt beg sekolah baru... beg transformer...

Saturday, April 11, 2009

..::PeRubAHaN::..

Dalam kehidupan kita ni, klau sesuatu perkara itu lain dr kebiasaan kita, mesti ada yg pandang sinis dan kata ianya tak betul... Hari ini aku dtg keje dgn satu penampilan yg berbeza. Kat office aku ni, aku x penah lagi nampak ada sesiapa yg berpenampilan dgn t-shirt labuh muslimah...

Bagi aku, dgn adanya org yg mencipta t-shirt labuh muslimah ni, sepatutnya ianya mendapat sambutan yg hangat dikalangan kita, sbg seorg muslimah / wanita. Ini adalah lebih baik dr mereka yg suka memakai tshirt ketat yg mengikut bentuk badan tp bertudung.


Hari ni ada tiga org menegur aku.. kata diorg aku nampak pelik. baju aku ni nampak cam baju tidur pun ada... alahai... diorg ni x penah tgk ke tshirt mcm ni... inilah t-shirt labuh muslimah.. ada byk jenis... leh tgk kat http://tshirtlabuhmuslimah.com

Samalah juga bila kita membawa sesuatu yg mungkin org jarang2 pandang diketika ini. Contohnya apabila kita membawa Al-Quran.... apabila kita mengajak rakan sahabat mengikuti kelas terjemahan Al-Quran. Yg pertama, ada yg berpesan.. nak g belajar tu baik2 takut tersesat... x sedarkah kita bhw apabila kita bertanggapan begitu, kita sebenarnya telah menjauhkan diri drp Al-Quran.. Cuba kita pikir... Al-Quran diturunkan dlm bahasa arab. selepas khatam satu Quran pun, adakah kita betul2 faham apa yg nak disampaikan... sesungguhnya Al-Quran itu adalah mukjizat Rasulullah SAW. sesuatu yg tersurat dan tersirat.. klau x pandai bahasa arab, kita bacalah yg terjemahannya tu... klau tak, tak kan nak tunggu kita belajar kelas bahasa arab dulu baru nak belajar Al-Quran...

Perhatikan pd diri.. pd hari ini, berapakah umur kita.. dah hampir 30-an... sempat ke nak g belajar bahasa arab dulu dgn anak 2 / 3 org dah.... apa kata kita belajar terjemahannya terus yg telah diterjemahkan kpd bahasa melayu. bahasa yg kita faham... Sesungguhnya ajal maut ditangan Tuhan. Kita tak tahu bila kita akan mati tp kita boleh buat persediaan kpd arah itu... sekarang dan disaat ini kita mulakannya....

Samalah t-shirt labuh td dgn Al-quran.... Ianya sudah disediakan oleh pihak tertentu. Tp bila dipakai, ianya dipandang sinis atau dikatakan kelakar/x cantik. Tp aku x kata klau kita x pakai t-shirt labuh muslimah ni dikatakan sesat.... Cukuplah dgn tidak berpakaian yg terlalu ketat dan mengikut bentuk badan....